Indian Motorcycles Memperkenalkan Rangkaian Tahun 2018

 

  • Indian Motorcycles telah memperagakan 16 model-model terbaru bagi tahun 2018.
  • Rangkaian ini terdiri daripada Scout Bobber, Chieftain Limited, Springfield Dark Horse, dan Roadmaster Elite.
  • Pada musim bunga ini sahaja, jualan Indian Motorcycles telah meningkat sebanyak 17%.

Polaris telah menghentikan jenama Victory mereka pada bulan Januari tahun ini bagi menumpukan sepenuh perhatian pada Indian Motorcycles, dan tindakan itu telah membuahkan hasil yang positif. Ianya telah dilaporkan bahawa yang jualan motosikal Indian telah meningkat sebanyak 17%, manakala untuk Harley pula, ianya telah merosot sebanyak 7% pada musim bunga yang lalu. Pengeluaran telah meningkat secara mendadak, ke tahap 25,000 unit pada waktu artikel ini disiarkan.

Rangkaian Indian Motorcycles 2018 terdiri daripada 16 buah model, dengan 4 yang telah ditambah pada tahun lalu. Indian juga telah menambah perincian dan juga warna yang baru untuk beberapa buah model.

INDIAN SCOUT 2018

Terdapat tiga versi Scout, ke semuanya berkongsi ciri-ciri fizikal dan mekanikal yang sama, kecuali pada enjin dan transmisinya.

INDIAN SCOUT SIXTY

Motosikal Scout Sixty ini mirip dengan model 2017, dengan tambahan dua warna baru dan ABS pada motosikal yang berwarna tertentu. Thunder Black dan Polished Bronze tidak dilengkapkan dengan ABS, manakala bagi motosikal Indian berwarna Indian Motorcycle Red dan Thunder Black dengan kemasan Titanium Metallic pula didatangkan dengan ABS sebagai kelengkapan standard.

Motosikal Scout Sixty ini menggunakan enjin 999cc yang menghasilkan 78hp, dengan transmisi lima-kelajuan.

INDIAN SCOUT

Motosikal Indian Scout telah mendapat sambutan hangat dan terjual habis dengan pantas sekali di Malaysia. Bagi 2018, fork motosikal Scout ini telah dinaik taraf kepada fork kartrij, dilengkapi dengan tayar Pirelli, dan yang terbaik sekali, pelana pembonceng kulit.

Dijana oleh enjin 1133cc yang menghasilkan 100hp, yang dipacu oleh transmisi enam-kelajuan.

Warna Thunder Black dan Metallic Jade tidak dilengkapkan dengan ABS; Willow Green dengan kemasan Ivory Cream, Brilliant Blue dan White, dan Burgundy Red didatangkan dengan ABS.

INDIAN SCOUT BOBBER

Baru bagi 2018, motosikal Scout Bobber ini digayakan serba hitam dan secara ringkas. tempat letak kakinya digerakkan ke belakang bagi perletakan yang tampak lebih bergaya cruiser. Palang pemegangnya telah digantikan dengan palang bergaya ‘tracker‘. Roda serba hitam diliputi dengan tayar yang berbonjol dan suspensinya direndahkan sebanyak 25mm.

INDIAN CRUISER 2018

Motosikal cruiser Indian dibezakan daripada motosikal bagger dengan tidak dilengkapkan dengan bagasi sebagai kelengkapan standard.

INDIAN CHIEF DARK HORSE

Motosikal Dark Horse ini didatangkan hanya dalam warna Matte Black dengan perincian yang serba hitam, dihiasi dengan kemasan krom. Dapra hadapan dan belakang yang berhias didatangkan standard. Nyalaan enjin tanpa kunci masih lagi kekal pada motosikal Chief ini.

INDIAN CHIEF

Motosikal Chief yang standard didatangkan dalam warna Steel Grey, dihiasi dengan lebih banyak kemasan krom serta dilengkapkan dengan kawalan bersiar (cruise control) berbanding dengan Dark Horse.

INDIAN CHIEF CLASSIC

Motosikal Chief Classic ini dibezakan dengan tayar berdinding putih, roda berjejari dan kawalan tangan krom. Serta kemasan krom, dan lebih banyak lagi krom.

INDIAN BAGGERS 2018

Motosikal bagger adalah motosikal yang dilengkapi dengan bagasi, sama ada beg pelana atau ‘pannier‘ keras, dan rangkaian Indian ini mempunyai lebih banyak bagasi berbanding pengeluar yang lain.

