2017 Kawasaki Ninja 650 – asas dari ER-6f

Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal.

Kawasaki Ninja 650 direka dengan garisan-garisan tajam yang lebih mirip kepada jentera adi sukan  iaitu ZX-6R dan secara keseluruhannya rekaan ini lebih kemas.

Lampu hadapan berkembar mengingatkan kita kepada Ninja 250, namun rekaan lampu ini lebih sepet dan tajam di bahagian atasnya.

Panel meter kelihatan moden dengan kombinasi analog untuk meter RPM dan digital untuk meter kelajuan. Penunjuk kedudukan gear juga ada disediakan di tengah-tengah panel meter ini. Kawasaki benar-benar mendengar dan semakin memahami apa yang pengguna mahukan.

Rekaan lampu belakang mempunyai sedikit bentuk ‘X’ yang ringkas.

Palam kuasa juga disediakan untuk memudahkan pengguna jentera ini mengecas telefon atau peralatan navigasi semasa perjalanan jauh ke tempat yang tidak diketahui.

Boleh juga dimuatkan beg tangki jika perlu dan alangkah baiknya sekiranya beg ini diberikan sekali dengan pembelian jentera ini

Gerakan Ninja 650 ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder selari dengan 8 injap DOHC

Jika dibandingkan dengan model 2016, Ninja 650 ini mempunyai daya kilas yang lebih linear dan kuasa yang lebih tinggi

Rangka Ninja 650 ini berasaskan rangka Trellis tiub silinder yang sememangnya tegar namun tidak seringan rangka ‘twin spar’ dari aluminium

Sistem gear adalah 6-kelajuan dan dipasangkan dengan sistem klac ‘assist and slip’ untuk lebih kawalan

Selain dari kuasa yang lebih, daya kilas yang lebih linear dan rangka yang lebih tegar; Kawasaki juga tetap memastikan jentera Ninja 650 ini lebih jimat penggunaan berbanding dengan model 2016

Aksesori pelindung enjin juga disediakan untuk Ninja 650 ini

Gambaran tekanan yang dialami oleh rangka dan suspensi belakang semasa pembelokan

Hadir dalam 4 warna. Pearl Blizzard White

Metallic Spark Black

Candy Burnt Orange 

Lime Green

Sumber: Kawasaki Heavy Industries

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]