- X-1R Corporations telah dibangunkan bagi membantu Agensi Aeronautikal dan Angkasa Lepas Nasiosal (National Aeronautical and Space Agency – NASA) dalam menangani masalah berkaitan pengunaan bahanapi.
- Telah dibuktikan oleh Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika (American Society of Mechanical Engineers – ASME), mereka telah berjaya mengurangkan pengunaan bahanapi sebanyak 10% dengan mengunakan X-1R Engine Treatment.
- Dengan menggunakan X-1R pada kereta atau motosikal anda, ia dapat membantu mengelakkan kerosakan yang mahal dan menjimatkan sehingga 15% untuk bahanapi anda.
Pusat Angkasa Lepas Kennedy: Agensi Aeronautikal dan Angkasa Lepas Nasional (National Aeronautical and Space agency – NASA) berhadapan dengan satu masalah: mereka perlu mencari penyelesaian yang berkesan bagi mengurangkan kos bahanapi mereka yang senantiasa meningkat. Kepada siapa yang boleh mereka rujuk? tidak lain dan tidak bukan, rakan kerjasama mereka untuk sekian lama, X-1R Corporation. Hasil daripada kejuruteraan rintisan mereka, X-1R Corporation adalah salah sebuah syarikat dalam dunia yang telah memenangi “Certified Space Technology Award” dan telah mendapat tempat dalam “Space Technology Hall of Fame”!
Dengan menggunakan X-1R Engine Treatment ianya telah dibuktikan oleh Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika (American Society of Mechanical Engineers – ASME) dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sehingga 10% atau lebih di samping mengurangkan kehausan pada enjin anda dengan ketara justeru itu mengelakkan kerosakan. Atas sebab inilah program ‘Space Shuttle’ telah menggunakan produk ini sejak tahun 1996 sewaktu X-1R Engine Treatment telah terbukti lebih berkesan berbanding minyak pelincir yang lain di pasaran.
Peningkatan harga bahanapi yang berterusan membuatkan ianya amat penting bagi NASA untuk mencari kaedah penjimatan wang yang berkesan. Ramai yang sedia maklum yang kualiti petrol dan diesel pada masa kini telah bertambah buruk, mengandungi bendasing seperti lilin, varnis, dan grit yang pada akhir nanti akan terkumpul di dalam enjin anda dan memerlahankannya. Dan oleh kerana itu, mengurangkan kecekapan dan meningkatkan lagi perbelanjaan kereta anda.
Di sinilah gunanya “X-1R Complete Fuel System Treatment”! Ujian secara langsung tempatan di unversiti terkemuka dan juga pengguna kenderaan harian telah menunjukkan kesan yang menakjubkan pengunaan rawatan ini. Rawatan ini akan menghapuskan gumpalan lilin dan varnis sepenuhnya dalam saluran bahanapi anda. Ia juga akan membersih dan memulihkan penyuntik bahanapi anda dan akan menghapuskan hampas dari silinder anda. Selain itu, ia melinciri bahagian pembakaran dalam enjin anda. Ini kerana produk ini mengandungi bahan disintesis yang dipatenkan direka khusus bagi mengekalkan enjin anda dalam keadaan bersih dan berfungsi pada kecekapan maksimanya.
Manfaatnya tidak terbilang banyaknya dan dengan menggunakan produk ini secara berpanjangan, ianya bukan sahaja akan membantu dalam menghalang penghakisan tetapi juga akan menghindari karat di dalam sistem bahanapi. Ianya cukup mudah sekali – tuangkan produk “Treatment” ke dalam tangki bahanapi anda. Dengan serta merta, anda akan perasan yang kini anda mempunyai lebih banyak kuasa yang boleh digunakan. Ya, produk ini bertindak secepat itu!
Encik Yap, seorang pemandu teksi tempatan berkata, “Selepas menggunakan X-1R, serta merta saya sedari yang bunyi enjin saya hampir tidak kedengaran langsung! Saya mempunyai satu laluan rutin yang sering kali saya lalui dari Damansara ke lapangan terbang kemudian ke pejabat penumpang dan kembali ke Damansara. Hari saya bermula awal pagi sehingga petang (5 petang lebih). Selalunya, penggunaan petrol saya di antara RM60 hingga RM70. Tetapi selepas menggunakan X-1R, saya hanya mengisi sehingga RM50 bagi melengkapkan perjalanan harian.”
Ianya satu hakikat yang kebanyakan pemilik teksi di sekitar Kuala Lumpur menggunakan produk ini; kerana ianya menjimatkan petrol dan memastikan kenderaan berjalan dengan lancar.
Seorang lagi pengguna X-1R yang berpuas hati adalah Encik Azlan Shah, yang mengusahakan sebuah syarikat trak pengangkutan, berkata, “Selepas menggunakan X-1R untuk trak syarikat kami, kami telah menjimatkan lebih daripada rm1.5 juta untuk diesel pada tahun lalu! Peratusan kerosakan juga telah berkurangan dan kami telah menjimatkan lebih banyak lagi untuk kos membaiki”. Semestinya apabila anda mempunyai enjin yang kotor, bahanapi anda tidak terbakar dengan sempurna, yang bermakna anda membazirkan wang anda dan juga mencemari alam sekitar.
Kita semua pernah mengalami situasi di mana kita berada di belakang kenderaan berat yang mengeluarkan asap hitam yang tebal yang disebabkan oleh bahanapi yang tidak terbakar dengan sempurna, dan dengan itu, membazirkan wang. Dengan hanya satu rawatan, sama ada “X-1R Petrol Treatment” atau “Diesel Treatment”, masalah ini dapat diselesaikan! Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.x1rasia.com atau hubungi 03-42603852.
Dengan menggunakan produk X-1R untuk kereta atau motosikal anda, anda mampu mengelakkan kerosakan yang memakan belanja yang besar dan menjimatkan sehingga 15% untuk bahanapi anda! X-1R – tidak hairanlah ianya dikatakan sebagai “Vitamins for Your Car”.