Royal Enfield Bakal Memperkenalkan Motosikal Dwi Silinder Di EICMA

 

  • Motosikal serta enjin dwi silinder dari Royal Enfield telah dijadualkan untuk membuat kemunculan sulungnya di Pertunjukan Motosikal EICMA.
  • Spekulasi meluas telah mengatakannya mungkin sekali sebuah enjin 750cc.
  • Ada yang percaya yang ia juga mungkin sekali melebihi 800cc.

Gambar intipan sebuah motosikal dwi silinder Royal Enfield telah pun tersebar di atas talian internet buat beberapa ketika, dan ianya telah menguatkan lagi dakwaan pengeluar tersebut yang mereka sedang dalam usaha membangunkan sebuah enjin dua silinder, lapor Autocar India.

Ia juga tampak nyata sekali yang Royal Enfield juga turut sedang mengusahakan sebuah model yang berbeza untuk enjin dwi silinder berkenaan, seperti mana yang dapat dilihat pada gambar yang terpapar di atas. Model yang terdapat di bahagian hadapan gambar berkenaan kelihatan seperti sebuah motosikal dengan gaya cafe racer, manakala di sebelah kanan merupakan model standard.

Model cafe racer mempunyai tangki bahanapi yang lebih bulat dengan ‘recess‘ lutut yang dalam, serta pelana tunggal. Model standard pula mempunyai ‘bench seat‘, yang mana ianya ditawarkan sebagai pilihan untuk pembeli Continental GT 535 semasa.

Selain dari ciri-ciri berkenaan, kedua-dua buah motosikal ini serupa dari segi mekanikal. Enjin pada motosikal-motosikal ini tampak seperti enjin berkembar selari sejukan udara dan cecair yang sama. Suspensi serta komponen breknya juga kelihatan serupa.

Membina pelbagai model yang berbeza berasaskan sebuah enjin atau platform casis menjimatkan kos pembangunan dan pengeluaran, manakala bagi pihak pelanggan pula, mereka boleh menikmati kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana kebanyakan bahagiannya dikongsi antara beberapa buah model.

Walaupun ramai yang mengagak yang ianya berkapasiti 750cc, Royal Enfield masih belum mengesahkannya lagi. Namun, motosikal ujiannya telah diuji secara terperinci di Eropah sebelum ianya diuji di India. Royal Enfield telah menjual sejumlah 651,107 buah motosikal di India sahaja, berbanding dengan 15,383 yang dieksport pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, kurang daripada 10 peratus jumlah jualan tempatan terdiri daripada varian 500cc dan 535cc yang semasa, dengan kebanyakan jualan mereka merupakan model 350cc.

Fakta itu menyemarakkan lagi spekulasi bahawa motosikal yang baru ini mungkin didatangkan dengan kapasiti yang lebih tinggi dari 750cc, malah, ianya mungkin sekali melebihi 800cc bagi menyaingi motosikal 900cc Triumph yang mendapat sambutan hangat, rangkaian Bonneville Street Twin.

Motosikal-motosikal dengan enjin berkembar selari ini akan membuat kemunculan sulung antarabangsanya di Pertunjukan Motosikal EICMA di Milan pada bulan November ini, dengan pelancaran di India dijadualkan pada awal 2018.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]