Kemaskini Terbaru Bagi Model BMW Motorrad 2018 – Warna Baru & Butang ‘Panggilan Kecemasan’

 

  • Kesemua motosikal BMW Motorrad 2018 akan mendapat beberapa kemaskini yang menarik yang termasuk warna-warna baru untuk seluruh model BMW.
  • Kemaskini ini bukan sahaja dari segi rupanya sahaja seperti warna yang baru tetapi juga terdapat kelengkapan pilihan dan perincian unik bagi setiap motosikal BMW Motorrad.
  • Daya tarikan terbesarnya selain daripada warnanya yang baru adalah butang ‘panggilan kecemasan’ yang secara automatik menghantar isyarat untuk bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan serius.


Buat semua peminat dan penggemar BMW Motorrad, jenama dari Jerman ini baru sahaja mengumumkan bahawa model untuk tahun 2018 mereka akan menerima beberapa kemaskini terbaru yang menarik yang termasuk warna-warna yang terbaru, kelengkapan pilihan dan beberapa kemaskini kecil.

Antara kemaskini-kemaskini yang diumumkan, yang paling menarik perhatian sekali adalah ciri ‘panggilan kecemasan’ yang akan dilengkapkan pada motosikal BMW R 1200 GS dan R 1200 GS Adventure. Perincian ini yang mana telah diperkenalkan pada tahun 2016 yang lalu telah dilekapkan dengan pengesan yang akan memberi isyarat kecemasan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau insiden yang serius.


Satu lagi perincian hebat yang terdapat pada kedua-dua buah motosikal ini adalah paparan TFT berwarna penuh 6.5 inci yang baru di bawah pilihan Connectivity BMW Motorrad. dengan perincian ini, penunggang dapat menghubungkan telefon pintar mereka ke motosikal yang mana membolehkan kawalan seperti panggilan dan musik melalui helmet sedia-Bluetooth.

Jika anda memilih R 1200 GS Adventure 2018 yang baru, anda juga boleh memilih kelengkapan tambahan lain seperti mod tunggangan Pro pilihan dan juga generasi terkini suspensi bolehsuai elektronik Dynamic ESA. Terdapat juga ‘Shift Assist Pro’ dengan kefungsian quickshifter dan juga mulaan tanpa kunci untuk keselesaan menunggang yang lebih hebat.

Di sini disertakan gambaran keseluruhan kesemua kemaskini terbaru, pilihan dan perincian bagi motosikal BMW Motorrad 2018.

BMW R 1200 GS

  • Panggilan Kecemasan (kelengkapan pilihan).
  • Connectivity (kelengkapan pilihan).
  • Lampu hadapan bantuan LED dalam rekaan terbaru (kelengkapan pilihan).
BMW R 1200 GS Adventure 2018

  • Panggilan Kecemasan (kelengkapan pilihan).
  • Connectivity (kelengkapan pilihan).
  • Mod tunggangan Pro dengan tambahan mod tunggangan “Dynamic” dan “Enduro” menggunakan palam pengekod, mod “Dynamic” ditukar kepada mod “Dynamic Pro” dan mod “Enduro” bertukar kepada mod “Enduro Pro”. Mod tunggangan Pro masih lagi mempunyai perincian ABS Pro, lampu brek dinamik, Kawalan Traksi Dinamik (Dynamic Traction Control – DTC), dan juga Kawalan Mulaan Bukit (Hill Start Control – HSC) (kelengkapan pilihan).
  • Dynamic ESA generasi berikutnya dengan redaman bolehsuai automatik dan fungsi pengarasan-kendiri automatik (kelengkapan pilihan).
  • Tunggangan Tanpa Kunci sebagai komponen baru Pakej Touring (kelengkapan pilihan).
  • Pakej Pembonceng dengan hadangan angin dan pelana standard (kelengkapan pilihan).
  • Pelana Rallye tinggi (kelengkapan pilihan).
  • Lampu hadapan bantuan LED dalam rekaan terbaru (kelengkapan pilihan).
  • Warna baru Racing Red, kerangka hitam, angkup brek hitam, tangki bahanapi perak.
  • Gaya Rallye: warna baru Light White/Cordoba Blue, kerangka Cordoba Blue, angkup brek emas, tangki bahanapi Cordoba Blue dengan logo besar, pelana Rallye, pelindung kerangka dan radiator, hadangan angin pendek.
  • Gaya Eksklusif: warna baru Black Storm/ Dark Slate Metallic Matte/Achat Grey, kerangka Achat Grey, angkup brek emas, tangki bahanapi Dark Slate
    Metallic dengan logo besar.
  • Warna Racing Red Matte dan Light White tidak lagi disediakan.
BMW R 1200 RT 2018

