Tunggangan Media  Model Triumph Street Triple 2018

 

Artikel oleh : Wahid Ooi Abdullah

  • Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan rangkaian Triumph Street Triple 2018.
  • Tiga buah model Street Triple – S, R dan RS ini disasarkan bagi para penunggang dengan keinginan yang tertentu.
  • Rangkaian Street Triple terbaru ini dijana oleh enjin 765cc yang baru – asas bagi enjin yang akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula tahun 2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketika Triumph mengeluarkan rangkain Street Triple 675 pada tahun 2007 yang lalu, ianya telah digelar sebagai satu bab yang baru dalam sejarah segmen motosikal lumba ‘naked’ kelas pertengahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kebanyakan daripada pengeluar telah mengambil laluan yang lebih selamat dalam menghasilkan motosikal-motosikal yang dikompromikan dari segala segi bagi mengurangkan kos dan terutamanya, harganya. Dan seperti yang kita boleh jangkakan, segala tolak ansur serta pengurangan yang dibuat membuahkan motosikal dengan dinamik penunggangan yang agak kekok dan yang paling utama sekali, yang agak membosankan. Varian Street Triple 675 pula, tidak mengendahkan kelaziman yang berlaku di sekelilingnya dengan menampilkan sikapnya yang ketara ‘nakal’. Dan dengan itu, lahirlah motosikal ‘streetfighter’ kelas pertengahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun tidak dapat dinafikan yang saudaranya yang berkapasiti 1050cc itu merupakan motosikal ‘budak jahat’ yang muktamad, Street Triple yang berkapasiti 674.8cc itu menawarkan keseronokan yang sama bagi golongan yang lebih ramai di kalangan orang awam. Ianya begitu bagus sekali sehinggakan Triumph tidak pernah sekalipun menggantikan enjin itu dari tahun 2007 hinggalah ke 2016, membolehkan ereka untuk menumpukan perhatian kepada pengemaskinian casis serta elektronik. Malah, enjin Street Triple 675 ini telah diberikan gerek yang lebih panjang dan dijadikan penjana kuasa bagi sebuah lagi motosikal Triumph yang hebat – Triumph Tiger 800.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Triumph mempunyai satu kebiasaan yang amat pintar iaitu membina motosikal yang serba boleh dari segi perwatakannya tidak kiralah segmen apa pun yang diisinya, dan Street Triple 675 tiada bezanya. Ianya cukup terkenal dengan tork pada tahap rendah dan sederhana, pengendalian yang tiada tandingannya, praktikaliti dan factor keseronokan keseluruhan. Semuanya dalam satu pakej yang lengkap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, sejak kebelakangan ini, para pesaing telah pun mula mengorak langkah, walaupun dengan hanya memperkenalkan motosikal berkapasiti lebih besar serta berkuasa, dan juga (walaupun ianya jarang-jarang dapat dilihat), pengendalian yang lebih baik.

