- Sesetengah model Kawasaki 2018 akan mendapat pengubahsuaian rupa paras dengan beberapa warna baru yang menarik.
- Model-model ini terdiri daripada Kawasaki Z1000, Z1000SX, Versys 650, Vulcan S, Vulcan S CAFÉ, dan juga Versys-X 250/300.
- Warna baru 2018 akan tersedia untuk pasaran Eropah dalam beberapa peringkat bermula dari bulan Oktober tahun ini.
Ianya telah disahkan oleh Kawasaki bahawa model 2018 mereka akan menerima beberapa warna baru yang sangat menarik. Rangkaian model 2018 ini terdiri daripada motosikal Kawasaki Z1000 hinggalah ke Kawasaki Versys-X 250/300.
Melihat pada motosikal paling berkuasa dalam siri Z mereka, Kawasaki Z1000 2018 akan boleh didapati dalam dua kemasan warna serba baru; gabungan Emerald Blaze Green, Flat Ebony & Metallic Graphite Grey dan kemasan warna kedua dalam warna Pearl Storm Grey, Candy Surf Blue, Spark Black & Metallic Graphite Grey.
“Semenjak pelancarannya, model Z1000 ini merupakan contoh terbaik nilai-nilai utama jenama Z ini. Kedua-dua kemasan warna yang beimpak tinggi ini melambangkan pengemaskinian visual yang hebat bagi jentera yang disayangi ramai ini’” ujar Pengarah Hubungan Awam Kawasaki Motors Europe, Martin Lambert.
Saudara Z1000 yang yang merupakan varian ‘sport touring’, Kawasaki Z1000SX, juga bakal mendapat pilihan warna yang baru dalam tiga pilihan berbeza; Metallic Spark Black dan Metallic Graphite Grey, pilihan keduanya, Emerald Blaze Green dan Metallic Carbon Grey dengan Metallic Graphite Grey, dan akhir sekali, Metallic Fusion Silver dan Metallic Flat Spark Black.
Martin Lambert, Pengarah Hubungan Awam bagi Kawasaki Motors Europe berkata, “Z1000SX mempunyai ikutan yang setia dan ianya mudah difahami. Dengan begitu ramai penunggang telah membeli motosikal Z1000SX yang kedua, malah yang ketiga mereka – dan mereka yang lain yang tertarik pada konsep ‘sport-tour’ yang cantik ini daripada jenama yang lain – penambahan pilihan warna yang baru ini mempersembahkan barisan model yang hebat untuk sektor pasaran yang penting buat Kawasaki.”
Motosikal Kawasaki Versys 650 tidaklah dilupakan kerana untuk pasaran United Kingdom, mereka bakal menerima warna yang baru juga. Warna-warna barunya adalah Pearl Blizzard White dan Metallic Spark Black, Candy Lime Green dan Metallic Spark Black dan warna ketiganya iaitu Metallic Matte Covert Green dan Metallic Spark Black.
Menurut Morihiro Ikoma, Pengarah Kawasaki Motors Europe, “Kami menganggap motosikal Versys 650 sebagai jentera utama dalam sektor kapasiti pertengahan. Dengan permintaan yang berterusan setiap tahun dari penunggang Eropah dan dari pengedar Kawasaki, kami berbesar hati untuk memperagakan warna model yang baru untuk musim yang akan datang.
“Mereka yang tercari-cari cruiser tahap permulaan yang sesuai, anda tidak perlu tercari-cari lagi dengan adanya varian terbaru dari Kawasaki, Kawasaki Vulcan S atau Vulcan S CAFÉ. Untuk 2018. Vulcan S akan dapat diperolehi dalam dua pilihan warna; Metallic Flat Spark Black dan Pearl Lava Orange. Bagi Vulcan S CAFÉ pula, anda boleh memilih warna terkininya, Pearl Storm Grey.
Akhir sekali, bagi motosikal super versatil dan menyeronokan Kawasaki Versys-X250/300 akan boleh didapati dalam warna terbaru Metallic Spark Black dengan Metallic Graphite Grey bersama dengan Candy Lime Green dengan Metallic Graphite Grey yang telah pun berada di pasaran Malaysia.
Jika sebelum ini anda kurang teruja dengan motosikal Kawasaki, kami pasti dengan skema warna terbaru ini hati anda sudah tentu berdegup kencang terpandang keindahannya. Motosikal-motosikal ini akan tersedia untuk pasaran Eropah secara berperingkat bermula pada bulan Oktober. Untuk pasaran tanah air kita pula, kami akan melaporkannya kepada anda sejurus sahaja kami memperolehi maklumat terkini dari Kawasaki Motors Malaysia.
Artikel oleh: Mohd Zarul Faiz Ahmad Zaki