Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017 – Cornish memenangi Pusingan 1

ARTIKEL OLEH: WAHID OOI ABDULLAH

  • Lewis Cornish memanfaatkan permulaannya dari petak pertama untuk memenangi kedua-dua Moto dalam Pusingan 1 bagi Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017.
  • Juara 2015, Trakarn Thangthong, berada di tempat ke-dua keseluruhan.
  • Juara bertahan 2016, Muhd. “Gabit” Habibullah menamatkan Pusingan 1 di tempat ke-empat keseluruhan.


NAKHON CHAI SI, THAILAND, 3 SEPTEMBER 2017 – Cuaca yang indah dan litar yang menarik telah menjadi pentas bagi Pusingan 1 Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017. Pertandingan ini menyaksikan 17 orang penunggang dari 13 buah negara bersaing untuk kebanggaan peribadi dan juga negara.

Hari ini telah dimulakan dengan Latihan bebas, dan seperti yang telah dijangkakan, tiga tempat teratas telah dikuasai oleh penunggang dari United Kingdom, Lewis Cornish, Juara 2015, Trakarn Thangthong dari Thailand, dan Juara bertahan 2016 dari Malaysia, Muhd. “Gabit” Habibullah.

MOTO 1

Moto 1 bermula dengan sinaran mentari yang terik berada betul-betul di atas kepala para penunggang.

Penunggang di petak pertama, Cornish, merampas peluang seawal mulanya perlumbaan, namun diekori rapat oleh keseluruhan gerombolan penunggang sehingga ke jalan lurus di seksyen jalan tarmac, sebelum mengubah haluan ke seksyen ‘off-road’.

Lewis Cornish

Selekoh tajam ‘hairpin’ yang tiba sejurus selepas lompatan ‘table top’ terakhir sekali lagi menjadi cabaran terbesar, memberikan kelebihan kepada sesetengah penunggang dan sebaliknya buat penunggang-penunggang yang lain.

Dengan litar yang kosong di hadapan Cornish, dia telah membuka jarak sebanyak dua saat dalam masa beberapa pusingan di antaranya dengan Gabit dan Thangthong yang sedang mengejarnya. Dan dengan kedua-dua penunggang itu sibuk bertarung sesama sendiri, ianya membolehkankan Cornish untuk melakar ruang yang lebih besar lagi untuk dirinya.

Tiga tempat teratas itu kekal sama sepanjang perlumbaan, sehinggalah sewaktu lima minit terakhir perlumbaan Moto 1 itu, di mana Gabit telah dipotong oleh Thangthong. Penunggang dari Thailand itu telah merancang geraknya pada masa yang tepat sekali, dan menidakkan Gabit dari sebarang peluang untuk merampas balik tempat ke-dua itu.

Gabit (#1) yang sedang mendahului Thangthong (#5)

Lewis menamatkan Moto 1 dengan catatan masa 22:236.002, diikuti oleh Thangthong dan Gabit dengan catatan masa 22:49.962 dan 23:14.056.

Penunggang dari Belanda, Marcel van Drunen, yang telah bertarung dengan hebat sekali dengan Cornish sewaktu Kelayakan dan SuperChrono, sekali lagi dalam satu pertarungan dengan hebat, kali ini dengan seorang lagi penunggang tambatan Malaysia, Khairy Zakaria, di sepanjang perlumbaan dan telah melintasi garisan penamat di tempat ke-empat, diikuti oleh Khairy di tempat ke-lima.

Marcel van Drunen

MOTO 2

Cornish sekali lagi merebut peluang pada permulaan perlumbaan dan mengekalkan kedudukannya bagi memenangi Moto keduanya pada hari itu, menamatkan perlumbaan dengan jaraka masa yang selesa sebanyak lima saat di hadapan Thangthong.