Kini, 10 tahun telah berlalu setelah munculnya Street Triple yang pertama, Triumph telah memperkenalkan Street Triple 765cc S, R, dan RS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Atas sebab kemunculan varian R ini, triumph Motorcycles Malaysia dengan rasminya telah melancarkan rangkaian Street Triple 2017 yang baru kepada warga media pada 30 Ogos 2017. Dinamakan Triumph Street Triple Media Ride, Triumph Malaysia melakukan perkara yang sepatutnya dengan mengadakannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Menguji motosikal dalam persekitaran yang terkawal adalah cara yang terbaik sekali, yang mana ianya hanya dapat dimililki di atas litar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Acara ini dimulakan dengan satu taklimat oleh Rek (nama FB: Reksaksa Kuat) dari Motoqoo. Motoqoo merupakan penganjur hari litar pada hari berkenaan. Rek telah menunjukkan slaid berkaitan keselamatan di atas litar dan juga etika penunggangan. Dia telah memberitahu kami dengan berkali-kali untuk tidak melintasi garisan putih sewaktu keluar dari laluan pit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Legenda perlumbaan negara, Shahrol Yuzy, pula menyusul dengan tip untuk penunggangan pantas serta penggunaan gear yang sesuai di sekitar SIC. Walaupun kami telah diberitahu untuk menikmati pengalaman ini, kami juga diingatkan untuk berjaga-jaga. Kami akan berkongsi ruangan yang sama di atas litar bersama dengan hampir seratus orang penunggang-penunggang yang lain memandangkan ianya merupakan hari litar terbuka, jadi kami telah diingatkan oleh Shahrol untuk berhati-hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Akhir sekali, Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Razak Al-Malique Hussein telah menyampaikan ucapannya mengalu-alukan kehadiran kami pada pelancaran rangkaian Triumph Street Triple 2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami kemudiannya menuju kea rah paddock, dan terlihat motosikal-motosikal Street Triple yang sedia terparkir di kedua-dua belah. Tiada yang lebih mengujakan daripada melihat jentera yang baru dan membayangkan diri sedang mengujinya buat kali pertama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal Street Triple yang terbaru itu dijana oleh enjin Triple-sejajar 765cc dan ianya menawarkan tiga talaan yang berbeza; 111bhp bagi Street Triple S, 116bhp bagi varian R, dan 121bhp bagi RS. Perbezaan kuasanya mungkin tampak kecil sehaja di atas kertas, namun, ketiga-tiga model ini menawarkan perincian serta komponen yang berbeza di antara mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi Triumph Street Triple RS, ianya didatangkan dengan fork hadapan Showa BPF serta penyerap hentakan Ohlins STX40, angkup brek hadapan pautan jejari monobloc Brembo M50, angkup belakang Brembo, speedshifter, dan paparan pelbagai fungsi berwarna penuh TFT 5 inci, yang disertakan dengan pemasa pusingan. Tambahan pula, RS ini mempunyai 5 mod penunggangan, termasuklah mod ‘Track’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Varian pertengahan R pula dilengkapkan dengan fork bolehlaras penuh Showa dan penyerap hentakan  Showa RSU, angkup hadapan monobloc Brembo 4.32, tiada speedshifter, paparan TFT kecuali pemasa pusingan, dan 4 mod penunggangan kecuali mod ‘Track’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Model tahap permulaan S pula didatangkan dengan fork hadapan Showa, penyerap hentakan pramuatan bolehlaras Showa RSU, angkup brek hadapan dua omboh Nissin, dan gugusan instrumen yang dikemaskini berdasarkan dari Street Triple sebelum ini. Walau bagaimana pun, ianya telah disertakan dengan dua mod penunggangan, ‘Road’ dan ‘Rain’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat lima unit RS dan lima unit S, serta sebuah unit R (LRH) untuk sejumlah 11 buah motosikal bagi 11 orang ahli media. Kami diberi 2 sesi 30 minit bagi menguji (menikmati) motosikal terbaru dari Triumph ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seorang penunggang Asian talent Cup ( yang penulis lupa akan namanya kerana terlalu seronok) akan mengetuai kami untuk dua pusingan pertama, dengan ke semua motosikal ditala pad mod ‘Rain’. Kami kemudiannya telah memasuki semula pit dan kru teknikal Triumph akan menukar talaannya ke ‘Track’ bagi motosikal RS, ‘Sport’ bagi R, dan ‘Road’ untuk varian S.

Triumph Street Triple RS

Saya dan Sep Irran telah diberikan motosikal RS, dan kami keluar dari laluan pit. Kami telah ditahan oleh marsyal di hujung laluan pit bagi membolehkan sekumpulan besar penunggang  untuk berlalu dahulu sebelum kami dibenarkan untuk memasuki litar. Jadi kami menunggu di bawah terik matahari dalam sut perlumbaan kami dalam masa lebih kurang lima minit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami pun meneruskan perjalanan kami, dan menuju ke Selekoh Satu pada kelajuan yang stabil bagi menyesuaikan keadaaan tayar Pirelli yang baru. Tetapi setelah saya menangani Selekoh Dua, empat buah motosikal lumba ‘open class’ menderu melepasi saya di bahagian dalam Selekoh Tiga. Saya memutuskan untuk mengejar mereka dengan berhati-hati dan memulas pendikit motosikal. Motosikal RS ini bertindak balas dengan serta merta dan meningkatkan kelajuannya dengan pantas selepas Selekoh Tiga.

Kami merapati sekumpulan besar penunggang yang membrek dengan keras di Selekoh Empat. Saya memutuskan untuk menjarakkan diri kerana tayarnya yang masih lagi baru dan tidak cukup panas, namun, RS ini mengiring pada sisinya sebaik sahaja saya menghala ke arah apeks. Saya memulas pendikitnya sebanyak yang saya berani. Di sini, dari keadaan yang dimatikan sepenuhnya, pendikit itu kembali dengan lancar sekali, tetapi yang lebih penting, tiada lengahan, tidak seperti sistem pendikit ‘Ride-by-Wire’ yang lain. Ianya cukup responsif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menuju ke Selekoh Lima, sekali lagi, RS ini dengan mudah menanganinya dengan kawalan palang pemegang yang minima. Setelah keluar dari apeks, saya bergerak ke arah kanan memasuki Selekoh Enam tanpa ragu-ragu. Tiba-tiba, saya tersedar akan sesuatu mengenai Street Triple RS ini.

Motosikal Street Triple RS ini seberat 166kg. berat bersih. Digandingkan dengan geometri stereng “pantas”, suspensi pada tahap tertinggi, dan kerangka yang amat bagus sekali, ianya sebuah motosikal yang anda boleh tunggang dengan lincah sekali. Bagi penulis, ia terasa seakan menunggang sebuah KTM 390 Duke, walaupun RS ini 29kg lebih berat daripadanya.

Sumber gambar: Nicholas Dev

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemikiran konvensional menyatakan yang jika sebuah motosikal ringan dan mempunyai jarak roda yang pendek itu amat lincah (seperti mana yang ditunjukkan oleh RS ini), ianya sudah pasti kurang stabil pada selekoh laju yang panjang, terutamanya sewaktu anda memulas pendikitnya, lebih-lebih lagi di atas tayar baru yang masih licin. Ianya memerlukan peredam stereng untuk menstabilkannya.

Motosikal RS ini pula, menangani selekoh dari mula sehingga akhirnyatanpa sebarang masalah yang nyata, tanpa menggunakan peredam stereng. Gabungan fork Showa BPF , penyerap hentakan belakang Ohlins, dan kerangka yang ditala halus memainkan peranan yang penting di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin mengatakan yang aturcara kawalan cengkaman ‘Rain’ adalah punca kestabilannya, meamandangkan ianya semestinya telah memastikan dinamik casis dalam keadaan terkawal, namun penulis pasti ianya bukan kerana itu, setelah mendapatkan pendapat para ahli media yang lain, yang telah melaporkan pemerhatian yang sama sewaktu mereka menunggang dalam mod ‘Track’ pada sesi yang kemudian.

Street Triple RS ini mencecah hampir 200km/h pada jalan lurus belakang, itu pun sewaktu penulis sedang menunggang dengan berhati-hati memandangkan terdapatnya banyak motosikal yang lain di sekeliling. Namun itu masih lagi kelajuan yang pantas, terutamanya bagi mod ‘Rain’.

Dan kini tibanya Selekoh Lima Belas yang terkenal itu. Terdapat lapan penunggang lain di hadapan dan juga sekeliling. Saya membrek dengan keras pada papan tanda 200m bagi mengelak daripada meng’torpedo’kan mereka, dan mendapati yang saya telah membrek terlalu awal. Angkup Brembo M50.2 mempunyai daya brek yang cukup hebat, digandingkan dengan rasa yang hebat pada tuilnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan secara tiba-tiba, lampu dan bendera merah berkelip dan berkibar di sekitar sisi litar sewaktu saya melewati selekoh itu.

Ada berlaku kemalangan. Dan jujurnya saya terasa jengkel dan terlupa akan keadaan penunggang yang malang itu. Kami baru sahaja selesai pusingan pemanas sahaja, tidak sempat untuk mengujinya. Dan sejujurnya, kami tidak sabar untuk menguji tahap keupayaan Triumph Street Triple RS ini, kerana ianya amat menyeronokkan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Triumph Street Triple S

Sesi pertama dihentikan lebih lama dari yang dijangkakan dengan para marsyal membantu penunggang yang terjatuh dan mendapatkan semula motosikal yang terbabas. Dia dalam keadaan yang selamat, walaupun motosikalnya rosak sama sekali. Rancangan Triumph Malaysia untuk menukar ke mod penunggangan motosikal-motosikal ini kepada mod yang lebih mengujakan kini dalam keadaan yang tidak menentu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejurus selepas itu, mereka mengumumkan yang baki sesi pertama telah dihentikan dan kami semua akan bertukar motosikal untuk sesi yang seterusnya. Kami tidak boleh menyalahkan Triumph Malaysia untuk keputusan ini, perkara sebegini pasti akan berlaku semasa hari litar terbuka.

Sep dan saya telah diberikan motosikal Street Triple S.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum kita bermula, ingin saya jelaskan yang ini bukanlah satu perbandingan antara model, namun saya masih perlu menyorot kepada perbezaan yang terdapat dalam model-model yang berbeza ini.

Perkara pertama yang saya sedari mengenai varian S ini adalah ketinggian pelananya yang rendah sedikit berbanding dengan RS. Sebagai sebuah motosikal Street Triple tahap permulaan, model ini lebih ringkas, tanpa ‘kemewahan’ yang terdapat pada varian R dan RS, seperti pelana berjahit, suspensi bolehlaras sepenuhnya, paparan TFT dan brek dari Brembo.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun semua itu tidak menjadi masalah, ianya masih lagi sebuah Street Triple yang baru sebaik sahaja kami melewati Selekoh Tiga sewaktu pusingan pemanas. Melewati selekoh berkenaan, Street Triple S ini masih mampu mengaum walaupun kami tidaklah memulas pendikitnya dengan banyak.

