Kawasaki akan menerima jentera naik taraf Z800 pada November ini di Milan dengan hadirnya Z900.
Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS).
Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda harga yang sangat berbaloi. Lihat saja jentera Z800 dimana harganya pada masa ia diperkenalkan adalah RM47k+, hampir separuh harga dari jentera berkuasa 800cc dari jenama lain.
Siri Z adalah jentera untuk jalanan (street naked) yang mempunyai enjin terdedah dengan rangka yang kelihatan ‘raw’.
Tidak mustahil untuk melihat model ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun hadapan kerana Kawasaki Malaysia Sdn Bhd sangat agresif dengan pemasarannya. Ninja H2 pun dibawa masuk, inikan pula Z900. Tetapi ini sekadar pendapat peribadi saya saja ya.