BMW Katakan Tidak Untuk MotoGP

  • BMW Motorrad dengan jelas telah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk bertanding dalam tahap tertinggi perlumbaan litar iaitu MotoGP.
  • Pengunduran mereka dari WorldSBK pada 2013 dikatakan sebagai persiapan bagi menyertai MotoGP tetapi mereka telah menjelaskan bahawa mereka sedang menumpukan perhatian kepada pembangunan motosikal jalanan mereka pada masa itu.
  • BMW Motorrad kini sedang dalam siri WorldSBK dengan Althea BMW Racing Team dengan Raffaele De Rossa dan Jordi Torres mengemudi jentera BMW S1000RR mereka.

Dengan lebih banyak pasukan pengilang mengambil bahagian dalam perlumbaan litar pada tahap tertinggi di dunia iaitu MotoGP, ada sesetengah pihak mula tertanya-tanya jika akan adanya lagi pengeluar yang ingin mencuba nasib mengecap kemasyhuran perlumbaan disamping memperagakan kebolehan mereka membina jentera perlumbaan yang ulung.

Sejak beberapa tahun yang lalu, kita telah menyaksikan kembalinya semula Suzuki di puncak perlumbaan jalanraya dengan pasukan pengilang dinamakan SUZUKI ECSTAR. Aprilia dan KTM juga telah mencuba nasib mereka di tahap tertinggi perlumbaan dengan jentera Aprilia RS-GP dan KTM RC16 masing- masing. Bagaimana dengan pengeluar-pengeluar yang lain, seperti BMW? Tidakkah mereka mahu melihat jentera mereka beraksi dalam perlumbaan seprestij ini?

KTM RC16 (Sumber imej: MotoGP)

Menurut laporan yang dibuat oleh MCN, BMW Motorrad dengan jelas sekali mengatakan tidak untuk MotoGP. Dengan jutaan telah disalurkan untuk kajian dan pembangunan BMW S1000RR yang tercanggih, Staphan Schaller yang bertanggungjawab untuk divisyen motosikal BMW menyatakan bahawa dia merasakan tiada kelebihan yang dapat dicapai dengan penyertaan mereka dalam MotoGP.

Desas desus ini telah pun tersebar sekian lama sejak BMW menarik diri dari siri perlumbaan WorldSBK pada tahun 2013. Ianya menimbulkan khabar angin mengatakan bahawa ini merupakan percaturan mereka untuk menyertai perlumbaan MotoGP. Sebaliknya, mereka telah pun kembali ke siri WorldSBK dan bagi tahun 2017, bersama Althea BMW Racing Team dengan Raffaele De Rossa dan Jordi Torres mengemudi S1000RR mereka.

Schaller telah menjelaskan punca pengunduran mereka dari WorldSBK sebelum ini adalah untuk menumpukan perhatian pada pembangunan motosikal jalanan dimana kita dapat melihat hasilnya yang cukup memberangsangkan dengan rangkaian motosikal premium yang hebat sekali. Schaller juga menyatakan bahawa mereka mempunyai dana yang mengcukupi untuk mendapatkan tempat di grid MotoGP tetapi mereka rasakan untuk membelanjakan sejumlah wang tersebut untuk dua orang penunggang mengemudi jentera lumba prototaip bukanlah keutamaan bagi mereka buat masa sekarang.

Ingin mengetahui motosikal apakah yang ditawarkan BMW Motorrad untuk pasaran Malaysia? TEKAN SINI untuk ke Bikes Republic, Bike Buyer’s Guide!

Sumber gambar: WorldSBK

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]