- Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017 kini sedang berlangsung di Nakhon Chai Si, Thailand.
- Penunggang dari Britain, Lewis Cornish merangkul petak pertama.
- Juara FIM Asia Supermoto 2016, Muhd. “Gabit” Habibullah dari Malaysia melayakkan diri di tempat ke-dua.
KELAYAKAN
Bersaing bagi salah satu di antara enam tempat di SuperChrono, para penunggang telah melakukan persembahan mereka yang terbaik bagi Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017.
Matahari yang terik muncul seketika sebelum bermulanya pusingan kelayakan bagi mengeringkan seksyen ‘off-road’, membuatkan litar itu lebih mudah sedikit buat para penunggang.
Penunggang dari Jepun, Takashi Sasaki (#101) , memulakan pusingaan itu dengan persembahan yang hebat di atas litar, menggunakan kelebihan litar yang masih kosong itu dalam cubaannya untuk mendapatkan tempat teratas pada perlumbaan hari ini (3 September 2017).
Sejurus selepas itu, penunggang-penunggang utama, Lewis Cornish (#8), Trakarn Thangthong (#5), Muhd. “Gabit” Habibullah (#1), Khairy Zakaria (#32), Marcel van Drunen (#17), dan penunggang ‘wildcard’ Thailand, Natthapat Suksan Watthana (#28) mula memasuki litar dan mencuti tumpuan.
Pertarungan di antara Lewis dan Marcel berterusan dari Free Practice. Walaubagaimanapun, pengalaman Lewis terserlah di mana dia telah menghalang Marcel dari mendahului perlumbaan. Hadangan ini telah berkesan, dan meletakkan Marcel dua saat di belakang Lweis, yang meletakkannya dalam pertarungan dengan juara bertahan, Gabit.
Dengan Lewis berjaya mendapat tempat teratas bagi SuperChrono, Marcel dan Gabit bertarung sesame mereka bagi tempat ke-dua dan ke-tiga.
Walaupun keadaan litar telah bertambah baik, selekoh ‘hairpin’ sejurus selepas sebuah lompatan ‘table top’ tampak seperti cabaran terhadap meskipun buat para penunggang utama.
Gabit serta harapan para peminat Thai, Trakarn Thangthong hampir tergelincir keluar dari litar di selekoh berkenaan, terutamanya apabila mereka cuba memintas penunggang di grid belakang.
Natthapat Suksan Watthana telah memeranjatkan para hadirin dengan persembahan yang memberangsangkan, mendapatkannya tempat yang terakhir bagi SuperChrono, setelah menghadapi beberapa isu mekanikal yang sukar sewaktu latihan bebas semalam. Dengan tumpuan diberikan kepada penunggang tuan rumah, ianya berkemungkinan sekurang-kurangya seorang penunggang dari Thai mendapat tempat di atas podium pada hari ini.
SUPERCHRONO
Enam penunggang dengan masa terpantas layak ke SuperChrono bagi menentukan tempat permulaaan grid mereka bagi perlumbaan hari ini, yang terdiri dari Lewis Cornish, Gabit Habibullah, Marcel van Drunen, Trakarn Thangthong, Khairy Zakaria, dan Natthapat Suksan Watthana.
Tampak jelas sekali yang Lewis telah menguasai kelayakan ini dan merangkul petak pertama, mencatat masa terpantasnya, 1:11.297. Gabit pula, cuba mengejarnya namun hanya mampu berada di tempat ke-dua dengan masa 1:16.632.
Penunggang dari Malaysia Khairy Zakaria menahan dirinya pada ketiga-tiga seksyen ‘off-road’, meletakkannya di tempat ke-lima di atas grid.
Pasangan dari Thai, Trakarn Thangthong dan Natthapat Suksan Watthana pula telah mendapat tempat ke-empat dan enam.
Moto 1 akan bermula pada hari Ahad, 3 September 2017, dari jam 12:00petang (+7:00 GMT).
Untuk maklumat lanjut, layari www.supermotoasia.com atau tontonilah perlumbaan secara langsung secara percuma dalam HD di www.twenty3.tv yang dijana oleh E-Plus Global Sdn. Bhd.
KEPUTUSAN KELAYAKAN:
Pos | No. | Name | National | Best Time |
1 | 8 | Lewis Cornish | GBR | 1:15.677 |
2 | 17 | Marcel Van Drunen | NED | 1:17.305 |
3 | 1 | Muhd Habibullah | MAS | 1:17.540 |
4 | 5 | Trakarn Thangthong | THA | 1:17.757 |
5 | 32 | Khairy Zakaria | MAS | 1:19.313 |
6 | 28 | Natthapat Suksan Watthana | THA | 1:20.183 |
7 | 300 | Naoto Takayama | JPN | 1:20.436 |
8 | 101 | Takashi Sasaki | JPN | 1:20.917 |
9 | 12 | Kenneth San Andres | PHI | 1:21.539 |
10 | 162 | Farhan Hendro | INA | 1:21.982 |
11 | 97 | Arten Teslenko | RUS | 1:23.432 |
12 | 7 | Pedro Wuner | INA | 1:23.716 |
13 | 77 | Hasroy Osman | SGP | 1:26.791 |
14 | 720 | Lin Chin Pei | TPE | 1:26.981 |
15 | 27 | Sun Tong | CHN | 1:27.059 |
16 | 40 | Lee Wei | TPE | 1:32.497 |
17 | 102 | Tsang Wai Kei | HKG | 1:42.129 |
KEPUTUSAN SUPERCHRONO:
Pos | No | Name | National | Best Time |
1 | 8 | Lewis Cornish | GBR | 1:15.297 |
2 | 1 | Muhd Habibullah | MAS | 1:16.632 |
3 | 17 | Marcel Van Drunen | NED | 1:16.737 |
4 | 5 | Trakarn Thangthong | THA | 1:17.047 |
5 | 32 | Khairy Zakaria | MAS | 1:19.229 |
6 | 28 | Natthapat Suksan Watthana | THA | 1:19.952 |