2017 Kawasaki Z650 – 68hp dari 2-silinder

2017-kawasaki-z650-01

Kawasaki meneruskan usaha mereka untuk memikat hati pengguna jentera roda dua di seluruh dunia dengan mengemaskini model-model popular mereka dan kali ini, mari kita lihat pula pada jentera dari siri Z iaitu Kawasaki Z650.

2017-kawasaki-z650-engine-01

Kawasaki Z650 hadir dengan enjin 2-silinder selari berkapasiti 649cc ditala untuk keseronokan pada 3,000 – 6,000RPM yang mampu memberikan kuasa 68hp, yang mana sangat sesuai sebagai jentera pertengahan (mid-range). Kawasaki juga menyatakan bahawa enjin juga 6.8% lebih jimat dengan kadar penjimatan pada 23.4km/l.

2017-kawasaki-z650-suspension-01

Suspensi belakang menerima penambahbaikan dengan penggunaan ‘Horizontal Back-link Rear Suspension‘ yang mana memberikan keselesaan pada perjalanan jauh dan cengkaman yang baik semasa pembelokan dengan serapan hentakan yang baik. Suspensi depan pula hadir saiz yang besar pada 41mm.

2017-kawasaki-z650-meter-01

Panel meter yang digunakan adalah sama dengan Kawasaki Ninja 650 yang menggabungkan analog dan digital yang lebih moden dan senang dibaca. Penunjuk gear juga ada dipaparkan pada bahagian tengah meter ini.

2017-kawasaki-z650-frame1

Rangka kali ini menggunakan rangka Trellis yang tegar sama seperti Ninja 650. Berat Z650 ABS adalah 187.1kg manakala untuk non-ABS 185kg. Berdasarkan nilai ini, Kawasaki Z650 adalah 15-20kg lebih ringan berbanding dengan ER-6n. Sudut kaster adalah 24.5-darjah memberikan kawalan yang dirasakan lebih ringan.

2017-kawasaki-z650-004

Z650 pasti boleh menjadi jentera popular di Malaysia sekiranya harganya sesuai kerana menepati citarasa pengguna jentera roda dua di Malaysia ini terutamanya yang selalu berulang-alik dari kerja dalam 50km setiap hari.

2017-kawasaki-z650-002

Warna hijau limau juga ada disediakan oleh Kawasaki yang dijangka akan memperkenalkannya pada EICMA, November ini. Lihat lengan ayun pada belakang Z650 ini, mengingatkan kita semua kepada lengan ayun pisang, bukan?

2017-kawasaki-z650-003

Warna hitam pun menarik juga. Hanya akan hadir pada November 2016 di EICMA.

Sumber: Young Machine FB and TMCBlog

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]