-
Edisi khas kedua bagi Indian Motorcycle
-
Hanya 100 buah motosikal yang akan dikeluarkan
Satu kejutan gembira buat peminat Indian Motorcycle! Buat sekelian kali mereka telah bekerjasama dengan Jack Daniels dan untuk kali ini, ianya adalah model Chieftain. Apa yang lebih menggiurkan ialah hanya seratus buah motosikal ini akan dihasilkan di mana kebanyakkan negara Eropah hanya akan mendapat hanya SATU SAHAJA. Satu Jack Daniels Chieftain sahaja untuk setiap negara. Ada eloknya tuan-tuan mula berhubung dengan kenalan masing-masing jika ingin memiliki edisi khas yang teramat jarang ini.
Motosikal ini akan mula dijual bermula jam 6.00 petang CET (1.00 pagi waktu tempatan Malaysia). Jika anda ingin mendapatkannya untuk diri anda sendiri, kemungkinan ianya sudah terlambat kerana edisi khas Jack Daniels yang pertama dijual habis dalam masa lapan jam yang pertama. Dalam masa kurang dari setengah hari, kesemua 150 unit telah pun terjual. Untuk edisi Chieftain terbaru ini hanya serratus sahaja dikeluarkan, jadi kiranya boleh dicongak sendiri.
Apa yang menjadikan edisi Chieftain kali ini lebih istimewa adalah setiap unit adalah hasil kerja serratus peratus pertukangan tangan. Beserta dengan setiap unit adalah cenderahati bendera Amerika Syarikat yang diperbuat daripada tong Jack Daniel berukir maklumat nama pemilik, nombor motorsikal dan seterusnya. Syarikat Indian Motorcycle juga menyertakan waranti dua tahun tanpa had dan keahlian percuma untuk Indian Motorcycle’s Rider Group untuk tahun pertama.
Kebanyakkan kerja khusus dan rekaan untuk motorsikal ini adalah titik peluh hasil sebuah kedai khusus bertapak di South Dakota bernama Klock Werks Kustom Cycles. Hasil kerja tangan yang mengagumkan dapat dilihat pada penggunaan warna hitam dan putih kristal yang dibayangi warna arang, mengambil ilham dari pengeluar dari Tennessee itu. Ditambah dengan perincian ikonik logo Jack Daniel’s Old No. 7 yang terbenam di beberapa permukaan motosikal ini seperti di kantung kulit tangki dan juga di pendakap tangki aluminium.
Bagi melengkapkan rupa motosikal ini, lencana penutup hon Jack Daniel diperbuat dari perak tulen menyatukan keseluruhan rupa motosikal ini, menjadikan ia satu hasil seni yang sungguh bernilai. Bahagian-bahagian lain termasuk tayar hadapan 19 inci dengan dapra terbuka, pakej sedia touring beserta lampu hadapan LED dan lampu pemanduan, hadangan angin boleh laras kuasa, palang lebuhraya di bahagian depan dan belakang, hitam berkilat, 200-watt system audio premium serta pembesar suara di reraup dan beg pelana, serta Ride Command Infotainment System hak milik Indian Motorcycle.
Dijangka untuk tiba di tangan pemilik masing-masing pada bulan Ogos tahun ini, setiap unit akan dijual pada harga €38,500 (sekitar RM182,395 selepas pertukaran).
jack daniels ni bkn arak ke?
mtk admin padam sebarang post yg mengiklan, menyokong, bersekongkol dgn benda haram jadah camni..
*kalau admin islam