Kawasaki Siri 650 – 10 Sebab Utama Mengapa Ianya Motosikal Kelas Pertengahan Kegemaran Ramai.


ARTIKEL OLEH: WAHID OOI ABDULLAH

  • Motosikal kelas pertengahan Kawasaki 650cc kini menyambut ulangtahunnya yang ke-11.
  • Model-model baru seperti Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan Versys 650 kini sedang mengecapi kejayaan yang gemilang.
  • Menyeronokkan, mesra pengguna, mampu dimiliki, dan kos penyelenggaraan yang rendah membuatkannya popular.

Kawasaki Z650 (Sumber imej: MCN)

Rangkaian motosikal kelas pertengahan Kawasaki 650cc, yang kini termasuk dengan model Ninja 650 ABS dan jua Z650 ABS, telah pun dikeluarkan sejak tahun 2006.

Kawasaki Ninja 650R 2006

Rangkaian motosikal 650cc ini telha pun melalui beberapa perubahan berkaitan casis dan juga kosmetik semenjak kemunculan pertamanya pada tahun 2006 hingga 2011, tanpa sebarang perubahan yang telah dibuat pada enjinnya.

Kawasaki ER-6f 2009

Pada 2012, telah berlaku beberapa perubahan yang besar, termasuklah pada kerangka, gear, serta bahagian luarannya.

Kawasaki ER-6n 2012

Apabila Kawasaki Motors (Malaysia) mula membawa masuk motosikal ER-6f, ER-6n dan Versysy 650 dalam bentuk CKD, kepopularannya telah meletus dan model-model berkenaan dapat dilihat dimana-mana sahaja di Malaysia. Ianya menjadi motosikal superbike untuk orang ramai.

Namun, apakah yang telah menjadikannya kegemaran ramai dari dahulu hingga sekarang? Di sini kami senaraikan antara 10 sebab-sebab yang utama.

10. PEMBANGUNAN YANG BERTERUSAN

Kehadiran mereka dalam pasaran selama 11 tahun bermakna yang Kawasaki telah mengumpul banyak pengalaman serta makumat kasar mengenai model-model berkenaan. Dengan itu, rangkaian 650 ini telah sentiasa berubah menjadi lebih baik dengan setiap keluaran yang baru. Ke semua model kini bercirikan suntikan bahanapi dengan “Dual Throttle Valves” (DVT) kawalan ECU, dan sistem brek ABS pada Ninja 650 dan Z650. Model-model terbaru juga dilengkapi dengan kerangka, suspensi, serta enjin selari-berkembar, 649cc serba baru.

9. KESELESAAN

Tanpa ciri ergonomik, sebuah motosikal tidak berguna. Motosikal Kawasaki 650 dikenali ramai kerana ciri ergonomiknya yang selesa. Para pereka Kawasaki telah memberikan sepenuh usaha mereka dalam menyempurnakan “rider’s triangle”, satu istilah menerangkan hubungkait antara genggaman palang pemegang, pelana, dan tempat letak kaki. Rangkaian 650 ini menawarkan kedudukan menunggang yang selesa dengan sekelumit ciri ‘sporty‘. Ini menerangkan mengapa ribuan pemilik telah mengembara dengannya ke sekeliling Malaysia dan ke negara jiran, Thailand.

8. ENJIN YANG PENUH KUASA TORK

Mengapa tork dan bukannya kuasa kuda? secara mudah, tork adalah daya yang anda rasakan apbila sebuah motosikal memecut, manakala kuasa kuda adalah kelajuan tertinggi sewaktu pendikit dipulas sepenuhnya. Jadi, melainkan anda sedang berlumba di atas litar, enjin yang menyebarkan daya kilasnya di sepanjang rentasan rpm adalah pilihan yang praktikal. Ini bermakna anda hanya perlu memulas pendikitnya untuk memotong, tanpa perlu menukar gear sepanjang masa. Tork yang bagus juga membolehkan anda untuk membawa pembonceng dan muatan bagasi yang besar.

7. MOTOSIKAL MESRA PENGGUNA

Dengan ergonomik yang hebat serta kuasa enjin yang lebih jitu, mempelajari cara untuk menunggang Ninja 650 teramatlah mudah. Dan seronok!