  • ABS Pro termasuk lampu brek dinamik sebagai standard.
  • Panggilan Kecemasan (kelengkapan pilihan).
  • Kawalan Traksi Dinamik (Dynamic Traction Control – DTC) (bersempena dengan mod tunggangan Pro yang datang sebagai kelengkapan pilihan).
  • Logo RT yang ditimbulkan pada pelana pembonceng.
  • Kelengkapan BMW Motorrad Spezial (kelengkapan dan warna istimewa).
  • Gaya Elegance: Carbon Black Metallic, pelindung hadangan angin dan pemberat palang pemegang disadur chrome, pannier kemasan chrome, angkup brek emas, jejari roda perak, pemacu rangkaian perak.
  • Gaya Sport: warna baru Mars Red Metallic / Dark Slate Metallic Matte dengan pita, angkup brek emas, hadangan angin Sport, jejari roda Asphalt Grey,pemacu rangkaian hitam.
  • Kemasan warna Platinum Bronze tidak lagi disediakan.
BMW R 1200 R 2018

  • Gaya Eksklusif: warna baru Iced Chocolate Metallic, angkup brek emas, pelindung tangki bahanapi keluli tahan karat. kerangka Achat Grey Metallic Matte, pita pada tangki bahanapi.
  • Kemasan warna Thunder Grey Metallic tidak lagi disediakan.
BMW R 1200 RS

  • Gaya Eksklusif: warna baru Frozen Blue Metallic / Black Storm Metallic, angkup brek emas, pelindung tangki bahanapi keluli tahan karat, spoiler enjin Frozen Bronze Metallic, kerangka Achat Grey Metallic Matte.
  • Warna baru Black Storm Metallic.
  • Kemasan warna Lupin Blue Metallic tidak lagi disediakan.
BMW S 1000 XR 2018

  • Gaya HP: Warna baru HP Motorsport (Light White/Racing Blue Metallic/Racing Red) termasuk dengan pelana Pro dengan sulaman logo XR (dari 09/2017).
  • Kemasan warna Light White/Granite Grey Metallic/Racing Red tidak lagi disediakan.
BMW S 1000 RR 2018

  • Sistem ekzos titanium penuh Akrapovic (kelengkapan pilihan, boleh didapati dari Oktober 2017).
BMW C 650 Sport 2018

  • Kemasan warna baru Austin Yellow Metallic.
  • Kemasan warna Valencia Orange Metallic Matte tidak lagi disediakan.
BMW C 650 GT 2018

  • Kemasan warna baru Ocean Blue Metallic Matte.
  • Kemasan warna Frozen Bronze Metallic tidak lagi disediakan.
BMW K 1600 GT, K 1600 GTL, dan K 1600 B 2018

  • Lampu hadapan bantuan LED dalam rekaan terbaru (kelengkapan pilihan).
  • Kelengkapan BMW Motorrad Spezial bagi K 1600 GT dan K 1600 GTL (kelengkapan pilihan dan kemasan warna istimewa).
BMW F 700 GS 2018

  • Kemasan warna baru Racing Blue Metallic bersempena dengan warna kerangka Light White.
  • Kemasan warna Racing Red tidak lagi disediakan.
BMW F 800 GS 2018

  • Kemasan warna baru Racing Blue Metallic bersempena dengan warna kerangka Light White.
  • Kemasan warna Ostra Grey Metallic tidak lagi disediakan.
BMW F 800 GS Adventure 2018

 

  • Kemasan warna baru Racing Blue Metallic bersempena dengan warna kerangka Light White.
  • Kemasan warna Catalano Grey Metallic tidak lagi disediakan.

Sumber: BMW Motorrad

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply