Boon Siew Honda Melancarkan Honda BeAT 2017 Yang Dikemaskini- RM5,724!

 

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan skuter Honda BeAT 2017 yang telah dikemaskini dengan kemasan warna Space Magenta Metallic serba baru.
  • Bersama dengan warna yang baru dan jalur grafiti, skuter Honda BeAT yang baru ini juga dilengkapi dengan satu set roda 14 inci yang baru.
  • BSH telah menetapkan harga bagi skuter Honda BeAT 2017 yang telah dikemaskini ini pada harga RM5,724 (harga asas beserta GST).

 

Boon Siew Honda (BSH) dengan sukacitanya telah mengumumkan bahawa skuter Honda BeAT 2017 semasa mereka akan didatangkan dengan kemasan warna yang segar seta jalur grafiti bagi mempertingkatkan lagi pakej visual skuter berkenaan. Skuter yang boleh diharap serta mampu dimiliki dari BSH ini akan membantu dalam memenuhi permintaan kebanyakan warga muda di Malaysia yang tercari-cari sesuatu yang sesuai dan bergaya sebagai kenderaan bermotor dua roda pertama mereka.

Terdapat empat pilihan kemasan dua tona warna yang telah disediakan; warna Space Magenta Metallic serba baru beserta dengan warna yang telah sedia ada Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, dan Viva City Red. Selain daripada skema warna yang baru, skuter Honda BeAT 2017 terkini ini telah didatangkan dengan satu set roda aloi 14 inci yang digandingkan dengan tayar tanpa tiub untuk keboleharapan dan ketahanan tambahan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Boon Siew Honda, Encik Nobuhide Nagata, ” Tahun lalu, BSH telah melancarkan skuter Honda BeAT yang telah disasarkan untuk pasaran warga belia. Kini, kami telah mengemaskini rupa luarannya dengan pilihan warna baru dan penambahbaikan pada jalurnya. Bukan sahaja ciri-ciri keselamatan skuter ini telah menjadikannya sesuai buat para pelajar yang berulang alik secara harian tetapi rupa parasnya yang telah dipertingkatkan itu juga telah menjadikannya lebih ranggi untuk ditunggang.”

Sebagai salah sebuah skuter paling mampu milik di pasaran, Honda BeAT 2017 juga dilengkapi dengan beberapa spesifikasi keselamatan seperti Sistem Brek Combi (Combi Brake System – CBS). Sistem ini akan membolehkan jarak pembrekan yang lebih pendek kerana kedua-dua brek akan dikenakan secara serentak bagi menawarkan lebih kawalan buat penunggang.

 

Seperti generasi yang sebelumnya, skuter Honda BeAT terbaru ini juga dilengkapi dengan Smart Lock System. Sistem ini memastikan “brek dikunci bagi mulaan dan parkir yang selamat, mengelakkan pemecutan tanpa sengaja dalam keadaan trafik.” Terdapat juga Side Stand Switch yang akan secara automatik mematikan enjin sekiranya ia ditongkatkan.

Dijana oleh enjin 108cc, satu silinder, suntikan bahanapi ESP dengan teknologi geseran rendah, skuter BeAT terbaru ini menghasilkan 8.7hp pada 7,500rpm dan 9.14Nm tork maksima pada 6,000rpm. Bagi mereka yang prihatin tentang alam sekitar, skuter Honda BeAT ini juga merupakan skuter pertama di Malaysia yang telah mendapat status EEV (Energy Efficient Vehicle – Kenderaan Cekap Tenaga).

Bagi harganya pula, skuter Honda BeAT 2017 ini telah ditetapkan pada harga RM5,724 (harga asas beserta GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman Facebook rasmi Boon Siew Honda.

 

Spesifikasi Honda BeAT 2017

Engine 4-Stroke, OHC Air-Cooled
Displacement 108.20cc
Bore & Stroke 50.0mm x 55.1mm
Starting System Kick and Electric Starter
Ignition System Full Transistor
Transmission Type V-Belt Automatic
Suspension (Front) Telescopic
Suspension (Rear) Unit Swing Arm
Brake System (Front) Hydraulic Disk
Brake System (Rear) Mechanical Leading Trailing
Tire Size (Front) 80/90 – 14M/C 40P
Tire Size (Rear) 90/90 – 14M/C 40P
Wheel Type Cast Wheel
Over-all Dimensions 1,864mm x 666mm x 1,068mm
Wheelbase Dimensions 1,256mm
Dry Weight 94kg
Seat Height 742mm
Ground Clearance 146mm
Fuel Tank Capacity 4.0 litres
Fuel System Fuel Injection
Engine Oil Capacity 0.8 Litres
Max Horse Power 8.7hp @ 7,500rpm
Max Torque 9.14Nm @ 6,000rpm

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]