Pelana yang rendah pada Ninja 650 ABS dan Z650 ABS sesuai untuk penunggang pada sebarang ketinggian, dan ketga-tiga model termasuklah Versys 650 memberikan keselesaan sepanjang hari. Ciri kuasa enjinnya yang linear dan mudah untuk dikawal, yang bermakna anda boleh bersiar-siar dengan perlahan, atau memecut selaju yang anda mahu.

Gabungan ergonomik, pengendalian yang mudah untuk dijangka, dan kuasa yang lancar menyumbangkan kepada kesenangan untuk mempelajarinya bagi penunggang yang baru berjinak-jinak dengan motosikal berkapasiti lebih besar. Selain itu, kemungkinan enjin untuk menegun sewaktu menggunakan klac lebih rendah kerana kuasa torknya itu – satu rahmat bagi penunggang yang masih baru dalam menggunakan klac manual.

Kini ada tahu mengapa ER-6n merupakan motosikal kegemaran bagi pelajar lesen B Penuh di sekolah memandu Malaysia.

6. IANYA PANTAS

70bhp mungkin bukan satu jumlah yang membeliakkan mata, namun jika digandingkan dengan tork meluas motosikal-motosikal Kawasaki 650 yang cukup terkenal itu, ianya sebuah tunggangan yang mengujakan.

Rangkaian 650 ini tidak boleh dipandang remeh, secara konsistennya telah merakam masa 3.5 saat dari 0-100km/j dan pecutan sesuku batu (400 meter) sepantas 12.0 saat. Malah, Versys 650 yang lebih tinggi juga mencecah 100km/j dalam 3.8 saat dan merentasi jarak 400 meter dalam masa 12.5 saat. Jadi, bukan sahaja motosikal Kawasaki 650 ini menarik perhatian penunggang baru, malah ianya mencuri hati penunggang yang berpengalaman juga.

5. PRAKTIKALITI

Rangkaian Kawasaki 650 ini direka untuk menjadi jentera yang serba boleh. Anda boleh berulang alik dengannya setiap hari, menunggangnya ke puncak Genting Highlands pada hujung minggu, mengembara dengan rakan-rakan semasa percutian, pulang ke kampung dengan isteri untuk berhari raya, beserta dengan segala lemang dan rendang bagi mengambil hati mertua anda. Apa sahaja yang dapat anda fikirkan, anda boleh lakukannya.

Sama ada melengkapkannya dengan beg pelana dan menukarkanya kepada sebuah motosikal kembara, atau pun dikhususkan untuk mendapatkan prestasi perlumbaan yang lebih hebat, rangkaian ini teramatlah mudah untuk diubahsuai mengikut kehendak pemiliknya yang tersendiri.

4. JARAK SERTA EKONOMI BAHANAPI

Harga minyak petrol sekarang begitu mahal, bukan?

Laman pangkalan data ekonomi bahanapi bebas www.fuelly.com telah menerbitkan keputusan ujian-setara atas motosikal yang berbeza jenis, dan buat masa ini menyenaraikan 114 pemilik Kawasaki Ninja 650R yang telah merekodkan data dengan jumlah keseluruhan data perbatuan bahanapi sebanyak 894,400km (559,000 batu). Majoriti pemilik ini merekodkan di antara 19.6km/liter hingga 20.0km/l, di mana terdapat beberapa yang melaporkan jumlah setinggi 24.2km/l. Yang terendah pada 15.7km/l.

Ini bermakna, mengambil jumlah terendahnya, 15.7km/l, anda hanya menggunakan 1 liter minyak petrol sekiranya anda berulang alik ke pejabat anda dari Petaling Jaya ke pusat bandar Kuala Lumpur – atau hanya RM2.20 untuk satu perjalanan (bermula 7 September 2017).

Di sebaliknya pula, jika anda mengambil angka pertengahannya, 19.6km/l ketika sedang mengembara, satu tangki penuh 15 liter yang ada pada Ninja 650 dan Z650 akan membawa anda sejauh 294km. Ianya lebih kurang sama dengan perbatuan purata peribadi ER-6f milik penulis. Untuk Versys 650 pula, satu tangki penuh dapat membawa anda merentasi jarak 411.6km. Dari Hentian R&R Rawang ke Hentian R&R Gurun (360km) dengan hanya satu tangki penuh.

