Dalam beberapa tahun sekali, BMW Motorrad akan mengagumkan dunia dengan mahakarya kejuruteraannya, dan mereka sekali lagi telah berjaya melakukannya dengan keajaiban kejuruteraan terkini mereka, BMW HP4 Race.
Dalam kenyataan akhbar rasmi mereka, BMW mengatakan bahawa jentera HP4 Race ini merupakan motosikal lumba sejati yang terhad dengan bilangan unitnya hanyalah sebanyak 750 sahaja. Setiap satu daripadanya dihasilkan oleh sepasukan kecil yang berkemahiran khusus tinggi, memastikan kualiti pada tahap yang tertinggi.
Enjin yang menjana kuasa motosikal HP4 Race ini berada di dalam kategori yang sama dengan jentera perlumbaan superbike kilang yang semasa. Suspensi bagi HP4 Race ini dikatakan lebih bagus daripada jentera perlumbaan berkenaan dengan rangka karbon fibernya.
Dengan beratnya hanya 171kg diisi penuh dan sedia untuk jalanraya, HP4 Race ini lebih ringan daripada motosikal lumba kilang yang digunakan sekarang oleh Superbike World Championship, dan hanya lebih sedikit beratnya jika dibandingkan dengan motosikal lumba MotoGP.
Dengan motosikal HP4 Race ini, BMW Motorrad berjaya menjadi pengeluar motosikal pertama dunia yang menghasilkan kerangka utama diperbuat dari karbon fiber secara keseluruhannya, dan dengan beratnya hanyalah 7.8kg. Roda depan dan belakangnya juga telah diperbuat dari bahan berteknologi tinggi ini, menjadikannya 30% lebih ringan daripada roda tempaan aloi dan pada masa yang sama mengekalkan rekabentuknya yang teguh.
Motosikal HP4 Race ini menggunakan fork terbalik FGR300 yang termaju dan strut spring TTX 36 GP yang dibekalkan oleh Ohlins. Bahagian yang sama sedang digunakan oleh kedua-dua Superbike World Championship serta dalam siri MotoGP. Lengan buai beranduh bawah aloi ringan telah dihasilkan dari bahagian logam keping serta logam yang dikilang, dan ia juga sedang digunakan dalam Superbike World Cup.
Kuasa pembrekan dibekalkan oleh dua angkup brek mono block GP4 PR Brembo dengan komponen yang boleh didapati dalam kejohanan perlumbaan dunia. Angkupnya bercirikan omboh yang disalut titanium dan satu angkup aluminium dengan permukaan disadur nickel secara kimia, dan cakeranya hanyala setebal 6.75mm dengan brek keluli perlumbaan T-type 320mm, menjadikannya gabungan terbaik bahan pembrekan buat masa kini.
Enjin bagi motosikal HP4 Race ini sendiri adalah satu karya yang agung. Ianya sebuah enjin perlumbaan sejati mirip kepada spesifikasi 6.2 dan 7.2 seperti yang ada dalam Endurance serta Superbike World Championship. Pengeluaran tertinggi dikadarkan pada 215hp pada 13,900rpm manakala tork maksimumnya dikadarkan pada 120Nm pada 10,000rpm. Kelajuan enjin maksimum telah ditingkatkan berbanding dengan enjin S1000RR dari 14,200rpm kepada 14,500rpm. Kotak gearnya adalah enam kelajuan nisbah-singkat kotak perlumbaan dengan nisbah transmisi dioptimumkan dan berbagai nisbah tambahan.
Semulajadinya, HP4 Race ini didatangkan dengan pakej kawalan elektronik serta sistem bantuan yang ekstensif serta sistem elektrikal di atas jentera yang dioptimum-berat, dioptimumkan bagi memenuhi keperluan perlumbaan. Semua maklumat dipaparkan pada papan pemuka 2d dengan memori data yang boleh dipindahkan.
Aturcara motosikal boleh diubahsuai untuk susun atur litar dan keadaan permukaan jalanraya yang berlainan, dan ini telah dibekalkan oleh dengan Kawalan Cengkaman Dinamik yang jelas sekali, di mana ia dikawal melalui pemotongan pencucuh, brek enjin EBR dan Wheelie Control. Kesemua ini boleh diprogram secara manual untuk setiap gear menurut kesesuaian penunggang, membenarkan penggunaan optimum potensi penunggangan dinamik yang besar yang ditawarkan oleh motosikal HP4 Race ini.
Ciri-ciri elektronik yang lain adalah Pengehad Laluan Pit, dan Kawalan Permulaan untuk permulaan perlumbaan sempurna.
Kegunaan meluas karbon fiber berterusan pada penutup peredam masukan dan bonggol pelana, sementara kedap tangki bahanapi aluminium yang diberus-tangan dengan kemasan jernih melengkapkan rupa perlumbaan motosikal ini.
