- Indian Scout Bobber 2017 yang terkini telah pun diperkenalkan baru-baru ini untuk pasaran motosikal cruiser.
- Diwarnakan hitam dalam kemasan warna “Thunder Black”, Indian Scout Bobber ini didatangkan dengan dapra depan dan belakang yang telah dipotong beserta dengan ciri-ciri Bobber yang lain.
- Dijana oleh enjin 69 inci persegi (1,130cc) V-berkembar, DOHC suntikan bahanapi yang menghasilkan 100ho pada 8,100rpm dan 97.7Nm tork.
Kita kini sedang menyaksikan kemunculan semula kancah motosikal cruiser yang bukan sahaja kembali seperti zaman kegemilangannya dahulu tetapi dengan adanya motosikal seperti Indian Scout Bobber 2017 yang terbaru ini, ianya kelihatan bagaikan dunia motosikal cruiser ini sudah bersedia untuk mendapat perhatian orang ramai dengan ke semua motosikal yang sedang muncul terutamanya tawaran terkini dari Indian Motorcycles ini.
Dilegapkan dalam warna hitam matte yang digelar “Thunder Black”, motosikal Scout Bobber ini tampak cukup ganas dan mengagumkan bagi sebuah motosikal pengeluaran. Dapra bahagian depan dan belakangnya yang dipotong menyerlahkan lagi ke’macho’an motosikal Scout ini ke satu aras yang lebih tinggi. Rupa parasnya yang telah diubah kepada rupa mekanikal yang lebih mentah terutamanya dengan bahagian-bahagian yang dilegapkan seperti ekzos, kerangka, palang pemegang, dan cermin sisi.
Bagi menonjolkan lagi rupa paras gaya lama Bobber ini, Scout Bobber 2017 ini didatangkan dengan pilihan roda berjejari yang bukan sahaja kelihatan
bergaya, tetapi terasa cocok dengan perwatakan motosikal Bobber berkenaan. Seperti kebanyakan motosikal Bobber pengeluaran yang ada di pasaran sekarang, syarikat Indian juga turut menawarkan beberapa aksesori yang menarik untuk menambahkan lagi sentuhan tersendiri seperti pelana pembonceng, ekzos ‘slip-on‘, beg pelana dan bermacam-macam lagi.
Pada jiwa motosikal motosikal Bobber ini, berderu pantas enjin 69 inci persegi (1,130cc), V-berkembar, DOHC suntikan bahanapi yang menjana 100hp pada 8,100rpm dan 97.7Nm tork hampir sama seperti motosikal Indian Scout yang mencukupi untuk memecut di atas lebuhraya dengan perasaan yang cukup riang sekali.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa kebanyakan motosikal cruiser adalah motosikal yang ringkas yang memberikan prestasi terbaiknya di jalan lurus lebuhraya dan kurang berkesan di selekoh, namun, memandangkan motosikal Scout Bobber ini dilengkapi dengan suspensi belakang yang lebih rendah serta fork teleskopik hadapan jenis kartrij, motosikal cruiser ini mampu menangani sebarang selekoh serta liku-liku tanpa sebarang isu.
Motosikal Scout yang telah dibikin ala Bobber ini juga didatangkan dengan postur yang rendah oleh kerana suspensi belakangnya itu yang direndahkan bukan sahaja memberikannya rupa yang garang yang mewujudkan rasa kagum dan hormat tetapi ia juga mempertingkatkan lagi maklumbalas penunggangan kepada penunggang. Segala kelengkapannya telah dipermudahkan bagi menyerlahkan lagi intipati sebenar sebuah motosikal Bobber dan ini telah melonjakkannya ke
satu aras yang lebih tinggi dari motosikal yang lain.
Jika anda fikirkan yang motosikal Scout generasi yang sebelumnya mampu mengubah rentak dalam pasaran motosikal cruiser, motosikal Scout Bobber yang baru ini ternyata tampak seperti mempunyai potensi untuk menjadi pendahulu dalam pasaran. Harganya masih belum disahkan lagi untuk pasaran Malaysia namun memandangkan motosikal Indian Scout semasa telah dinilai pada harga RM114,480 (asas beserta GST), kami anggap yang motosikal Scout Bobber 2017 ini tidak akan jauh berbeza.
Sumber: Indian Motorcycle