Cara Untuk Memastikan Motosikal Anda Bersih Menggunakan Produk WD-40® Specialist™ Automotive

 

  • WD-40 telah mencipta satu rangkaian produk WD-40® Specialist™ Automotive bagi membantu anda membersihkan motosikal kesayangan anda dengan cekap.
  • Ianya terdiri daripada pembersih ‘throttle body, carb & choke’, ‘machine & engine degreaser’, pembersih ‘brake & parts’, ‘belt dressing’, dan pelincir rantai.
  • Rangkaian WD-40® Specialist™ telah diformulasikan untuk prestasi maksimum, kecekapan serta kebersihan optimum.

 

WD-40® telah sekian lama dianggap sebagai produk pilihan untuk apa pun jua tugas yang diperlukan. Tin biru terkenal yang senantiasa boleh diharap ini, dengan keajaiban teknologi terkini ini dapat menangani pelbagai tugas sama ada melinciri bahagian yang bergerak sehinggalah menanggalkan bekas perekat stiker yang ada pada cermin.

Selain daripada tin biru yang ikonik itu, tahukah anda yang anda juga boleh membersihkan motosikal kesayangan anda dengan beberapa cara yang berbeza menggunakan produk istimewa yang diperbuat oleh WD-40®? Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda betapa mudahnya untuk membersihkan dan menyelenggarakan motosikal kesayangan anda menggunakan rangkaian khas dinamakan WD-40® Specialist™ Automotive.

1) Menanggalkan kotoran dan gris dari enjin, suspensi, dan pemacu rantai

Seperti yang telah diketahui oleh kebanyakan anda, membersihkan motosikal adalah dua kali ganda lebih sukar daripada membersihkan kereta oleh kerana bahagian-bahagian kecilnya yang terdedah kepada elemen alam sekitar. Enjin, suspensi serta pemacu rantainya adalah bahagian yang paling terdedah kepada kotoran, debu habuk, dan gris sewaktu penunggangan hebat yang telah anda jalankan.

Kebanyakan manual motosikal akan menyarankan penggunaan pembersih berasaskan kerosin (minyak tanah) bagi membersihkan bahagian-bahagian ini terutamanya untuk bahagian pemacu rantainya. Tin biru WD-40® Multiuse Purpose ini cukup sesuai untuk tugas ini kerana ianya mengandungi kerosin dan aditif lain yang tidak akan menjejaskan prestasi atau menyebabkan kerosakan yang tidak diingini terutamanya pada cecincin-o pada rantai berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi bekas enjin dan suspensinya pula, produk WD-40® Specialist™ Automotive Machine & Engine Degreaser telah diformulasikan khusus untuk tugas ini dan akan melakukannya dengan hebat sekali. Formula beraksi pantasnya itu telah direka bagi menanggalkan dengan mudah sebarang gris, minyak, kotoran, dan debu yang degil. Hasilnya? Sebuah enjin yang bersih yang beroperasi dengan lebih sejuk dan lancar bagaikan ianya masih baru lagi.

Hanya semburkan sahaja pada gris dan kotoran itu, biarkan buat seketika dan anda boleh lapkannya ataupun bilas dengan air. Semudah itu sahaja, bekas enjin, suspensi, dan pemacu rantai anda sudah pun dibersihkan dan sedia untuk langkah berikutnya dalam pembersihan motosikal.

2) Membersihkan keseluruhan sistem brek

Terdapat pelbagai pembersih brek yang ada di luar sana yang dapat melakukan tugas ini namun bagi mereka yang kurang arif mengenai segala jenama yang ada boleh sahaja mengharapkan jenama yang dikenali ramai ini, WD-40®. Sebagai sebahagian daripada rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive, terdapat juga sebuah “Brake & Parts Cleaner” dengan formulasi istimewa bagi membersihkan cakera brek, pelapik brek, pad brek, dan juga gelendongnya juga bagi memastikan sistem brek yang bersih, boleh diharap, dan berfungsi dengan baik pada motosikal anda.

Apa yang anda perlukan lakukan apabila menggunakan WD-40® Specialist™ Automotive Brake & Parts Cleaner ini adalah hanya semburkan sahaja formula ini pada sistem brek motosikal anda tanpa perlu menanggalkan atau menceraikan mana-mana bahagiannya bagi menyingkirkan sebarang minyak, gris, kotoran, dan bendalir brek. Ianya akan membantu untuk membersihkan serta melindungi ke semua bahagian yang berfungsi bagi mengelakkan sebarang gelinciran mahu pun bunyi berkiut pada brek anda.

