JUALAN HEBAT VICTORY MOTORCYCLES! Motosikal 1,700cc dari serendah RM58,000

  • Victory Motorcycles (Malaysia) kini sedang mengadakan satu tawaran promosi yang hebat bersempena dengan NAZA Merdeka Autofair 2017 yang sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini.
  • Dari 10 Ogos 2017 hingga 13 Ogos 2017, Ke semua motosikal jenama Victory akan diletakkan dalam satu jualan yang gila-gila dan hanya terdapat beberapa unit yang terhad sahaja yang disediakan.
  • Bagi mereka yang berminat, kini berpeluang untuk memiliki sebuah motosikal cruiser Victory 1,700cc dari serendah RM58,000!


Bersempena dengan NAZA Merdeka Autofair 2017 yang akan berlangsung dari 10 Ogos 2017 (Khamis) hingga 13 Ogos 2017 (Ahad), Victory Motorcycles telah mengadakan satu jualan hebat dengan tawaran diskaun lumayan untuk motosikal cruiser premium mereka.

Kami telah dimaklumkan oleh mereka di Victory Motorcycles yang terletak di NAZA World Automall, Petaling Jaya (bersebelahan dengan Lebuhraya
Persekutuan) yang mereka akan memberikan tawaran diskaun yang amat lumayan bagi mereka yang memilih untuk membeli atau menempah sebarang motosikal Victory yang tersedia semasa NAZA Merdeka Autofair yang sedang berlangsung sehingga berakhirnya hujung minggu ini.

Dan kami bukanlah beromong kosong apabila kami katakan yang anda boleh memiliki sebuah motosikal cruiser premium Victory 1,700cc dari serendah RM58,000 (harga asas beserta GST). Sukar untuk dipercayai? Kunjungilah Victory pada hujung minggu ini dan bertanyalah tentang motosikal Victory Vegas 8-Ball.

Anda berjiwa liar? Mungkin sebuah motosikal ‘Fat Cruiser’ dalam bentuk Victory High-Ball yang datang dengan kemasan warna Suede Black dan grafik cocok dengan semangat membara anda. Mereka yang bertuah yang ingin membawa pulang jentera buas ini dapat memilikinya dengan harga serendah RM59,000!

Terdapat banyak manfaat yang besar yang boleh diperolehi oleh mereka yang memiliki motosikal ‘American Muscle‘ Victory. Motosikal mereka dikenali sebagai motosikal yang tahan lasak, beraksi dengan hebat dan pada masa yang sama mempunyai kecekapan bahanapi yang hebat serta cukup selesa untuk ditunggang.

Kami menyeru anda untuk bergegas ke sana secepat mungkin kerana hanya jumlah unit yang terhad disediakan jadi segeralah sementara stok masih ada! Sebagai bonus tambahan, mereka yang membeli motosikal Victory dalam masa promosi ini akan mendapat yang berikut:

1. Perkhidmatan penyelenggaraan PERCUMA selama LIMA KALI berjumlah RM2,500
2. Baucar belian PERCUMA bernilai RM2,000
3. Kadar faedah serendah 3.65%

Bagi mereka yang berminat bolehlah menuju ke NAZA Merdeka Autofair 2017 yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini di NAZA Automall, Petaling Jaya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki motosikal cruiser paling premium di seluruh dunia pada suku harganya!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply