Adakah Ini Gambar Intipan Motosikal Retro Kawasaki Z900RS 2018?

 

Sumber imej: AutoBy

 

  • Sebuah majalah permotosikalan terkenal di Jepun telah mengeluarkan satu lakaran imej yang didakwa merupakan gambaran sebuah motosikal retro Kawasaki Z900RS.
  • Motosikal retro yang baru dari Kawasaki itu dikhabarkan akan dijana oleh enjin yang sama yang boleh didapati pada motosikal Kawasaki Z900 ABS dengan penggayaan berilhamkan motosikal legenda Kawasaki Z1.
  • Satu-satunya motosikal retro yang ditawarkan oleh Kawasaki adalah motosikal W800 yang mana ianya diangap oleh sesetengah pihak sebagai biasa-biasa sahaja dan agak hambar namun dengan motosikal Z900RS ini ia tampak bagai satu tambahan baru yang dapat menghangatkan lagi kategori motosikal retro.

Kawasaki Z900RS yang digambarkan oleh MCN

Menurut sebuah majalah permotosikalan terkemuka Jepun, AutoBy, mereka telah menghasilkan satu gambaran yang tampak seperti sebuah motosikal retro Kawasaki Z900RS 2018 dari pengeluar motosikal Kawasaki. Persoalan yang bermain di minda semua orang adalah sama ada ianya akan menjadi satu lagi tekaan yang meleset ataupun jika ini benar-benar merupakan gambar intipan motosikal retro terbaru dari Kawasaki yang telah mengambil inspirasi dari motosikal Kawasaki Z900 ABS.

Kawasaki Z900 ABS 2017

Bagi mereka yang mengikuti berita industri permotosikalan buat sekian waktu pasti akan bersetuju yang majalah AutoBy mempunyai reputasi untuk telahan mereka yang agak tepat mengenai motosikal yang akan muncul, terutamanya dari Kawasaki. Berita ini telah tersebar untuk satu ketika sekarang dan kami telah pun melaporkannya pada bulan September tahun lalu di mana ia berasal usul dari motosikal Z1.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut laporan kami mengenai Z900RS.

Satu lagi sebab mengapa Z900RS ini muncul dalam fikiran adalah kerana namanya itu telah pun dicap dagangkan oleh Kawasaki suatu ketika dahulu. Imej yang telah dihasilkan oleh AutoBy itu bagi kami mempunyai aura retro tanpa ia menjadi agak keterlaluan atau pun terlalu tidak ketara dan apabila dibandingkan dengan gambaran yang telah dikeluarkan oleh MCN, firasat yang terbaru dari majalah Jepun yang tersohor ini tampak seperti mempunyai gaya dan intipati yang lebih mirip pada motosikal retro Kawasaki yang sepatutnya.

Kawasaki W800

Buat masa ini, satu-satunya tawaran dari Kawasaki dalam kategori moden retro adalah jentera W800 yang cukup cantik sekali yang telah dijana oleh enjin berkembar selari sejukan udara 773cc yang menghasilkan 47hp pada 6,500rpm dan 60Nm tork pada serendah 2,500rpm.Sesetengah pihak juga ada mengatakan yang ianya mungkin akan didatangkan dengan pengecas lampau (seperti motosikal konsep SC-02 di bawah) namun kami jangkakan versi ‘aspirated’ yang normal lebih dari mencukupi untuk menyalakan api semangat para penggemar tegar motosikal.

Motosikal konsep Kawasaki SC-02

Dinilai bermula dari RM55,700 (asas dengan GST), motosikal W800 agak perlahan dalam mengatur rentaknya di dalam negara kita tetapi kami ada sebab untuk percaya yang motosikal retro terbaru ini yang dijana oleh enjin yang lancar dan berkuasa dari Z900 ABS mampu menarik perhatian ramai dan membuatkan orang ramai kagum dengannya.

Sebuah motosikal retro dengan enjin sejajar empat, DOHC, sejukan cecair, 948cc dengan kuasa melebihi 120hp dan tork sehingga 60Nm pasti akan
menggoda mana-mana peminat motosikal yang tegar. Hanya masa yang mampu menentukan sama ada telahan ini benar atau sebaliknya. Buat masa ini, nikmatilah ulasan video kami mengenai motosikal Kawasaki Z900 ABS 2017 yang amat menakjubkan di bawah.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk segenap berita dunai permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]