3) Mempertingkatkan tindak balas ‘throttle body’ dengan karburetor yang bersih

‘Throttle body’ motosikal juga terdedah kepada kotoran,debu habuk, serta mendapan karbon dari pembakaran bahanapi fosil. Bagi memastikan yang keseluruhan sistem bahanapi dalam keadaan yang amat bersih, anda boleh menggunakan WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body Carb & Choke Cleaner.

Produk ini yang telah dihasilkan oleh pakar dari WD-40® boleh digunakan bagi membersihkan sebarang gumpalan, kotoran, varnis, mendapan karbon dan plumbum dalam sistem bahanapi. Dengan karburetor dan ‘throttle body’ yang bersih, ianya juga dapat menyingkirkan sebarang simptom ‘hard starting’, ‘rough engine idling’, dan ‘stalling’.

Ianya juga akan dapat membantu memastikan prestasi yang lancar serta optimum di samping mengurangkan penghasilan emisi dan wasap. Dengan satu tin WD-40® Specialist™ Automotive Throttle Body, Carb and Choke Cleaner, ianya akan bertahan agak lama kerana anda hanya perlu melakukannya setiap 10,000km. Hanya sembur formula ini dan lapkannya dengan bersih. Rujuklah pada manual motosikal anda untuk cara untuk mengakses ‘throttle body’ dengan betul bagi mengelakkan sebarang kerosakan mekanikal atau, dapatkan bantuan professional dan bawakan sekali produk ini untuk menggunakannya nanti.

4) Tingkatkan jangka hayat skuter dan motosikal pacuan tali sawat yang lain

Produk ini adalah sebuah produk yang dihasilkan yang mana kebanyakan daripada kita tidak sedar akan kewujudannya. Sesetengah motosikal seperti skuter menggunakan tali sawat bagi memacu kuasa enjinnya ke roda belakang. Pada kebanyakan masa, menggantikan tali sawat akan menelan belanja yang lebih besar daripada menggantikan pacuan rantai yang biasa.

Dengan menggunakan WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing, ianya dapat membantu untuk memanjangkan jangka hayat tali sawat berkenaan kerana formulanya menyerap ke dalam bahan berkenaan dan memulihkan kelenturan tali sawat. Tali sawat yang kering akan haus dengan lebih pantas dan lebih cenderung untuk putus, jadi, produk ini teramatlah berguna yang mana ianya juga dapat membantu dalam menghapuskan bunyi berkiut serta gelincirannya. Sembur sahaja seperti mana yang anda lakukan pada sewaktu menggunakan pelincir rantai pada motosikal pacuan rantai.

5) Memastikan rantai kekal dilinciri dan dilindungi!

Rantai yang bersih akan memastikan tunggangan yang menyeronokkan. WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube telah diformulasi dengan sifat nyah-tanggal yang mengagumkan bagi memastikan yang ianya terus melekap pada rantai dan membekalkan pelinciran yang secukupnya.

Ianya juga akan membantu dalam memastikan mana-mana cecincin O, X, atau Z dilindungi dari kehausan kerana ia meresap ke dalam aturcara keseluruhan rantai. Sesetengah pelincir rantai terasa agak nipis dan hanya berfungsi dalam jangka masa yang pendek dan memerlukan penggunaan yang kerap. WD-40® Specialist™ Automotive Chain Lube ini amat melekit, sesuai untuk penunggangan di atas jalan raya dan ‘off-road’.

Cari jalan untuk mengangkat roda belakang motosikal dan pastikannya gear dalam kedudukan neutral sebelum memusingkan roda sewaktu menyembur pelincir rantai berhampiran dengan bahagian atas gegancu di mana rantai bertemu dengan gigi roda bagi memastikan keekapan maksimum serta pelinciran yang tahan lebih lama pada sistem pacuannya.

Apabila bercerita mengenai penyelenggaraan motosikal atau pun kenderaan secara keseluruhan, WD-40® Specialist™ Automotive ini dianggap sebagai salah sebuah produk yang terbaik bagi memastikan prestasi serta kecekapan maksimum dan pada masa yang sama membantu dalam meningkatkan jangka hayat keseluruhan bahagian utama kenderaan.

Selain daripada sekadar mencuci motosikal anda, sesetengah bahagian memerlukan perhatian khas dan WD-40® dapat membantu anda dalam memudahkan tugas anda serta menjadikannya lebih cekap lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk WD-40® Specialist™ Automotive ini, layarilah http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive, atau anda juga boleh ke laman Facebook rasmi WD-40® Malaysia.

Selain itu, WD-40® akan turut menyediakan tapak mereka di karnival besar-besaran Motonation yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di PICC. Kunjungi mereka di Booth B093 yang terletak di Hall B PICC untuk menyaksikan sendiri produk-produk mengagumkan mereka!

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]