GALERI: 2017 HONDA BR-V SERBA BAHARU: CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800

HONDA MALAYSIA LANCAR BR-V SERBA BAHARU:
CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800

• Dengan rekaan luaran sebuah ‘SUV’ bersama ruang sebuah ‘MPV’, BR-V serba baharu menawarkan satu pilihan alternatif sebagai sebuah Crossover 7-tempat duduk yang bergaya dan praktikal
• BR-V serba baharu dilancar dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti ruang kargo paling luas, output enjin paling tinggi dan jarak ketinggian dari tanah tertinggi

Honda Malaysia (atau Syarikat) secara rasmi melancarkan sebuah Crossover 7-tempat duduk sepenuhnya yang bergaya dan praktikal, BR-V serba baharu. Honda BR-V (juga dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle) telah dibangunkan khas oleh pihak Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania. Ia menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.  

Berucap pada majlis pelancarannya, Ketua Pegawai Operasi, Operasi Serantau (Asia dan Oceania) Honda Motor Co., Ltd. yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., En. Noriaki Abe berkata, “ASEAN adalah pasaran yang berkembang pesat dan berkepelbagaian walaupun pertumbuhan yang perlahan pada tahun lepas. Kami percaya bahawa peningkatan populasi dan kuasa beli berterusan mampu menyumbang kepada pertumbuhan pasaran kenderaan di rantau ini. Sebenarnya, jualan Honda mencatat lonjakan besar di rantau ini dalam tempoh lima tahun, daripada 240,000 unit kepada lebih 400,000 unit dengan peningkatan sebanyak hampir 70%.”

“BR-V serba baharu yang dilancarkan hari ni telah dibangunkan khas untuk rantau Asia dan Oceania, terutama untuk pelanggan-pelanggan yang memerlukan ruang yang lebih besar. Kami menjangka bahawa permintaan kenderaan SUV dan utiliti akan meningkat, mencerminkan kehendak pelanggan di rantau ini. Kami percaya bahawa BR-V serba baharu akan memuaskan kehendak pelanggan yang menginginkan kenderaan yang mampu memuatkan 7 orang dengan selesa, serta menawarkan pemanduan selesa atas pelbagai keadaan jalan raya di Malaysia,” tambah En. Abe.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkongsi kejayaan Honda Malaysia pada tahun 2016 apabila menjadi jenama Bukan Nasional pertama mencapai posisi No. 2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dengan mengakhiri tahun lalu dengan perkongsian pasaran sebanyak 15.8% dan jualan sebanyak 91,830 unit, melebihi daripada sasaran mereka iaitu 90,000 unit. Hasil daripada pencapaian ini, Malaysia berjaya mencatat kadar perkongsian pasaran kedua tertinggi diantara operasi Honda di dunia.

BR-V serba baharu dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah “Honda Earth Dreams Technology” untuk meningkatkan penjimatan bahan api serta menawarkan prestasi pemanduan lebih baik.

Padat dengan pelbagai ciri praktikal dan nilai tambah yang pastinya menarik minat golongan berkeluarga, BR-V serba baharu tidak berkompromi dengan penampilannya. Rekaan bahagian luaran sebuah SUV itu menyerlahkan penampilan yang aktif dan lasak manakala reka bentuk solid wing pada bahagian hadapan kelihatan begitu kemas dan bergaya. Satu set rim aloi dua tona bersaiz 16”, Rel Bumbung dan Lampu Nyalaan Siang (DRL) melengkapkan lagi rupa dan rasa sebuah SUV yang lasak. Kamera dan alat pengesan ketika mengundur juga ditawarkan pada Crossover 7-tempat duduk ini demi memberi kemudahan kepada pelanggannya.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam BR-V serba baharu, anda akan dapat merasai material yang bergaya dan berkualiti tinggi, ruang dalaman luas dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang. Varian V tampil dengan lebih menarik menerusi pelbagai ciri premium untuk segmen B seperti Paparan Audio bersaiz 6.1” dan Pendingin Hawa Automatik, Butang Penghidup Enjin dan Kemasukan Pintar, kemasan kulit, stereng dibalut kulit dan butang kawalan audio.

