Helmet Motosikal Paparan Hadapan Pertama Dunia Sedia Untuk Jualan

  • NUVIZ kini sudah bersedia untuk memperkenalkan sistem helmet motosikal paparan hadapan yang kini sedang berada di fasa terakhirnya sebelum sedia untuk dijual.
  • Sistem HUD ini menggunakan kamera 8mp yang memaparkan imej resulosi 800 x 480 kepada penunggang melalui pemapar mikro LCOS (Liquid Crystal on Silicon Microdislay-based Projection Engine).
  • Harga permulaannya ditetapkan pada $699 (sekitar RM2,997) termasuk GPS, sistem komunikasi dan kebolehan merekoda gambar dan video.

Setelah begitu banyak cubaan oleh beberapa buah syarikat seluruh dunia, helmet motosikal paparan hadapan yang pertama di dunia telah pun bersedia untuk pasaran. NUVIZ dengan sokongan kewangan dari Pierer Industrie AG yang juga merupakan ibu syarikat bagi KTM dan Husqvarna kini sudah bersedia untuk menghasilkan produk berevolusinari ini secara besar-besaran.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai unit HUD dalam helmet yang lain sedang dibangunkan.

Sistem HUD untuk helmet motosikal yang dicipta oleh NUVIZ bukanlah satu sistem yang sebarangan dengan fungsi asas sahaja. Menurut laporan yang dibuat oleh Men’s Journal yang telah berpeluang untuk menguji perkakas ini sendiri, unit NUVIZ juga mempunyai GPS yang berfungsi penuh serta sistem komunikasi yang boleh disambung pada telefon pintar anda menggunakan sambungan Bluetooth.

Apa yang lebih mengujakan tentang sistem NUVIZ ini adalah ia membenarkan pengguna merekod gambar serta video. Unit ini dilekap pada bahagian bawah kanan helmet dan paparannya diletakkan pada bucu bawah belah kanan penglihatan keseluruhan penunggang. Ianya telah dikatakan bahawa pemasangan unit NUVIZ ini termasuk alat pendengar dan mikrofon tidaklah begitu berbeza berbanding dengan sistem komunikasi dalam helmet yang sedia ada di pasaran sekarang.

Sumber imej : iphone.informer.com

Dengan sentuhan satu butang, sistem ini akan dihidupkan sepantas telefon anda dan akan dimulakan sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan menggunakan telefon anda menjadikannya amat mesra pengguna. Pemapar mikro LCOS (Liquid Crystal on Silicon Microdisplay-based Projection Engine) memaparkan imej berwarna penuh kepada penunggang dengan resolusi 800 x 480 yang boleh dilaraskan keterangannya secara automatik bergantung kepada keadaan cuaca.

Unit NUVIZ ini juga didatangkan dengan kawalan ibu jari yang boleh dilekapkan pada bahagian kiri palang pemegang motosikal yang dapat membantu menukar antara GPS, Dashboard, Music, Call, dan Rides. Boleh dikatakan bahawa sistem ini telah pun diuji dan banyak maklum balas positif telah diterima oleh NUVIZ. Kelebihan terbaik sistem ini adalah ianya dapat bertahan antara empat hingga tujuh jam bergantung penggunaannya. Seperti telefon pintar anda, fungsi yang lebih berat dan besar akan memakan hayat baterinya namun untuk mininum selama empat jam, ianya kedengaran amat berbaloi.

Buat masa ini masih tiada berita mengenai bila sistem helmet NUVIZ HUD ini akan mula dipasarkan namun mereka telah mensasarkan ianya untuk berlaku di antara bulan Jun dan September tahun ini. Harga pengenalan dikatakan $699 (sekitar RM2,997 selepas pertukaran terus) yang menjadikannya agak mahal namun ianya telah dijangkakan untuk teknologi yang masih lagi begitu baru ini.

Jika difikirkan kembali, sistem ini dapat menggantikan kebanyakan peralatan penunggangan seperti kamera, sistem komunikasi, navigasi, dan juga sistem audio yang secara keseluruhannya akan melibatkan kos yang lebih tinggi daripada apa yang unit NUVIZ ini tawarkan (jika ia berfungsi dengan baik). Masa hadapan bukan lagi sekadar angan-angan, ianya telah pun tiba sekarang.

Sumber imej: Men’s Journal

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]