- Kawasaki telah mencapai salah satu penanda aras yang terbesar pada pusingan terkini untuk siri WorldSBK di mana mereka telah mencapai kemenangan ke-100 keseluruhannya dalam siri perlumbaan itu.
- Kedua-dua penunggang untuk Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea dan Ton Sykes menyumbang kepada kemenangan yang ke-100 itu di litar Donington Park di mana mereka telah memonopoli kedua-dua Perlumbaan 1 dan juga Perlumbaan 2.
- Pencapaian ini telah dicapai menggunakan senjata litar terulung dari Kawasaki, Kawasaki ZX-10RR yang cukup cemerlang.
Ketika pusingan yang terkini WorldSBK yang telah berlangsung di litar Donington Park semasa Pusingan PATA UK keenam, pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) telah pun mencipta sejarah dengan memperoleh kemenangan yang ke-100 untuk Kejohanan Dunia Superbikes. Peristiwa bersejarah ini telah tercapai dengan bantuan dua penunggang mereka yang paling berjaya, Tom Sykes dan juga Jonathan Rea di atas jentera mereka yang menakjubkan, Kawasaki Ninja ZX-10RR.
Pengembaraan Kawasaki di dalam Kejohanan Dunia Superbike bermula pada tahun 90-an dengan sebuah pasukan yang bertapak di Amerika syarikat, Muzzy Kawasaki yang telah bertanding sehingga tahun 1996. Di antara tahun 1997 hingga ke tahun 2002, mereka mula memberikan bantuan pengilang kepada pasukan Harald Eckl yang bertapak di Jerman manakala Muzzy meneruskan usaha mereka di siri Superbike AMA.
Pencapaian terbesar dari Kawasaki adalah ketika Jonathan Rea memenangi kejuaraan FIM WorldSBK untuk kali kedua berturut-turut pada tahun lalu di Qatar. Teman sepasukan Rea dan juga penunggang yang pernah bergelar juara, Tom Sykes, telah mencapai kejayaan yang sama untuk Kawasaki Racing Team pada tahun 2013 yang lalu. Ini telah menunjukkan betapa gagahnya pasukan ini (dan masih lagi kekal perkasa) dengan jentera kemenangan mereka, Kawasaki Ninja ZX-10RR.
Penghasilan Ninja ZX-10RR
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, jentera Ninja ZX-10RR ini telah melonjakkan Kawasaki ke puncak perlumbaan dengan dua takhta kejuaraan berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016. Dibina serba baru, ZX-10RR ini telah disuntik dengan teknologi, kemahiran serta keseluruhan pengalaman perlumbaan Kawasaki yang menjadikannya sebuah jentera perlumbaan yang tiada tolok tandingannya.
Perkara yang terhebat mengenai semua ini adalah, sesiapa sahaja mampu memiliki ZX-10RR dan mendapat pengalaman yang sama yang telah membolehkan Kawasaki memenangi beberapa takhta kejuaraan dalam siri WorldSBK ini. Dengan kepala silinder yang diubahsuai secara menyeluruh, tapet yang disadur dengan karbon sekeras berlian dilitupi dengan perumah mesin yang diperkukuh, pelanggang dapat memilih untuk menggunakan aci engkol kit-perlumbaan untuk pengalaman perlumbaan yang diperkayakan.
Selain itu, terdapat juga Kawasaki Quick Shifter (KQS) yang diperbaharui yang membolehkan penunggang untuk melakukan penukaran gear tanpa
menggunakan tuil klac. Pengalaman dan kawalan sepenuhnya dipertingkatkan lagi dengan penggunaan roda tempaan aluminium tujuh jejari Marchesini dan tayar berprestasi tinggi terbaru Pirelli Diablo Supercorsa SP.
Warna hitam mattenya yang menggerunkan dengan skema grafik yang digunakan oleh pasukan WorldSBK Kawasaki ketika sesi ujian luar musim dan perincian grafik putih yang minimal yang menggarapkan kepingan salji dengan simbol Jepun untuk musim sejuk. Edisi Ujian Musim Sejuk ini membolehkan anda untuk merasakan pengalaman yang seakan apa yang dirasai oleh penunggang pengilang dan juga penunggang uji.
Perincian yang diambil dari jentera perlumbaan seperti enjin elektronik tahap tertinggi Kawasaki dan sistem pengurusan casisnya, Balance Free Front Fork yang sama seperti apa yang digunapakai pada jentera perlumbaan Jonathan Rea dan Tom Sykes, dan pakej pembrekan Brembo yang padu.
Dengan pengalaman meluas serta kemenangan perlumbaan dari Kawasaki Racing Team yang dipandang tinggi dan para penunggang bergelar juara, Jonathan Rea dan Tom Sykes, mereka telah merangkul sejumlah 75 podium, 16 posisi pertama, 28 masa terpantas, dan 32 kemenangan yang menakjubkan. Penunggang-penunggang mereka masih lagi ligat mengutip kemenangan untuk musim 2017 di mana Rea telah muncul sebagai calon utama dalam usahanya memenangi takhta WorldSBK buat kali ketiga berturut-turut.