Suspensinya telah diaturcara bagi keselesaan penunggangan keseluruhan dan dengan itu ianya lembut sekali. Ianya tidaklah sampai mencecah bahagian bawah badan tetapi bahagian belakang perlu bekerja keras pada selekoh laju. Kami menunggang ke semua Street Triple dalam aturcara standard, dan saya pasti dengan memusingkan pramuatan sebanyak dua pusingan sudah mencukupi bagi mendapatkan ketinggian tunggangan yang lebih tinggi bagi tunggangan yang lebih lasak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun begitu, kadar redaman suspensinya telah ditala dengan baik sekali, membolehkan motosikal ini bergerak dengan lincah di Selekoh Dua dan Sembilan yang amat tajam. Menukar arah motosikal ini amat mudah, seakan-akan anda sedang menunggang jentera 250cc. ianya melalui selekoh yang panjang yang membuatkan suspensi belakangnya terpaksa bekerja keras, namun motosikal ini tetap kekal di garisan yang anda tetapkan.

Memecut di jalan lurus hadapan dan belakang, motosikal S ini mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mencecah 200+km/j (saya tidak hanya memandang speedometer sepanjang masa) walalupun ianya tidak dapat bertahan selama motosikal RS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya mendapati diri saya berada di belakang ZX-6R. membandingkan Street Triple S yang berkapasiti 111bhp dengan sebuah superbike 160bhp tidaklah adil, namun saya berjaya berada di bahagian dalamnya pada beberapa ketika, hanya untuk ditinggalkan setelah keluar dari selekoh dan memecut pada jalan lurus yang panjang di atas litar SIC.

Street Triple S mungkin dibina untuk tunggangan atas jalan raya, namun, jika dikawal oleh mereka yang mahir, ia mampu menewaskan motosikal lumba yang ditunggang dengan cuai, terutamanya di Ulu Yam, ke Genting Highlands dan Bukit Tinggi.

sumber gambar: Nicholas Dev

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Brek Nissin tampak ringkas (sebarang angkup brek pasti tampak ringkas dibandingkan dengan monobloc Brembo!) namun dengan sedikit kuisan pada tuilnya memperlahankan kelajuannya dengan pantas terutamanya di Selekoh Sembilan dan Lima Belas. Selain itu, oleh kerana varian S ini tidak dilangkapkan dengan klac ‘slipper’, tork belakang enjin ini membantu dalam memerlahankan motosikal ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya hanya mengambil masa selama tiga pusingan untuk menyesuaikan diri dengan rentaknya. Dari situ ianya bagaikan tunggangan hari Ahad yang biasa dilakukan sebelum ini, memastikan diri tidak mengganggu motosikal lain yang lebih pantas dan memotong motosikal lain yang lebih perlahan.

Tetapi, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Lampu merah sekali lagi berkelip dan kibaran bendera merah menghentikan segala keseronokan. “Satu lagi kemalangan? Atau dah cukup 30 minit?” merupakan fikiran yang bermain di minda saya. Saya turun dari motosikal itu di dalam pit, namun hati masih teringin menunggangnya, malah, mungkin sekali untuk sepanjang hari.

Dan saya pasti anda juga akan berasa begitu, apabila anda dapat menunggang rangkaian motosikal Triumph Street Triple ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumusan

Rangkaian Street Triple 2018 sudah pasti meningkatkan lagi tahap pasaran motosikal pertengahan.

Street Triple RS ini merupakan jentera prestasi yang mampu memberikan kelajuan, pengendalian dan keterujaan yang diinginkan penunggang yang menginginkan kelajuan serta bagi kaki hari litar.

Motosikal Street Triple R, walaupun tidak berpeluang untuk kami tunggangi, adalah versi RS yang agak ‘lembut’, namun masih lagi mempunyai intipati rangkaian ini dari segi keseronokan. Pada pendapat penulis, varian R ini adalah untuk penunggang yang suka menunggang dengan laju di atas jalan raya dan kadang-kadang di atas litar.

Dan terakhir sekali, Street Triple S. janganlah anda memandang serong akannya hanya kerana ianya jentera tahap permulaan. Sebagai ingatan, ianya adalah untuk kegunaan jalan raya awam dengan kombinasi kelajuan, pengendalian, praktikaliti, keseronokan, dan apa sahaja yang anda inginkan. Suspensinya yang lebih lembut dan kuasanya yang kurang sedikit sahaja pasti tidak akan tampak nyata di mata penunggang yang lain.

Sejujurnya, penulis tidak dapat memilih di antara ketiga-tiga Street Triple ini, ke semuanya melangkaui sasaran masing-masing dan menawarkan sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh motosikal yang lain.

Mungkin sekali penulis akan dapatkan ketiga-tiga sekaligus!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]