Motosikal Elektrik Konsep Binaan Porsche?

 

 

  • Motosikal Elektrik Konsep Porsche 618 adalah hasil buah fikiran Miguel Angel Bahri yang merupakan sebahagian daripada “Two Wheels Project” miliknya
  • Mengambil ilham dari Porsche 911 Turbo, 918 dan 919

 

Pernahkah anda bayangkan bagaimanakah rupa sebuah jentera motosikal jika ia dibikin oleh pengilang kereta sports? Apa yang akan terjadi jika pengeluar
seperti Ferrari, McLaren, Lamboghini dan yang lain-lain berhasrat untuk menceburkan diri dalam industri dua-roda? Bagi perekabentuk kelahiran Sepanyol, Miguel Angel Bahri, ciptaan terbarunya yang diberi nama “Porsche 618 Electric Motorcycle Concept” adalah salah satu kemungkinan jika Porsche berhasrat untuk melibatkan diri dalam masa hadapan motosikal elektrik.


Peringatan ringkas tentang motosikal konsep ini; rekaan ini bukannya dari Porsche sendiri tetapi pengolahan tersendiri daripada Miguel Angel Bahri.
Mengambil inspirasi daripada Porsche 911 Turbo, 918 Spyder dan juga 919, Miguel merekabentuk motosikal ini bagi memberi gambaran tentang kemungkinan rupa bagi motosikal elektrik dua-roda aras permulaan pada masa yang akan datang.

Direka dengan pusat graviti rendah, motosikal ini dianggap lebih stabil dengan penempatan bateri di bahagian tengah jentera, 618 Konsep ini juga dilengkapi
dengan hab stering tengah yang seakan sama seperti motosikal jalanan Vyrus 986 M2 yang radikal yang boleh dilihat seperti di bawah ini (telah dibuka untuk
tempahan). TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sumber : Vyrus

Ruangan simpanan untuk motosikal ini ternyata merupakan bahagian paling bergaya motosikal konsep ini. “Tangki gas”nya terbuka bagaikan kepak kumbang, mendedahkan bahagian simpanan di mana anda boleh meletakkan helmet futuristik ala ‘Tron’ (tidak sabar rasanya menunggu ciptaan itu muncul pada masa akan datang) dan sebarang barangan futuristik yang mungkin ada untuk disimpan.

Terdapat juga skrin sentuh lapan inci (yang sudah semestinya mesra Android dan IOS) yang membekalkan maklumat penting berkenaan motosikal ini kepada penunggang seperti tahap bateri, stesen mengecas terdekat dan juga GPS. Dengan begitu banyak teknologi disertakan dalam motosikal konsep ini, kami sejujurnya tidak akan berasa hairan jika ia boleh memberi arahan kepada dapur futuristik anda untuk menyediakan makan malam ketika anda sedang pulang dari tunggangan hari Ahad. Namun, penulis masih tidak dapat membuang satu perasaan jauh dari minda kami. Mengapakah rekaan ini mengingatkan penulis pada seekor itik?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “Motosikal Elektrik Konsep Binaan Porsche?”

Leave a Reply