Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2017

Kawasaki Motors Malaysia sedang menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2017. Kempen yang bertema “Jelas Dilihat, Selamat Tunggangan”. Kempen ini sedang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Tol Sungai Besi (arah Selatan) yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi. Kempen ini akan berlangsung sehingga pukul 5 petang hari ini.

Kempen keselamatan jalan raya Kawasaki kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Turut menyertai majlis perasmian ini adalah Encih Wee Hong, Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), YB. Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar Pengarah Kawasaki Motors Malaysia dan juga wakil-wakil dari JPJ, KKR, PLUS, PDRM, JKJR,  Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, AEON Credit Service, KHI Helmet, Bridgestone dan lain-lain.

Tujuan kempen ini dijalankan oleh Kawasaki sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya terutamanya penunggang-penunggang motorsikal. Menurut statistik dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 60 peratus kemalangan jalan raya melibatkan motosikal.

Objektif Kempen Keselematan Jalan Raya 2017menekankan kepada aspek keselamatan motorsikal, penyelenggaraan dan juga dari segi pemakaian yang lebih jelas. Pengguna motorsikal yang mendaftar untuk pemeriksaan motorsikal secara percuma hari ini juga mendapat helmet dan jaket berpantulan cahaya yang baru.

Dengan jentera dan pemakaian yang selamat, harapan Kawasaki dan juga pihak-pihak yang terbabit berharap usaha kempen kali ini dapat mengurangkan kadar kematian di jalan raya terutama ketika musim perayaan.

Pengguna motosikal yang mengambil bahagian dalam kempen hari ini akan mendapat pemeriksaan keselamatan pada 16 bahagian motosikal mereka secara percuma bagi semua jenis jenama dan model motorsikal. Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh juruteknik-juruteknik Kawasaki yang terlatih.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

7 Replies to “Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2017”

Leave a Reply