Sebab-Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Memiliki Motosikal Kawasaki

  • Motosikal Kawasaki cukup terkenal untuk beberapa sebab.
  • Kawasaki mempunyai sejarah menghasilkan motosikal yang terbaik dan tampak mengagumkan.

Motosikal Kawasaki telah dikilangkan oleh Divisyen Motosikal & Enjin, Kawasaki Heavy Industries. Motosikal Kawasaki telah melangkah jauh dari
permulaannya pada awal tahun 60-an untuk menjadi salah sebuah daripada pengeluar ‘Big Four’ di Jepun.

Di Malaysia, Kawasakilah yang telah menerajui jalan bagi motosikal berkapasiti besar sebagai motosikal aliran utama, dan bukan sekadar mainan orang kaya. Kawasaki Motors (Malaysia) juga turut membekalkan motosikal bagi Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

Tetapi, apakah yang membuatkan jenama Kawasaki ini popular? Walaupun Kawasaki mempunyai warisan yang amat membanggakan, itu sahaja tidak cukup menjaminkan kejayaan jenama berkenaan.

Kami telah menyenaraikan antara sebab musabab utama mengapa anda perlu memiliki motosikal Kawasaki, dan ianya adalah antara faktor yang telah menjadikan Kawasaki salah sebuah pengeluar motosikal tersohor dunia

1. Sejarah Kejuruteraan yang Cemerlang

Kawasaki Heavy Industries yang juga terdiri daripada Kawasaki Motorcycles Co.,Ltd. berasal dari sebuah syarikat pembinaan kapal yang dimulakan sejak 1896. Ditubuhkan oleh Shozo Kawasaki, ianya berkembang dan menjadi sebuah gergasi perindustrian, yang terlibat dalam pembinaan kapal dan juga kapal selam, ‘rolling stock‘ landasan keretapi, kapal terbang, binaan keluli, robotik, kenderaan angkasa lepas, dan motosikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enjin motosikal Kawasaki yang pertama sekali – KE-1- yang dibina pada tahun 1952 telah direka dan dibina oleh jurutera kapal terbang Kawasaki
menggunakan teknologi kapal terbang. Semenjak itu, ia telah menjadi penanda salasilah motosikal Kawasaki yang sering menggunakan teknologi yang terbaru dalam enjin mereka.

Teknologi berkenaan kemudiannya menjadikan motosikal Kawasaki sebagai motosikal pengeluaran terpantas dalam kelas masing-masing, mahu pun dalam dunia. Dan kemudiannya motosikal-motosikal ini menjadi ikon dan legenda. Antara model Kawasaki yang tersenarai dalam status ini adalah seperti H1 Mach III (1969), Z1 (1972), KZ100R (1981), GPz900R – model Ninja yang pertama (1984), GPz600R (1985), ZZ-R1000 atau dikenali juga sebagai ZX-10 (1988), ZXR750 atau ZX-7 (1989), ZZ-R1100 atau dikenali juga sebagai ZX-11 (1990), ZX-12R (2000), ZX-10R (2004), ZX-14 (2006), dan semestinya H2R dan H2 (2015).

Dan itu hanya rangkaian motosikalnya sahaja, tidak termasuk ATV dan jetskinya lagi!

2. Warisan Perlumbaan

Kawasaki sering kali terlibat dalam perlumbaan, dari perlumbaan ketahanan Jepun pada awal 60-an hinggalah kemenangan Anton Mang dalam Kejohanan Dunia 250cc dan 350cc. Kemenangan Reg Pridmore pada tahun 1977 di Pocono di atas Kawasaki Z1 menandakan kemenangan AMA Nationals yang pertama dengan motosikal buatan Jepun (dia juga turut merangkul gelaran AMA Superbike 1977 dan 1978). Dan pastinya menjadi ingatan penguasaan Eddie Lawson di AMA Superbike Championship pada tahun 1981 dan juga 1982 di atas jentera Kawasaki KZ1000R. “Steady Eddie” seterusnya telah menjadi Juara Dunia 500cc sebanyak lima kali.

Kawasaki juga telah memenangi empat World Superbike Championship, tiga daripadanya dalam masa empat tahun yang lalu. Tom Sykes telah memenanginya pada tahun 2013, diikuti oleh Jonathan Rea bagi tahun 2015 dan 2016 di atas motosikal Kawasaki ZX-10R. Rea kini sedang mendahului kejohanan 2017 dan tampak akan membolot kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Tidak dinafikan yang perlumbaan MotoGP menarik perhatian lebih ramai penonton, WSBK kekal sebagai sebuah siri yang penting kerana ianya menggunakan motosikal pengeluaran. Ini bermakna yang motosikal yang digunakan untuk perlumbaan dalam WorldSBK serupa dengan motosikal yang boleh anda miliki dari mana-mana pengedar Kawasaki.