Bukan itu sahaja, praktikaliti BR-V serba baharu diserlahkan lagi menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk di mana tempat duduk baris kedua boleh dilipat dan dinaikkan (One Touch Tilt & Tumble) menjadi konfigurasi 60:40 dengan hanya satu sentuhan mudah manakala tempat duduk baris ketiga pula hadir dengan konfigurasi Tilt & Tumble 50:50.

Sebanyak 11 pemegang tempat minuman jelas memberi kemudahan kepada sebuah keluarga yang besar tanpa perlu kompromi dengan aspek ruangnya.

BR-V serba baharu terkenal dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti memiliki ruang kargo paling luas (223 liter apabila semua tempat duduk dinaikkan, 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat), output enjin paling tinggi (120PS) dan jarak ketinggian dari tanah sehingga 201mm. Honda Malaysia telah menjadikan BR-V serba baharu sebagai sebuah kenderaan yang sangat mampu milik, pada masa yang sama padat dengan pelbagai nilai tambah. Dengan pengenalan BR-V serba baharu, Honda Malaysia kini menawarkan rangkaian lengkap kenderaan utiliti menerusi model SUV iaitu CR-V, HR-V sebagai Crossover Kompak dan akhir sekali, BR-V serba baharu sebagai sebuah Crossover 7-tempat duduk.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan Honda ketika membangunkan BR-V serba baharu.
BR-V serba baharu telah diiktiraf lima bintang keselamatan oleh ASEAN NCAP dan dilengkapi dua Beg Udara Hadapan SRS, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Pendakian (HSA), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD) dan ISO Fix.

BR-V serba baharu turut menerima penambahbaikan dari segi bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang merangkumi bahagian Bulkhead (BHD) untuk mengurangkan bunyi; penebat pada bahagian dalam kemasan bumbung, hud dan pintu selain menambah baik aspek getaran pada stereng. Hasilnya, BR-V serba baharu dapat menawarkan kualiti pemanduan yang senyap dan selesa untuk seisi keluarga.

Honda Malaysia menawarkan BR-V serba baharu dalam dua varian iaitu E dan V. Kedua-dua varian ini direka untuk memenuhi keperluan berbeza dalam kalangan pelanggan BR-V serba baharu. Varian E ditawarkan pada harga RM85,800 (Harga Atas Jalan dengan Insurans), manakala varian V pula berharga RM92,800 (Harga Atas Jalan dengan Insurans) seunit.

BR-V serba baharu didatangkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic), Putih (Taffeta White) dan warna baharu, Perang (Golden Brown Metallic).

Sasaran jualan BR-V serba baharu ialah 800 unit sebulan.

BR-V serba baharu juga hadir bersama tiga pakej aksesori yang versatil untuk meningkatkan lagi eksklusiviti dan praktikaliti kenderaan ini. Pakej Utiliti yang ditawarkan pada harga RM1,280 merangkumi Visor Pintu, bekas pada bahagian kargo, Trunk Organiser, Pelindung Cahaya Matahari dan Filem Perlindungan pada pintu. Pakej Urban yang terdiri daripada Spoiler Belakang, Pemijak Sisi dan Kemasan Pemijak Kaki ditawarkan pada harga RM2,945. Sementara Pakej Modulo yang berharga RM3,750 pula menawarkan kemasan pada bahagian hadapan dan belakang, selain Skirting Sisi serta Spoiler Belakang.

Di samping harga BR-V serba baharu yang begitu menarik, Honda Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan selang servis 10,000km di mana-mana 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

BR-V serba baharu ditawarkan dalam satu pakej lengkap merangkumi aspek keselamatan, jarak ketinggian dari tanah yang tinggi, ruang kabin luas dan prestasi terbaik – bermula dari RM85,800. Honda Malaysia percaya bahawa pihaknya telah membuatkan BR-V serba baharu begitu mampu milik kepada semua pelanggannya, menjadikan BR-V serba baharu sebagai Crossover 7-tempat duduk pilihan buat para keluarga di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai BR-V serba baharu atau ingin menempah sesi pandu uji, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda berhampiran, hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “GALERI: 2017 HONDA BR-V SERBA BAHARU: CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800”

Leave a Reply