Pusingan terkini di litar Donington Prak menyaksikan Tom Sykes berjaya meraih kemenangan perlumbaan ke-99 untuk Kawasaki dan pada hari seterusnya, Jonathan Rea memenangi kemenangan ke-100 pengilang tersebut yang memperkukuhkan lagi nama dan usaha mereka dalam sejarah siri WorldSBK ini. Sejumlah 12 orang penunggang telah menyumbang kepada 100 kemenangan Kawasaki dalam siri Kejohanan Dunia Superbike.
Berucap bagi pihak penganjur WorldSBK dan pemegang hak, Dorna, Pengarah Kejohanan, Dani Carrera, berkata, “Kawasaki merupakan pengilang penting untuk siri kami ini dan melihat mereka merangkul kemenangan ke-100 mereka merupakan satu penghargaan buat kami, di mana kami menyaksikan terciptanya sejarah. Mereka telah berlumba dengan hebat sekali sepanjang musim ini untuk Kejohanan Dunia Superbike MOTUL FIM, dan menyaksikan mereka bersaing untuk kejohanan kami adalah sesuatu yang amat kami banggakan. Kami pasti menantikan masa untuk melihat mereka bertanding untuk merangkul kemenangan ke-200 mereka.”
Di bawah merupakan 100 kemenangan yang diperolehi Kawasaki beserta dengan para penunggang yang memenanginya.
1988 – Hungaroring 2 – Adrien Morillas (GPX750) | 2013 – Magny-Cours 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1990 – Brainerd 2 – Doug Chandler (ZXR750) | 2014 – Motorland 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1990 – Sugo 2 – Doug Chandler (ZXR750) | 2014 – Motorland 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1990 – Phillip Island 2 – Robbie Phillis (ZXR750) | 2014 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1990 – Manfield 2 – Robbie Phillis (ZXR750) | 2014 – Donington 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1992 – Albacete 1 – Aaron Slight (ZXR750) | 2014 – Misano 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1992 – Spa Francorchamps – Robbie Phillis (ZXR750) | 2014 – Misano 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1992 – Jarama 1 – Robbie Phillis (ZXR750) | 2014 – Algarve 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1993 – Hockenheim 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2014 – Laguna Se ca 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1993 – Brno 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Phillip Island 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1993 – Sugo 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Buriram 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1993 – Monza 1 – Aaron Slight (ZXR750) | 2015 – Buriram 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1993 – Donington 1 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Motorland 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1993 – Donington 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Assen 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Donington 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Assen 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Hockenheim 1 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Imola 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Hockenheim 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Imola 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Sugo 1 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1994 – Sugo 2 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Donington 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1994 – Mugello 1 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Algarve 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Donington 3 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Algarve 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Donington 4 – Scott Russell (ZXR750) | 2015 – Misano 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1994 – Phillip Island 2 – Anthony Gobert (ZXR750) | 2015 – Misano 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1994 – Laguna Seca 1 – Anthony Gobert (ZXR750) | 2015 – Jerez 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1995 – Phillip Island 2 – Anthony Gobert (ZXR750) | 2015 – Magny-Cours 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1996 – Laguna Seca 2 – Anthony Gobert (ZX-7RR) | 2015 – Magny-Cours 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1996 – Phillip Island 1 – Anthony Gobert (ZX-7RR) | 2016 – Phillip Island 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1996 – Phillip Island 2 – Anthony Gobert (ZX-7RR) | 2016 – Phillip Island 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
1997 – A1-Ring 2 – Akira Yanagawa (ZX-7RR) | 2016 – Buriram 1 – Jonathan Rea (ZX-1 0R) |
1997 – Sugo 1 – Akira Yanagawa (ZX-7RR) | 2016 – Buriram 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
1999 – Sugo 2 – Akira Yanagawa (ZX-7RR) | 2016 – Assen 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2000 – Sugo 1 – Hitoyasu Izutsu (ZX-7RR) | 2016 – Assen 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2000 – Sugo 2 – Hitoyasu Izutsu (ZX-7RR) | 2016 – Sepang 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
2006 – Assen 1 – Chris Walker (ZX-10R) | 2016 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10R) |
2011 – Nürburgring 2 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2016 – Donington 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
2012 – Monza 2 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2016 – Misano 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2012 – Silverstone 1 Loris Baz (ZX-10R) | 2016 – Misano 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2012 – Moscow 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2016 – Laguna Seca 1 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2012 – Portimao 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2016 – Laguna Seca 2 – Tom Sykes (ZX-10R) |
2012 – Magny-Cours 2 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2016 – Lausitzring 2 – Jonathan Rea (ZX-10R) |
2013 – Assen 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Phillip Island 1 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Phillip Island 2 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Donington 2 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Buriram 1 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Imola 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Buriram 2 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Imola 2 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Motorland 1 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Silverstone 2 – Loris Baz (ZX-10R) | 2017 – Assen 1 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Nürburgring 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Assen 2 – Jonathan Rea (ZX-10RR) |
2013 – Laguna Seca 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Donington 1 – Tom Sykes (ZX-10RR) |
2013 – Magny-Cours 1 – Tom Sykes (ZX-10R) | 2017 – Donington 2 Jonathan Rea (ZX-10RR) |