- Rangka utama karbon fiber dalam binaan monocoque dengan berat 7.8kg sahaja.
- Rangka belakang sokongan kendiri karbon fiber dengan fungsi pemboleh laras ketinggian tiga tahap.
- Roda karbon fiber yang menawarkan pengurangan berat sehingga 30 peratus dibandingkan dengan roda tempaan aloi ringan.
- Fork terbalik FGR300 Ohlins.
- Strut spring TTX 36 GP Ohlins.
- Angkup brek monoblock GP4 PR Brembo serta cakera brek keluli perlumbaan T-type 320 (ketebalan: 6.75mm) di bahagian hadapan.
- Enjin perlumbaan pada tahap World Cup dengan pengeluaran sehingga 158kW (215hp) pada 13,900rpm dan tork maksimum sehinggan 120Nm pada
10,000rpm. - Kotak gear nisbah-singkat dengan nisbah transmisi diubahsuai.
- Sistem elektrikal dioptimum-berat menampilkan bateri lithium-ion ringaan dengan 5 Ah.
- Papan pemuka 2D dan perekod data 2D termasuk logger.
- Kawalan Cengkaman Dinamik DTC (boleh diprogram bagi gear terpilih pada 15 tahap).
- Brek Enjin EBR (boleh diprogram bagi gear terpilih pada 15 tahap).
- Wheelie Control (boleh diprogram bagi gear terpilih).
- Kawalan Mulaan.
- Pengehad Laluan Pit.
- Bahagian kemasan ringan diperbuat daripada karbon fiber dengan kancing cakup.
- Kemasan warna dalam warna BMW HP Motorsport.
- Pengeluaran sehingga 750 unit, setiap satu dibikin secara individual.
‘ super ‘ ringan . . ‘ super ‘ mahal
HP2 pun terbaik..antara rare item dari bmw. serius…bmw mmg awesome… zaman HP2 hingga lah HP4..xpernah mgecewakan..
harga boleh beli sebijik rumah,ni yg pakai golongan yg mampu serta minat..lol… M Hamizam Abd Hamid
R1M my favourite…
hehehe…
boleh masok kat motor ko ker bang?
nie haa motornya…
hehe
Aliff Muhd… Laju
Kalau berat 101kg mcm honda nsr500v aku sanggup pijjam along :3
Mamu Shah
X mau la
Masuk race ni subjektif bab power n menang ke tak. Ducati tu motor power pun tak semua rider boleh bwk n menang. Rossi pun surrender.hahahahaha… Kt wsbk yamaha pun ayam2 je
Hafizul Hamid II
mahal bebenor…
dlm wsbk blakang jgak duduk nye….
Wow motosikal super perlumbaan di engkol dgn bateri 5Ah je… Tu bateri honda wave
Technology for the road, not in race track
Muhammad Ajwad Ismail Manoj Kumar Arween Letchumanan Apit Suduku
Boleh sgt 2..
awokk ley la
mmpu tgk je bro..niat di aty nk angkt 125zr ps2 usha awek bru nk up..
Kena jual berapa buah pinggang nie?
jual farid punya la dia pun x guna sgt buah pinggang dia
Tgu duit brim bley amek ni
Tp knp xde dlm motogp asyik tgk moto keluaran jepun je duk tawan a
Cekodok Penyek
Power pun dalam wsbk x leh blah
Ananthaa Murigaya
Aliff Hilmi Didy Azmi
Na Bill aku berkenan truihhh, celaka
Badbad Messi
Mohd Azan
Asyraf Kamaruddin mcm mana carbon chasis
Saing2 superlergga nie
Motor power tapi sayang BMW tak brani masuk GP
Sbb awak tanak jd rider dia.. sbb tu bmw merajuk x mo masuk GP
BMW x brani masuk sebab tkt jadi mcm team aprillia, team ktm.. bila masuk motogp enjin power pon duduk last.. rider, chasis, aerodinamik, semua kena power baru bleh jd mcm honda/yamaha
Yg paling penting chassis stabil atau pon x time masok corner ngn exit corner
Tp motosikal terpantas dunia tetap masih lg kawasaki h4r..hahaha..
h4r tu moto ape.. h2r tahu lah
Masuk gp ngabiskn duit je sbb xmsuk pun dh blh kluar moto power
Hmm hmm h4r ? h4r ? Takdan mikir
Mohd Zikry Abu Bakar
He he..jom pg test ride.
Ah Mode Fuze
Pawer ni. Tp nape bmw xde dlm motogp??
Nta la kt wsbk pon x perform mane. Tp teknologi bmw tetap bagus utk street user, harge je melangit. Features dn teknologi x mengecewakan.
Nice! Harap2 bole kalahkan team movistar
Cc to cikgu Roslee Darus.. blh amik ni law mampu.. huhuhu
Haha..tu spec utk race..cun harga! Awesome.
Harga mampu tengok.. hahaha