INDIAN CHIEF VINTAGE

Motosikal Chief Vintage ini mempunyai pelana kulit standard, beg pelana serta penghadang angin yang boleh ditanggalkan. Bagi melengkapkan lagi rupa klasiknya, ianya didatangkan dengan tayar berdinding putih serta roda berjejari. Tanggalkan beg pelana serta penghadang anginnya, dan motosikal ini berubah kepada sebuah motosikal ‘boulevard cruiser’.

INDIAN SPRINGFIELD

Secara asasnya tiada perubahan dari tahun 2017, ianya didatangkan dengan warna yang baru bagi 2018. Ciri-ciri seperti penghadang angin serta ‘pannier‘ keras yang boleh ditanggalkan, palang ‘highway‘, nyalaan enjin tanpa kunci, sistem pemantauan tekanan tayar dan ABS kekal sebagai kelengkapan standard.

INDIAN SPRINGFIELD DARK HORSE

Versi Dark Horse ini adalah baru bagi tahun 2018, bercirikan warna Matte Black dengan perincian kilauan hitam. Dark Horse ini menggunakan dapra hadapan yang terbuka dan roda acuan tuangan 19 inci, dan bukannya dapar hadapan yang berhias. Ia juga didatangkan dengan penghadang angin dan ‘pannier‘ keras yang boleh ditanggalkan.

INDIAN CHIEFTAIN

Bahagian hadapannya telah digantikan dengan dapra terbuka baru dan roda acuan tuangan 19 inci. Penghadang anginnya boleh dilaras secara elektronik dan juga dilengkapi dengan lampu. Ciri-ciri lain termasuklah ABS, kawalan bersiar, nyalaan enjin tanpa kunci, palang ‘highway‘, ‘pannier‘ keras, dan sistem infotainment 7 inci dengan Bluetooth dan suapan USB.

INDIAN CHIEFTAIN DARK HORSE

Chieftain Dark Horse 2018 didatangkan dengan sistem infotainment Ride Command yang juga mempunyai GPS. Bahagian hadapanna juga telah digantikan dengan dapra terbuka dan roda 19 inci.

INDIAN CHIEF CLASSIC

Indian Chieftain Classic tampak lebih tradisional dengan dapra berhias, roda 16 inci dan pelana kulit. Yang baru bagi model 2018 ini adalah sistem infotainment Ride Command.

INDIAN CHIEFTAIN LIMITED

Motosikal Chieftain Limited merupakan model utama dalam rangkaian Chieftain. Bahagian hadapannya bercirikan roda 19 inci dengan dapra terbuka.

INDIAN TOURERS 2018

Rangkaian Indian Roadmaster tampak jelas ketara, dengan beg pelana atau ‘pannier‘ dengan kotak yang besar. Pilihan yang terbaik untuk perjalanan jauh.

INDIAN ROADMASTER CLASSIC

Motosikal Roadmaster Classic merupakan motosikal tahap permulaan dalam rangkaian kembara Indian, tetapi ianya dilengkapi dengan ke semua ciri-ciri yang penting sebuah motosikal kembara seperti bagasi dan sistem infotainment Ride Command.

INDIAN ROADMASTER

Dilengkapi dengan ‘pannier‘ keras dan ‘top case‘, motosikal Roadmaster ini tampak lebih kontemporari berbanding Roadmaster Classic. Ianya juga
didatangkan dengan pemesong angin keras di hadapan kaki penunggang. Sistem bunyinya dipertingkatkan lagi sehingga 200 watt.

INDIAN ROADMASTER ELITE

Motosikal Roadmaster Elite adalah ‘ketua’ bagi suku kaum motosikal Indian ini.

Ianya didatangkan dalam warna Cobalt Green dengan kemasan Black Crystal, yang telah telah diperkemaskan menggunakan tangan melebihi 30 jam. Lencana emas tulen 23 karat kemudiannya diterapkan pada komponen enjin dan juga tangkinya.

Sistem infotainment Ride Command mempunyai kuasa sebanyak 300 watt. Terdapat tempat letak tangan bagi pembonceng. Lantai kaki penunggang dan pembonceng merupakan aluminium billet. Sebuah konsol pengembaraan premium diletakkan di atas tangki bahanapi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]