Triumph Motorcycles Malaysia baru sahaja mengumumkan harga bagi lima model terbaru untuk tahun 2017. Kesemua model ini akan sampai di tanah air dalam masa terdekat kecuali model Street Triple 800 S yang akan hadir sedikit lambat dari yang lain (dengan harga anggaran dibawah RM50,000). Dibawah adalah senarai model-model 2017 bersama harga mereka.
2017 Triumph Street Triple R dan RS
Ramai yang telah mengetahui tentang keluaran terbaru dari Triumph iaitu 2017 Triumph Street Triple 765.
Bagi model ini, terdapat beberapa varian yang bermula dengan Street Triple R LRH (Low Ride Height) pada harga RM58,900 (harga asas bersama GST). Street Triple RS pula boleh didapati dengan harga RM66,900 (asas bersama GST). Street Triple R kali ini menawarkan 11.3% lebih kuasa pada 115hp @ 12,000rpm. RS pula mempunyai 16% lebih kuasa pada 120hp @ 11,700rpm.
2017 Triumph Bonneville Bobber
Model moden klasik terbaru dari Triumph adalah Bonneville Bobber. Bobber ini mempunyai rekabentuk ala 70an dengan gaya yang simplistik, rendah, bar pemegang yang lebar dan juga bahagian belakang gaya hard tail. Kedudukan menunggang untuk Bobber juga boleh dilaras mengikut citarasa penunggang.
Walaupun ia menggunakan enjin 1,200cc yang sama dengan Bonneville T120, ia telah dilaras khas untuk bunyi dan rasa unik untuk Bobber terbaru Triumph dan hanya perlu diservis setiap 16,000km. Harga yang ditawarkan bagi 2017 Triumph Bonneville Bobber adalah RM74,900 untuk warna tunggal dan RM75,900 untuk pilihan dwi warna (harga asas dengan GST).
2017 Triumph Bonneville T100 dan T100 Black
Boleh dikatakan model yang paling diminati dikalangan pengguna Triumph di Malaysia, kedua-kedua motorsikal ini mempunyai gaya dan rekabentuk seakan model premium dari Triumph iaitu T120. Dilengkapi dengan enjin 900cc baru, ia sekarang mempunyai lebih banyak tork, penjimatan dari penggunaan bahan api dan bunyi ekzos yang lebih merdu dan mendalam. Harga T100 dan T120 untuk 2017 ialah RM63,900 untuk warna hitam Jet Black dan RM65,900 untuk pilihan dwi warna (harga asas dengan GST).
2017 Triumph Street Cup
Juga berasas dari barisan Bonneville, Street Cup terbaru merupakan model baru yang direkabentuk dengan gaya, watak dan kehadiran sebuah cafe racer.
Dengan gaya seakan model Street Twin, ia mempunyai banyak karakteristik cafe racer seperti tempat duduk gaya bullet, penghadang angin dengan skim warna sama, cerman sisi dihujung bar pemegang dan juga beberapa bahagian seakan dari model Triumph Thruxton.
Pakej Street Cup “cafe racer” ini boleh didapati dengan harga RM65,900 (asas bersama GST).
Harga bagi Triumph Street Triple S dan Street Scrambler akan diumumkan dalam masa terdekat. Bagi yang berminat, boleh hubungi Triumph Motorcycles di +60379609007 untuk maklumat lanjut. Bagi anda di bahagian Selatan negara, anda boleh hubungi +6072073007 dan di Utara +6042273007. Triumph juga terdapat Kuching, Sarawak dan boleh dihubungi melalui nombor +60148877166 dan +60193088881 di Kota Kinabalu, Sabah.
Anda juga boleh TEKAN SINI untuk layari laman web utama Triumph Motorcycles Malaysia.
Mohd Jazreen Che Rahim
Saiful Azwal
bilo la bulih beli mugo nih…hihi