3. RUPA YANG MENAWAN

Rekaan bagi motosikal dalam rangkaian Kawasaki 650 ini telah bergerak jauh, seiringan dengan segala kemaskini teknologinya.

Motosikal ber-reraup penuh Ninja 650 ABS tampak amat mirip dengan Kawasaki ZX-10R yang kini sedang menguasai Kejohanan Superbike Dunia. Ianya telahmeninggalkan satu tanggapan bahawa ia adalah sebuah motosikal yang berprestasi tinggi dan dinamik, yang mengujakan penunggangnya dan pada masayang sama menarik perhatian mereka yang berada di sekelilingnya.

Rekaan revolusinari motosikal ‘naked‘ Z650 ABS adalah hasil dari prinsip “Sugomi” Jepun. Sugomi digambarkan sebagai “…satu aura yang mendalamdipancarkan oleh seseorang atau sesuatu objek yang dirasakan oleh orang yang melihatnya.” Hasilnya, sebuah motosikal yang tampak organik, yangbernyawa dan mempunyai perwatakan, dan bukannya sesuatu yang telah dibentuk oleh terowong angin.

Untuk Versys 650 pula, sisinya tirus serta rekaannya yang penuh kegunaan itu menampilkan keringanan serta kelincahan, selari dengan kebolehan sebenarmotosikal ini. Ianya menonjol berbanding motosikal dwi-sukan yang tampak tinggi, berat dan sukar dikawal.

 

2. ALAT GANTI, AKSESORI YANG BOLEH DIDAPATI SECARA MELUAS

Para pemilik mendapat manfaat hebat di atas populariti serta keberadaannya yang lama dalam pasaran kita.

Di mana kami sentiasa mengesyorkan segala penyelenggaraan dijalankan di Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki di Glenmarie, Shah Alam dan/ataubengkel-bengkel yang disahkan, serta menggunakan hanya alat ganti dan aksesori Kawasaki yang asli, pemilik motosikal boleh mendapatkan bantuan di luarrangkaian rasminya sewaktu kecemasan.

Oleh kerana rangkaian Kawasaki 650 ini telah berada dalam pasaran dengan lama dan juga amat popular, terdapat banyak tempat yang dapat membantu dalam situasi kecemasan.

Sebagai contoh, sekiranya anda di Danok, Thailand semasa anda telah terputus kabel klac anda (amat jarang sekali berlaku). Anda boleh mengunjungi bengkel yang terdekat, pasang kabel yang sepadan dan tunggangilah Kawasaki 650 anda ke pengedar Kawasaki terdekat untuk menggantikannya dengan alat ganti yang asli. Cukup mudah.

1. BOLEH DIPERCAYAI

Berbeza dengan apa yang anda mungkin percayai, rangkaian motosikal Kawasaki 650 terdiri daripada motosikal yang boleh diharapkan. Jika tidak, masakan ia dapat berterusan selama ini.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Kawasaki telah senantiasa mengubah barisan motosikal 650 ini kepada tahap kecanggihan yang semasa sepanjang 11 tahun. Walaupun begitu, tidak dinafikan yang model-model ini kekal agak ringkas tanpa kerumitan yang tidak diperlukan. Ini bermakna ianya mudah untuk diselenggara dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap, dan secara mudahnya, mampu dimiliki dan dinikmati.

Malah, terdapat pasukan perlumbaan litar tanah merah di US yang menggunakan enjin 650cc ini dengan jayanya.

Seperti apa dapat anda lihat, terdapat banyak sifat yang membuatkan rangkaian motosikal Kawasaki 650 ini sebagai motosikal kelas pertengahan kegemaran ramai di serata dunia. Ia juga mempunyai banyak lagi kualiti-kualiti kecil yang lain yang tidak sempat kami nyatakan di sini, namun ingin kami ingatkan yang kualiti-kualiti kecil ini juga turut menyumbang kepada sebuah motosikal yang menyeronokkan buat semua orang.

Jadi, dapatkanlah sebuah motosikal dari rangkaian Kawasaki 650 milik anda sendiri dan rasailah kehebatannya sendiri!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply