- Honda telah menayangkan sebuah video usikan pendek yang menampilkan “Project N.S.C.”, singkatan bagi Honda Neo Sports Cafe.
- Klip video selama 31 saat itu tidak menunjukkan apa-apa yang ketara melainkan beberapa spesifikasinya seperti sebuah lampu hadapan serta lampu isyarat LED dan palang pemegang yang lurus beserta dengan bunyi-bunyi sayup sebuah enjin empat selari di latarnya.
- Tarikh pelancarannya telah diumumkan pada 6 November 2017, iaitu sewaktu EICMA 2017 atau Pertunjukan Motor Milan.
Semakin kita menghampiri tarikh pertunjukan motosikal antarabangsa yang utama di Milan, Itali iaitu EICMA 2017 (Esposizione Internazionale Ciclo Motociclo e Accessori) atau juga dikenali sebagai Pertunjukan Motosikal Milan, semakin ramai daripada para pengeluar telah menayangkan video usikan mereka bagi memberikan kita bayangan tentang apa yang akan diperagakan.
Sebuah video usikan yang terkini yang telah ditayangkan oleh salah sebuah pengeluar utama dari Jepun, Honda, telah menarik perhatian kami. Sebuah video yang amat pendek dan kemas bertempoh selama 31 saat yang mengumumkan sesuatu yang amat menarik, “Project N.S.C.” yang bermaksud “Neo Sports Cafe” baru sahaja disebarkan beberapa hari yang lalu.
Seperti kebanyakan video usikan, Honda dengan liciknya telah mengumpan para peminatnya dengan menunjukkan sesedikit maklumat yang sebolehnya mengenai motosikal projek ini. Dari apa yang dapat kami tafsirkan, klip yang pendek ini telah menunjukkan beberapa orang pereka sedang melakar rekaan dan membentuk model tanah liat motosikal berkenaan.
Satu lagi butiran halus yang agak sayup di latar yang terdapat dalam video ini merupakan deraman lembut sebuah enjin yang kelihatan seperti enjin empat-selari. Kita telah diberikan pandangan sepintas lalu enjin ini tetapi dalam masa yang amat singkat itu, kami dapat mengesahkan yang enjin berkenaan merupakan enjin sejukan cecair.
Ciri-ciri lain yang telah kami sedari termasuklah angkup brek empat omboh, lampu hadapan dan lampu isyarat LED serta palang pemegang yang lurus. Berdasarkan segala butiran yang telah kami kumpulkan, motosikal Honda Neo Sports Cafe ini mungkin sekali merupakan motosikal CB1000R baru yang telah dinantikan ramai. Kita tidak perlu menunggu dengan terlalu lama kerana Pertunjukan Motosikal Milan 2017 akan bermula pada 6 November 2017. Saksikanlah video usikan berkenaan di bawah.
https://youtu.be/pIQkIn_FZNU
Selain itu, Honda juga akan memperkenalkan sebuah motosikal serba baru pada 24 Oktober 2017 nanti dengan cogan kata “What Lies Beyond “. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai #WhatLiesBeyond, TEKAN SINI.
https://youtu.be/9H8GNPYbGTw
Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.