Aprilia RSV4 RF Factory Works 2018 – Kini Dengan Winglet

  • Motosikal Aprilia RSV4 RF Factory Works 2018 terbaru yang akan tiba pada tahun hadapan akan dilengkapi dengan beberapa buah teknologi MotoGP, terutamanya winglet.
  • Dijana oleh enjin 999.6cc, sejukan cecair, DOHC, motosikal RSV4 RF Factory Works ini menghasilkan 215hp dengan bantuan omboh, kepala silinder, ECU dan ekzos perlumbaan yang baru.
  • Hampir 10kg berat tambahan telah dikurangkan atas jasa bateri litium-ion, tangki bahanapi, ekzos baru beserta dengan beberapa bahagian karbon dan aluminium.

 

Ianya sekadar menanti masa sebelum teknologi MotoGP terkini dipindahkan ke motosikal pengeluaran pengilang dan tampaknya ianya adalah Aprilia yang akan menjadi pengeluar pertama yang membuka langkah. Dari jentera perlumbaan Aprilia RS-GP mereka ke jentera RSV4 R FW-GP 250hp, mereka kini akan menawarkan motosikal Aprilia RSV4 Factory Works yang dilengkapi dengan winglet. YA, WINGLET.

Dijana oleh enjin 999.6cc, sejukan cecair, DOHC, motosikal RSV4 dengan kit Factory Works ini menghasilkan 215hp bagi mana-mana penggemar litar atau perlumbaan yang mencari kelebihan tambahan ini. Buat mereka yang bertanyakan mengenai winglet itu, ianya sah untuk perlumbaan. Bayangkan anda hadir di litar dengan motosikal ini.

Digelar sebagai “aerodynamic appendages”, ianya dengan jelas sekali telah dibangunkan dengan usaha pasukan MotoGP Aprilia sejak beberapa tahun yang lalu, dan kini, anda juga pasti akan memperolehi tahap aerodinamik dan ‘downforce‘ yang boleh didapati pada tahap tertinggi dalam perlumbaan motosikal.

Kit perlumbaan RSV4 terkini mereka ini telah dibangunkan oleh program “Aprilia Factory Works” yang juga telah melengkapkan motosikal 2018 baru ini dengan omboh, kepala silinder, unit kawalan elektronik (ECU), serta ekzos perlumbaan serba baru yang mana telah meningkatkan kuasa kuda motosikal ini sehingga 215hp.

Jika anda memilih pakej perlumbaan, ia akan didatangkan dengan pengurangan berat sebanyak 10kg dengan melengkapi motosikal ini dengan bateri litium ion yang baru, tangki bahanapi, serta beberapa bahagian karbon dan aluminium yang lain yang boleh didapati pada motosikal ini.

Motosikal yang hebat? Semestinya. Harga? Sudah pasti cukup mahal. Patutkah anda memilikinya sekiranya anda mampu? TIDAK SYAK LAGI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Aprilia RSV4 RF 2017 terbaru yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan lalu, TEKAN SINI.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]