Kawasaki Menayangkan trailer usikan Kawasaki Z900 RS 2018!

 

 

  • Kawasaki Motors baru sahaja mengeluarkan sebuah video usikan pendek yang menampilkan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah motosikal moden klasik, Kawasaki Z900 RS.
  • Video usikan pendek itu telah dimuat naik ke Youtube oleh Kawasaki Motors dan diakhiri dengan mesej “Unveiling of Kawasaki #TrueSpirit TOKYO, 25-10-2017”.
  • Tarikh yang dinyatakan pada penghujung video berkenaan menunjukkan pengenalannya akan dibuat semasa Pertunjukan Motor Tokyo 2017 yang akan berlangsung Oktober ini.

Tampaknya Kawasaki telah pun mengesahkan telahan yang mengatakan mereka bakal menghidupkan kembali rangkaian moden klasik mereka dengan pengenalan Kawasaki Z900 RS 2018. Video usikan yang pendek itu telah dimuat naik ke Youtube oleh Kawasaki Motors dan diakhiri dengan mesej “Unveiling of Kawasaki #TrueSpirit TOKYO 25-10-2017”.

Sumber imej: Autoby

Nampaknya, telahan majalah motosikal terkemuka dari Jepun, Autoby, agak tepat sewaktu mereka mengeluarkan sebuah gambar hasilan sebuah motosikal versi moden klasik Z900 beberapa bulan yang lalu. MCN juga telah membuat tekaan mereka sendiri tentang bagaimana rupa Z900 RS yang baru ini. Meneliti kedua-dua gambar hasilan mereka, dengan jujur kami katakan yang ianya satu penambahan yang agak mengagumkan dalam segmen motosikal moden klasik, terutamanya dengan enjin empat selarinya yang amat berkuasa, yang boleh didapati pada Z900 ABS.

Gambar dari MCN yang menunjukkan kemungkinan sebuah Z900 RS baru.

Untuk membaca dengan lebih lanjut artikel kami mengenai versi hasilan yang telah dibuat oleh Autoby dan MCN, TEKAN SINI.

Dalam klip pendek 27 saat itu, kami berasa amat teruja dapat menyaksikan penampilan motosikal ‘old-school’ Kawasaki Z1 dari tahun 70-an. Ini adalah petanda yang jelas yang motosikal Kawasaki Z900 RS ini bakal memberikan penghormatan buat Z1 yang mana telah mencapai status ikonik dalam industri permotosikalan.

Dalam video itu, kita juga diusik dengan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah Z900 RS yang baru, tetapi, oleh kerana ianya sebuah usikan, gambaran penuh motosikal itu dihadang oleh penghadang jalan yang menjengkelkan. Mereka langsung tidak memberikan kita peluang untuk melihatnya! Tarikh yang telah dinyatakan pada penghujung video berkenaan menandakan yang pengenalannya bakal dibuat pada Pertunjukan Motor Tokyo 2017 yang akan berlangsung dalam jangka masa yang sama yang telah diberikan.

Semenjak pasaran motosikal moden klasik meletus dan menjadi idaman ramai pada masa sekarang, tindakan yang diambil oleh Kawasaki untuk
memperkenalkan Z900 RS ini amat tepat pada masanya. Memandangkan motosikal W800 keluaran mereka sebelum ini yang dihentikan tidak mendapat sambutan, motosikal moden klasik yang baru ini sudah pasti akan menarik perhatian ramai.

Berdasarkan namanya, kami beranggapan yang Z900 RS ini akan didasarkan secara meluas daripada motosikal Kawasaki Z900 ABS. Kemungkinannya ia akan menggunakan enjin DOHC, sejukan cecair, empat selari 948cc yang sama, yang menghasilkan 124hp dan 98Nm dengan berat bersihnya hanya pada 210kg.

Kami telah pun membawa Kawasaki Z900 ABS 2017 ini untuk tunggang uji sebelum ini dan kami agak kagum akan kebolehannya. Untuk membaca ulasan kami mengenai Z900 ABS itu dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

Kami di sini tidak sabar menunggu kemunculan Pertunjukan Motor Tokyo 2017 supaya dapatlah akhirnya kami saksikan dan kagumi sendiri motosikal Kawasaki Z900 RS 2018 yang bakal muncul itu nanti.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dari Kawasaki.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]