Pengalaman yang ditimba dari kejayaan perlumbaan dipindahkan kepada teknologi yang diadaptasi untuk motosikal jalanan yang tersedia untuk orang ramai.

3. Teknologi Terkini

Kawasaki sentiasa menginjak batasan kejuruteraan dan teknologi bagi membawakan motosikal yang paling berkuasa dan menyeronokkan. Keselamatan penunggang diutamakan, jadi dengan itu, motosikal Kawasaki dilengkapkan dengan ciri kawalan cengkaman, ABS, mod tunggangan, brek berkualiti tinggi, suspensi yang bagus dan lain-lain lagi. Kawasaki juga merupakan pengeluar Jepun yang pertama yang menggunakan kawalan cengkaman, dipanggil K-TRIC (Kawasaki Throttle Ignition Response Control) pada motosikal 1400GTR. Dan, jangan lupa akan H2R dan H2 yang di cas lampau!

4. Rekaan Tercanggih

Motosikal Kawasaki sering kali memecah acuan penggayaan konvensional dalam usaha mereka membawa rekaan yang inovatif dan mengagumkan,
contohnya GPz900R, ZX-14R, ZX-10R, H2, dan macam-macam lagi. Bukan sahaja ia menarik perhatian penunggang yang lain serta orang ramai, bahkan dengan menunggang motosikal yang tampak menarik itu pasti amat memuaskan dan membina keyakinan penunggang.

5. Alat Ganti dan Aksesori yang Mudah Didapati

Dengan adanya begitu banyak motosikal Kawasaki di pasaran, ia juga bermakna yang alat ganti dan aksesorinya boleh didapati di mana-mana, pada harga yang rendah. Digandingkan pula dengan bengkel dan pengedar Kawasaki sah yang boleh dijumpai di mana-mana di seluruh negara, sudah pasti sebarang keperluan motosikal Kawasaki anda dapat dipenuhi pada bila-bila masa sahaja.

6. Rangkaian Sah yang Meluas

Buat masa ini, terdapat 80 pengedar sah dan 32 pengedar alat ganti sah di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna capaian yang mudah bukan sahaja untuk motosikal baru, tetapi untuk penyelenggaraan, alat ganti dan juga aksesori. TEKAN SINI untuk mendapatkan senarai penuh pengedar sah yang terdekat. Kakitangan di Kawasaki Exclusive Service Centres (KESC) telah dilatih sepenuhnya, begitu juga bagi pengedar sah.

7. Rangkaian Model yang Meluas

Rangkaian model Kawasaki di Malaysia (TEKAN SINI dan pilih PRODUCTS) adalah rangkaian yang komprehensif dan meliputi setiap segmen dari setiap kapasiti dan saiz, dibahagikan kepada Ninja (motosikal lumba), Z (motosikal naked, standard, sport-touring), Versys (adventure touring), GTR (sport-touring premium), VN (cruiser dan full dress tourer), W (moden klasik), Street (motard), KX (motocross dan supercross), KLX (enduro), dan J (skuter).

Terdapat juga jetski, ATV, dan Mule (kenderaan utiliti).

Sama ada ianya motosikal pertama anda, satu-satunya motosikal anda, motosikal tambahan atau yang dinaik taraf, anda pasti akan menjumpai sesuatu yang sepadan dengan keperluan anda.

8. Keboleharapan

Sejujurnya, motosikal Kawasaki boleh diharap dan memberikan keseronokan tanpa banyak masalah. Selenggara motosikal anda dengan sebaiknya dan mana-mana motosikal moden pasti boleh diharap. Seperti yang pernah dikatakan penulis pada artikel sebelum ini (TEKAN SINI), Kawasaki milik penulis tidak pernah lagi mengalami masalah yang serius, selain daripada kehausan yang biasa. Kebanyakan rakan-rakan penulis juga memiliki motosikal Kawasaki daripada pelbagai model berlainan dan tiada seorang pun mempunyai sebarang masalah, kecualilah ianya digunakan dengan cara yang salah atau menjalani pengubahsuaian yang tidak digalakkan oleh Kawasaki.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]