Honda Thailand memperkenalkan siri jentera 150cc yang cukup menarik pada pertengahan 2017 ini. Saksikanlah Honda CB150R. Rekaan yang mengingatkan kita kepada gaya pelumba kopi yang sangat popular pada suatu masa dulu (sekarang pun masih ada peminatnya).
Hadir dengan penyalaan penuh lampu dengan LED yang pastinya memberikan suluhan lebih jelas dan tahan lama.
Rekaan lampu belakang nampak cukup moden walaupun gayanya sedikit retro.
Meter pelbagai fungsi digital sepenuhnya pula diperbaharui dan fungsi yang paling anda inginkan iaitu penunjuk gear, ada disertakan.
Tangki pula direka dengan bentuk yang lebih gagah.
Terdapat juga model Street Cafe, Moriwaki Edition dan Scramble Cafe.
3 gambar terakhir dari FB Motorcycle Magazine Thailand.