- Siri Masterclass Shell Advance telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada roadshow ‘Outride Anything’ Shell Advance eksklusif buat mekanik motosikal tempatan.
- Program masterclass ini diadakan bagi membekalkan mekanik tempatan dengan pengetahuan serta tip yang berguna dalam penyelenggaraan motosikal yang betul.
- Sejumlah tujuh buah video atas talian telah dihasilkan dengan kerjasama dengan Ducati bagi menyediakan para mekanik dengan pengetahuan serta tip berkaitan kemahiran dalam penyelenggaraan brek, penggantian omboh, dan pelbagai lagi panduan yang berguna.
Sebagai sebahagian daripada kempen jenama terbarunya, ‘Outride Anything’, Shell Advance telah melancarkan program latihan Masterclass eksklusif buat mekanik motosikal tempatan. Program Masterclass ini terdiri daripada tujuh video di atas talian yang dihasilkan dengan kerjasama Ducati sebagai panduan dan membekalkan pengetahuan pakar serta tip penyelenggaraan motosikal yang betul.
Dikendalikan oleh mekanik pakar, Jeff Oh, dia telah memberikan panduan langkah demi langkah berkenaan komponen penting motosikal dan penyelenggaraan seperti servis brek, penggantian omboh, pemasaan injap, penggantian rantai pemasaan dan sebagainya.
Dengan bantuan video yang merangkumi sembilan modul yang meliputi sembilan komponen utama motosikal, mekanik tempatan dapat belajar secara mendalam terutamanya mengenai bahagian dalaman motosikal yang rumit.
Lebih daripada 200 orang mekanik serta pemilik bengkel motosikal dari Lembah Klang telah menghadiri sesi Masterclass Shell Advance yang diadakan secara langsung buat julung kalinya baru-baru ini telah memuji program yang telah dianjurkan oleh Shell Lubricants Malaysia ini.
Bagi menjadikan sesi ini lebih menarik, mereka yang telah menonton ketujuh-tujuh video berkenaan dan berjaya menjawab dengan betul ke semua soalan di akhir setiap video menjelang 30 September 2017, akan diberi insentif berupa tiket ke Shell Malaysia MotoGP™ 2017 beserta sijil daripada Shell Malaysia.
Apabila ditanya mengenai program Masterclass yang istimewa ini, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Alex Lim menyatakan bahawa Shell telah merancang untuk berkongsi pengetahuan dan membantu meningkatkan kemahiran lebih daripada 2,400 mekanik di seluruh negara.
“Sebagai peneraju pasaran dan teknologi pelincir, kami di Shell yakin bahawa pelaburan kami dalam program ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rantaian nilai kerana ia mewujudkan kumpuluan mekanik yang dilatih secara professional dan diiktiraf. Para penunggang motosikal akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik, pemilik bengkel dapat mengembangkan perniagaan mereka menerusi kepuasan pelanggan yang lebih baik, dan mekanik sendiri akan dapat menikmati kerjaya teknikal yang lebih memuaskan,” ujar Alex Lim.
Ti Tai Chin, 49, pemilik bengkel motosikal di Jalan Tun Razak sejak 1990, berkata yang program ini sememangnya sangat membantu.
“Saya sentiasa menggalakkan mekanik saya untuk menyertai program latihan untuk terus meningkatkan kemahiran mereka. Program latihan seumpama ini selalunya dianjurkan oleh pengeluar motosikal dan ini adalah kali pertama ianya diadakan oleh sebuah syarikat minyak,” ujarnya.
Mekanik Muhamad Maridan Abd Kadir, 30, yang telah bekerja dengan Ti sejak 10 tahun yang lalu, menghargai peluang untuk mempelajari bagaimana para professional melakukannya.
“Video-video tersebut mudah difahami kerana semuanya telah ditunjukkan dengan jelas. Saya juga suka bagaimana jurulatih meluangkan masa untuk memberikan penerangan tentang jenis-jenis minyak motor dari Shell Advance serta kebaikannya,” katanya.
Pengurus AMS Empire Motorsport Sdn. Bhd., Siti Sabariah Ismail, yang telah membawa sepasukan sembilan orang mekanik ke sesi Masterclass Shell Advance ini, menyatakan bahawa ianya merupakan pengalaman program latihan sebenar yang pertama bagi kebanyakan mereka.
Kebanyakan mereka dari golongan susah tanpa pendidikan formal dan tidak mampu menyertai institut latihan vokasional. Program sebegini sangat bagus, terutamanya bila dianjurkan oleh jenama yang mempunyai reputasi sebaik Shell Advance. Kesemua peserta begitu berminat untuk menghabiskan modul dan mendapatkan tiket MotoGP mereka!” katanya.
Sesi secara langsung Masterclass Shell Advance akan meneruskan usaha mereka sepanjang roadshow ‘outride Anything’ Shell Advance meliputi Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.
Roadshow ini akan berterusan sehingga hujung minggu Shell Malaysia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Mereka akan membuat hentian di beberapa bengkel terpilih, pusat membeli belah, dan pasaraya besar untuk dikunjungi oleh orang ramai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ke semua hentian roadshow ‘Outride Anything’ Shell Advance, anda boleh melawat laman sesawang www.shell.com.my/advanceroadshow.