“Ianya merupkan sebuah litar yang amat teknikal. kebanyakan daripada kami telah menggunakan tayar ‘slick’ untuk berlumba di atas litar. dengan tiga seksyen ‘dirt’, ianya terasa lebih kepada sebuah litar motocross. saya telah membuat beberapa kesilapan dalam Moto 1 tetapi telah berjaya mengurangkannya dalam Moto 2. Saya percaya yang Trakarn dan Gabit juga telah melakukan kesilapan juga, dan ini telah memberikan saya kelebihan sewaktu perlumbaan ini,” ujar
Lewis.

“Saya bernasib baik ketika Gabit terlanggar satu lubang pada seksyen ‘dirt’ yang ketiga. Sewaktu itulah saya berjaya memintasnya. Dia telah meningkat dengan begitu pesat sekali sejak kali terakhir kami bersaing pada tahun 2015. Saya cukup gembira dapat menunggang dengan semua penunggang di sini, dan berharap, saya dapat memberikan persembahan yang lebih baik di Indonesia.” ujar Thangthong.

Trakarn Thangthong

Dengan tekad untuk memperbaiki kesilapannya sewaktu Moto 1, van Drunen bertarung dengan Gabit untuk tempat terakhir di atas podium. Mereka berdua saling bertukar-tukar tempat dengan gerakan berisiko tinggi di selekoh yang tajam.

Persaingan ini ditamatkan dengan hanya dua pusingan lagi sebelum penamat perlumbaan, apabila Gabit terkeluar dari litar. Ianya merupakan satu persembahan yang berani dari penunggang dari Malaysia tu, setelah diketahui yang penunggang untuk pasukan pengilang KTM Malaysia itu menunggang tanpa sebarang brek yang berfungsi.

Di mana kebanyakan penunggang pasti sudah akan mengalah, Gabit terus cekal meneruskan perlumbaannya

“Kedua-dua brek hadapan dan belakang saya telah rosak, dan saya hilang kawalan motosikal saya. ianya menyukarkan lagi usaha saya untuk mengekalkan rentak, terutamanya di atas litar ini. Saya mencuba sebaik mungkin untuk memastikan keputusan yang terbaik dalam keadaan sebegini,” ujar Gait.

Gabit menamatkan perlumbaan di tempat ke-enam dalam Moto 2, dengan catatan masa 24:20.495.

van Drunen (#17) bersaing hebat dengan Gabit (#1)

Seorang lagi penunggang dari Malaysia, Khairy Zakaria, cuba untk merapatkan jurang dengan penunggang dari Belanda itu, namun usahanya tidak membuahkan hasil apabila dia melakukan kesilapan sewaktu pertukaran antara seksyen jalan raya dan ‘off-road’. Khairy mendapat tempat ke-empat dalam Moto 2, dengan jarak masa hampir dua saat di belakang Marcel dengan catatan masa 23:50.924.

Khairy Zakaria

Penunggang dari Jepun, Naoto Takayama beraksi dengan cemerlang sekali dalam Moto 2, dan merangkul tempat ke-lima.

“Ianya merupakan perlumbaan yang dijalankan dengan sempurna dan jayanya. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Asia Supersports Group, FMSCT, ke semua rakan penaja dan juga penunggang. Pusingan pembukaan untuk musim ini sangat mengujakan, dan segalanya dalam keadaan yang teratur. Litar ini menugkin sekali antara litar yang paling mencabar dalam sejarah musim ini, tetapi setiap aspek keselamatan telah pun dipertimbangkan,” kata Stephan P. Carapiet, Pegawai Keselamatan FIM Asia.

Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017 akan meneruskan musimnya di litar seterusnya Jogjakarta, Indonesia pada 7 dan 8 Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut, layari www.supermotoasia.com atau tontonilah perlumbaan secara langsung dalam HD di www.twenty3.tv yang dijana oleh E-Plus Global Sdn. Bhd.

Kejohanan FIM Asia Supermoto ini telah dipromosikan oleh Asia Supersports Group, sebuah konsortium yang terdiri daripada tiga buah syarikat iaitu Bikenation Motorsports Sdn. Bhd., Trade My Superbike dan E-Plus Global Sdn. Bhd.; dengan kebenaran oleh FIM Asia dan FMSCT; dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah divisyen di bawah Biro Malaysia Convention & Exhibition (sebuah agensi di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia), Malay Mail, Kelab Blogger Ben Ashaari dan TX Sports.

Keputusan Perlumbaan Moto 1:

Pos No. Name National Laps Best Time Total Time
1 8 Lewis Cornish GBR 18 1:11.606 22:36.002
2 5 Trakarn Thangthong THA 18 1:12.526 22:42.962
3 1 Muhd Habibullah MAS 18 1:13.472 23:14.056
4 17 Marcel Van Drunen NED 18 1:15.169 23:31.190
5 32 Khairi Zakaria MAS 18 1:14.316 23:33.763
6 162 Farhan Hendro INA 18 1:17.095 23:55.446
7 300 Naoto Takayama JPN 17 1:16.645 22:37.403
8 12 Kenneth San Andres PHI 17 1:18.520 23:10.666
9 28 Natthapat SuksanWatthana THA 17 1:15.368 23:34.965
10 97 Arten Teslenko RUS 17 1:20.359 23:36.386
11 7 Pedro Wuner INA 16 1:19.964 22:39.942
12 77 Hasroy Osman SGP 16 1:18.960 22:40.996
13 720 Lin Chin Pei TPE 16 1:18.960 22:40.996
14 40 Lee Wei TPE 15 1:22.517 22:43.571
DNF 102 Tsang Wai Kei HKG 13 1:30.587 23:46.389
DNF 27 Sun Tong CHN 12 1:25.996 19:4.087
DNF 101 Takashi Sasaki JPN 7 1:18.032 9:30.062

Keputusan Perlumbaan Moto 2:

Pos No. Name National Laps Best Time Total Time
1 8 Lewis Cornish GBR 18 1:12.459 23:00.233
2 5 Trakarn Thangthong THA 18 1:14.494 23:27.317
3 17 Marcel Van Drunen NED 18 1:15.223 23:48.316
4 32 Khairi Zakaria MAS 18 1:16.522 23:50.924
5 300 Naoto Takayama JPN 18 1:17.768 24:07.549
6 1 Muhd Habibullah MAS 18 1:12.741 24:20.495
7 162 Farhan Hendro INA 18 1:18.292 24:26.555
8 12 Kenneth San Andres PHI 17 1:20.493 23:35.442
9 101 Takashi Sasaki JPN 17 1:22.063 23:56.181
10 28 Natthapat Suksanwatthana THA 17 1:18.431 24:03.932
11 7 Pedro Wuner INA 16 1:22.101 23:01.271
12 77 Hasroy Osman SGP 16 1:22.921 23:03.908
13 720 Lin Chin Pei TPE 15 1:25.411 23:32.197
14 27 Sun Tong CHN 15 1:29.510 24:09.029
DNF 102 Tsang Wai Kei HKG 13 1:32.737 23:45.547
DNF 97 Artem Teslenko RUS 11 1:21.761 24:31.701
DNF 40 Lee Wei TPE 5 1:25.683 7:43.684

Kedudukan Keseluruhan

Pos No. Name National M1 M2 Total Point
1 8 Lewis Cornish GBR 25 25 50
2 5 Trakarn Thangthong THA 22 22 44
3 17 Marcel Van Drunen NED 18 20 38
4 1 Muhd Habibullah MAS 20 15 35
5 32 Khairi Zakaria MAS 16 18 34
6 300 Naoto Takayama JPN 14 16 30
7 162 Farhan Hendro INA 15 14 29
8 12 Kenneth San Andres PHI 13 13 26
9 28 Natthapat Suksanwatthana THA 12 11 23
10 7 Pedro Wuner INA 10 10 20
11 77 Hasroy Osman SGP 9 9 18
12 720 Lin Chin Pei TPE 8 8 16
13 101 Takashi Sasaki JPN 0 12 12
14 97 Artem Teslenko RUS 11 0 11
15 27 Sun Tong CHN 0 7 7
16 40 Lee Wei TPE 7 0 7
17 102 Tsang Wai Kei HKG 0 0 0
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]