Isle of Man TT 2017 – Jumlah Kematian Meningkat kepada Tiga

Alan Bonner
  • Perlumbaan Isle of Man TT 2017 telah meragut mangsa ketiga setakat ini setelah tiga orang penunggang meninggal dunia akibat kecederaan yang berlaku ketika perlumbaan.
  • Davey Lambert, Jochem van der Hoek, dan Alan Bonner adalah penunggang yang telah meninggal dunia akibat kecederaan serius ketika perlumbaan masing-masing pada minggu lalu.
  • Penunggang Ireland, Alan Bonner, merupakan penunggang ketiga dan yang terbaru meninggal dunia semasa sesi kelayakan TT Senior pada 7 Jun 2017.

Davey Lambert (Sumber imej: Steve Babb)

 

Perlumbaan Isle of Man TT 2017 telah menggandingkan penunggang pantas dengan jentera yang lebih laju menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang minggu ini. Untuk tahun ini, perlumbaan terakhir TT senior belum lagi bermula tetapi litar jalanraya pulau itu telah pun meragut tiga nyawa dalam tiga insiden berlainan dalam beberapa hari yang lalu.

Jochem van der Hoek (Sumber imej: Steve Babb)

Ketiga-tiga penunggang yang telah pun meninggal dunia akibat kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan dalam perlumbaan TT adalah Davey Lambert, Jochem van der Hoek, dan Alan Bonner. Davey Lambert merupakan mangsa pertama TT 2017 yang telah terbabas dan meninggal dunia pada 6 Jun 2017 dalam perlumbaan Superbike. Dia sedang mengemudi jentera 1000cc, Kawasaki ZX-10Rnya pada waktu itu. Dia meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Jochem van den Hoek

Mangsa kedua yang kehilangan nyawanya dengan tragik adaalah Jochem van der Hoek dari Belanda. Dia sedang bertanding dalam perlumbaan Superstock pada 7 Jun 2017 apabila dia kehilangan kawalan motosikal Honda Firebladenya pada batu ke-11 Haluan Gunung semasa perlumbaan Superstock pada hari Rabu. Dia telah meninggalkan dunia pada usia 28 tahun.

Alan Bonner

Penunggang terbaru yang kehilangan nyawanya di Isle of Man TT 2017 ini adalah Alan Bonner dari Ireland. Dia telah mencatatkan masa yang pantas di atas jentera BMW S1000RRnya apabila dia kehilangan kawalan jenteranya itu semasa sesi kelayakan TT Senior pada hari Khamis. Penunggang Ireland ini berusia 33 tahun.

Davey Lambert (Sumber imej: Impact Images)

Penganjur perlumbaan, ACE Events Ltd mengatakan bahawa mereka ingin menghulurkan “ucapan takziah tulus dari hati” kepada ahli keluarga penunggang dan para sahabat mereka atas kehilangan mereka.

Dalam berita lain, Michael Dunlop telah memenangi perlumbaan Supersport pertama bagi 2017 dan Ian Hutchinson meneruskan dominasinya di Haluan Gunung dengan satu lagi kemenangan pada perlumbaan Superstock pada hari Rabu, menjadikannya kemenangan ke-16 kerjayanya dalam Isle of Man TT.

Ian Hutchinson

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]