Kemunculan Perdana Dunia Bagi Honda Jazz Hibrid 2017 Di Malaysia, Honda Jazz (Petrol) Dibuka Untuk Tempahan

(Dari kiri ke kanan): En. Katsuto Hayashi (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB), Yang Berbahagia Dato’ Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Mr. Roslan Abdullah (Ketua Pegawai Operasi HMSB), Datuk Aishah Ahmad (Presiden MAA

 

  • Model Honda Jazz Hibrid 2017 membuat kemunculan pertamanya di dunia di acara Carlist.my MAA Drive, Test & Buy pada hujung minggu lalu.
  • Model Honda Jazz varian petrol pula akan memulakan lawatannya mengelilingi Malaysia bermula dengan Standard Chartered KL Marathon yang akan datang.

Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menjadi pentas bagi Honda memperkenalkan model Jazz Hibrid terbaru mereka. Varian Sport Hibrid I-DCD ini telah membuat kemunculan yang julung kalinya di acara Carlist.my Drive, Test & Buy yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu di Pusat Konvensyen Setia City.

TEKAN SINI bagi artikel terdahulu kami mengenai acara Carlist.my MAA Drive, Test & Buy ini.

(Dari kiri ke kanan): En. Katsuto Hayashi (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB), Yang Berbahagia Dato’ Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Mr. Roslan Abdullah (Ketua Pegawai Operasi HMSB), Datuk Aishah Ahmad (Presiden MAA

Model Honda Jazz Hibrid ini telah diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama dengan Encik Katsuto Hayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.

Malaysia juga menjadi negara pertama di luar Jepun yang telah diperkenalkan kepada Sistem Pacuan Dwi-Klac (Dual-Clutch Drive – i-DCD) Hibrid Honda yang dilengkapi dengan enjin DOHC i-VTEC 1.5L. Model Sport Hibrid i-DCD ini menggabungkan Transmisi Dwi Klac 7-Kelajuan dengan Motor Berkuasa Tinggi bersepadu bagi membolehkan pecutan yang lebih baik dengan tindakbalas yang dipertingkatkan yang menghasilkan satu pengalaman pemanduan ‘sporty’ untuk pemandu. Pemanduan dalam mod Kenderaan Elektrik (EV) juga dipertingkatkan dengan penggunaan motor yang berfungsi secara bebas dan enjin yang membantu dalam mengekalkan tenaga janaan semula dan meningkatkan kecekapan bahanapi.

Unit Kuasa Pintar (Intelligent Power Unit-IPU) bagi sistem i-DCD Sport Hibrid ini akan dapat menjana 1.5 kali dari kapasiti tenaganya dan menggandakan keluaran sistemnya. Kuasa kuda bagi Jazz Hibrid terbaru ini berada pada 137PS yang mana ianya bersamaan dengan keluaran bagi enjin 1.8L. Keluaran kuasanya dimaksimakan oleh sistem i-DCD Sport Hibrid ini yang membolehkannya memberikan pengalaman pemanduan yang ‘sporty’.

Pada masa yang sama, Model Jazz (petrol) juga telah dibuka untuk tempahan pada acara Carlist.my MAA Drive, Test & Buy ini. Ianya juga akan memulakan lawatan ke seluruh Malaysia bermula dengan Standard Chartered KL Marathon.

Model Jazz (petrol) ini dijana oleh enjin i-VTEC 1.5L bersama dengan Transmisi Berterusan Bolehubah (Continous Variable Transmission – CVT) yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. Dari segi rupa luarannya pula ianya didatangkan dengan grill hadapan chrome, rekaan dapra depan dan belakang yang baru, roda aloi dwi tona warna dan juga lampu nyalaan siang LED untuk rupa yang lebih bergaya. ‘Smart Entry’ serta Butang Tekan Mula akan menjadi ciri standard bagi kesemua varian. Begitu juga tempat duduk ‘Ultra Seats’ yang cukup popular dan sinonim dengan jenama Jazz ini akan disertakan dalam Jazz terbaru ini. Empat mod ‘Ultra Seats’ adalah Utility, Long, Tall dan juga Refresh yang terkenal dengan versalitinya dan kebolehan untuk mengubah ke mod berbeza berdasarkan keperluan pengguna untuk ruangan yang lebih lega.

Selain itu, ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan bagi varian-varian ini termasuk Bantuan Brek(BA), Sistem Anti Pembrekan(ABS), Bantuan Kestabilan Kenderaan(VSA), Lampu Isyarat Hentian Kecemasan (ESS), dan juga Bantuan Mulaan Dakian (HSA). Tambahan jugan, ianya dilengkapkan dengan enam beg udara serta ISO Fix.

Kedua-dua varian model Jazz ini telah pun dibuka untuk tempahan di pengedar Honda yang sah di seluruh negara, dan ianya dijangka akan tiba di pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini dengan varian Sport Hibrid dijangka sedia untuk penghantaran kepada pelanggan menjelang suku ketiga 2017.

Jadi, kunjungilah pengedar Honda yang sah berhampiran untuk menempah model-model terbaru ini. Anda juga dapat menelefon talian bebas tol 1-800-88-2020 atau lawati laman sesawang rasmi Honda untuk maklumat lanjut.

Tersukan setia bersama kami di MotoMalaya bagi segenap berita dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]