Harga Vyrus 986 M2 Versi Jalanan 2017 Diumumkan – €37,940 (RM178,270)

Sumber Imej: www.motoblog.it
  • Vyrus 986 M2 Versi Jalanan 2017 dinilai pada harga €37,940 untuk motosikal lengkap dan €27,930 kit motosikal jalanan.
  • Dikuasakan oleh enjin Honda CBR600RR, motosikal ini juga dilengkapkan dengan alatan dan teknologi yang diambil terus dari WorldSBK dan MotoGP.
  • Teramat Terhad dengan hanya 50 unit seluruh dunia.

Sumber Imej: www.motoblog.it

Menurut sumber yang boleh dipercayai di Asphalt & Rubber, Vyrus telah menghubungi mereka dan memaklumkan mereka dengan berita berkenaan harga rasmi untuk Vyrus 986 M2 Versi Jalanan 2017. Harga yang ditetapkan bagi mereka yang berminat untuk memiliki hasil karya seni bergerak yang eksklusif dan eksotik ini ditentukan pada €37,940 (sekitar RM178,270 selepas pertukaran matawang).

Sumber Imej: www.motoblog.it

Kira-kira baru sebulan telah pun berlalu dari masa Vyrus mengumumkan versi sah jalanraya untuk 986 M2 mereka dan kebanyakan daripada kita begitu girang tentangnya. Pada masa itu, khabar angin menunjukkan bahawa harga permulaannya adalah lebih kurang €25,000 (atau RM119,300). Ternyata tekaan kebanyakan kita sungguh tersasar dengan jarak perbezaan sehingga €12,940 (sekitar RM60,800), jumlah yang mncukupi untuk membeli sebuah motosikal lumba Jepun middleweight.

Sumber Imej: www.motoblog.it

 

Dengan semua khabar angin telah terjawab, Vyrus juga telah mengesahkan bahawa harga untuk kit motosikal jalanan adalah pada €27,930 (sekitar
RM131,230). Kit motosikal jalanan ini memberi peluang keemasan kepada para pemilik untuk membina 986 M2 Versi Jalanan mereka sendiri dan ia akan
menjadikan motosikal itu lebih bermakna kepada mereka berbanding dengan versi yang sudah siap dipasang.

Sebagai peringatan semula mengenai motosikal buatan Itali ini, motosikal ini dijana kuasa oleh enjin Honda CBR600RR dan kelengkapan selebihnya ternyata begitu mengujakan. Dengan lengan buai yang tercanggih di kedua-dua bahagian depan dan belakang, sesiapa pun di antara 50 pemilik motosikal ini akan dapat memilih daripada pelbagai pilihan yang ada dari suspensi Ohlins sehinggalah ke pakej brek Brembo yang tersedia untuk motosikal 986 M2 Street ini. TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tentang motosikal ini dalam artikel kami yang lalu.

Pada mereka yang berminat, bertindaklah segera sebelum terlambat kerana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dikeluarkan!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]