Musim 2017 siri MotoGP menyaksikan larangan penggunaan sayap pada reraup atas beberapa sebab salah satunya dikatakan dari segi keselamatan.
Namun, kita pernah melihat cubaan untuk menggunakan kelebihan sayap aerodinamik ini tanpa melanggar peraturan ini sebelum ini pada jentera Yamaha Valentino Rossi dengan penggunaan sayap di dalam reraup. Sayap didalam reraup menampakkan sedikit bonggol ada reraup namun hasilnya lebih kemas.
Ducati kali ini, berusaha dengan lebih aktif dengan menggunakan rekaan kepala jentera yang lebih radikal untuk mendapatkan kelebihan aerodinamik ini. Rekaan kepala Ducati ini mendapat jolokan ‘hammerhead’ kerana menyerupai ikan jerung kepala tukul.
Rekaan ini mungkin akan dilarang pada 2018 pula agaknya.
Huduh oii
Huduh oii
kalau tgk ducati byk buat rnd dr segi aerodinamik ni. winglet dia kena banned, degil pegi buat hammerhead pulak. nampak komited nak jadi pioneer dalam teknologi motogp. biar la hodoh asalkan menang. lagipun ni pertandingan lumba, bukan ratu cantik.
Hope Ducati menang banyak
Dpt perkataan baru hari ni.
Reraup
Dorna ni pon lurus bendul. Sembang winglet banned. Tapi muncul lagi makhluk yg terjojol keluar drpd fairing. Kalau la ducati still guna ni, memang bole digelarkan moto ikan
hammerhead shark