Barangan Yoshimura TERBARU Untuk Kawasaki Versys-X 250/300 2017

 

  • Motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 telah mendapat beberapa kelengkapan yang dinaiktaraf yang menggiurkan dari pengeluar produk selepas jualan yang dikenali ramai, Yoshimura.
  • Mereka telah muncul dengan ekzos Yoshimura R-77 yang serba baru yang 1.8kg lebih ringan dan ianya juga membantu meningkatkan lagi kuasa dan tork keseluruhan motosikal itu.
  • Yoshimura juga telah mengeluarkan sebuah Fender Eliminator Kit yang baru untuk Kawasaki Versys-X 250/300 bagi memberikannya tarikan perlumbaan yang tetap rapi.


Hanya beberapa sahaja telah berlalu sejak Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) memperkenalkan kepada kita motosikal yang ditunggu-tunggu, Kawasaki Versys-X 250. Motosikal kembara ini telah mengisi kekosongan yang dirasai di pasaran Malaysia dan ianya mempunyai potensi untuk mendapat sambutan yang hangat.

Kami telah menyaksikan pelancarannya, membelek segala spesifikasinya dan telah menguji motosikal ini sendiri ketika sesi tunggang uji istimewa anjuran KMSB pada bulan April yang lalu di mana ianya telah terbukti bahawa motosikal Versys-X 250 bukan sahaja mampu merentasi pengembaraan yang jauh di atas lebuhraya, ia juga dapat menakluki dunia off-road.

TEKAN SINI bagi membaca dengan lebih lanjut ulasan kami mengenai Versys-X 250.

Motosikl yang menggabungkan yang terbaik dari dua dunia menjadi semakin memikat apabila ianya diumumkan bahawa Versys-X 250 ini akan ditetapkan harga di bawah RM25,000 (RM23,789 asas beserta GST). Jadi, bagaimanakah untuk menjadikan sesuatu yang sedia hebat dan mempertingkatkannya lagi untuk menjadikannya lebih diingini? Satu perkataan; Yoshimura.

Pengeluar produk selepas jualan yang terkenal itu telah membuat secara khas satu sistem ekzos Yoshimura R-77 bagi motosikal kembara Kawasaki yang kecil dan mengujakan itu. Ekzos ini telah direka untuk mengurangkan berat keseluruhan motosikal berkenaan sebanyak 1.8kg dan pada masa yang sama, meningkatkan kuasa kuda serta keluaran torknya.

Ekzos Yoshimura R-77 ini cukup MENGAGUMKAN. Ia didatangkan dengan Works Finish bersama dengan keluli tahan karat berperisai haba. Selain
mempertingkatkan rupa parasnya, bunyinya juga telah diperkasa ke aras yang lebih tinggi seperti mana yang dapat anda dengari di video di bawah.
Yoshimura USA telah menetapkan harga baginya pada harga $459 (RM1,962 selepas pertukaran terus).

Bersama dengan ekzos ini, Yoshimura turut membikin secara khas sebuah Fender Eliminator Kit bagi motosikal Versys-X 250 yang kelihatan halus dan rapi. Sekiranya anda mahukan motosikal kembara anda yang baru itu dilengkapkan dengan tarikan perlumbaan, Yoshimura telah membuatnya dengan keluli tahan karat potongan laser persis yang terselit kemas di bawah seksyen ekornya.

Terdapat juga lampu belakang LED berbentuk bujur yang memerlukan pemasangan bagi membantu menerangi bingkai plet lesen aluminium hitam dianodakan dengan logo tanda kenalan silkscreen Yoshimura. Yoshimura USA telah menetapkan harga bagi Fender Eliminator Kit ini pada harga $319 (RM594 selepas pertukaran terus).

Kawasaki Versys-X 250 2017 yang sudah sememangnya amat menggiurkan kelihatan lebih menggoda dengan penambahan barangan selepas jualan daripada Yoshimura ini.Bagi mengetahui dengn lebih lanjut spesifikasi motosikal Versys-X ini, TEKAN SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Yoshimura untuk Versys-X 250/300, TEKAN SINI.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]