2017 Suzuki GSX-R125 – revolusi GSX-R dalam kategori 125cc

gsx-r125-r150-44

Suzuki telah melancarkan jentera dalam kategori ringan (lightweight) berkapasiti 125cc. Suzuki mengatakan ini adalah jentera yang menjadi revolusi GSX-R125 dalam kategori ini yang sebelum ini tidak menjadi fokus kepada Suzuki. Seingat saya pada 90an ada jentera Suzuki dengan nama GSX iaitu GSX110, namun itu adalah kapcai sahaja. 

gsx-r125-r150-38

Hadir dalam 3 pilihan warna iaitu biru dengan grafik Suzuki ECSTAR, Brilliant White dan Solid Black dengan kilauan 50%.

gsx-r125-r150-40

Warna Solid Black nampak sungguh mysterious.

gsx-r125-r150-43

Wujudnya jentera Suzuki GSX-R125 ini menguatkan lagi khabar bahawa Indonesia akan melancarkan jentera GSX-R150 dalam masa terdekat dan mungkin jentera ini adalah asas kepada GSX-R150. Tidak sukar untuk Suzuki mengubah sedikit konfigurasi, talaan dan kapasiti enjin untuk memuatkan 150cc kebuk pembakaran ke dalamnya.

screenshot127

Rupabentuk yang tajam dengan lampu hadapan yang garang.

gsx-r125-r150-018

Lampu hadapan GSX-R125 ini diberikan cahaya oleh sistem LED yang lebih cerah dan tahan lama.

gsx-r125-r150-014

Brek hadapan untuk model Eropah ini disertakan dengan pengesan kelajuan untuk memuatkan data kepada ABS.

gsx-r125-r150-020

Peredam ekzos dibina dengan menggunakan dua lubang pengeluaran asap ekzos dan penutup yang berwarna emas.

gsx-r125-r150-019

Suzuki memilih untuk memuatkan meter digital untuk data kepada penggunanya. Jangan risau kerana ada penunjuk kedudukan gear disertakan.

gsx-r125-r150-016

Satu perkara yang agak baru bagi GSX-R125 ini adalah penggunaan sistem penghidup tanpa kunci.

gsx-r125-r150-015

Hanya letak kunci dalam saku anda, dan apabila anda dekat dengan jentera anda, hanya pusingkan suis di depan tangki untuk menghidupkan motor ini.

screenshot128

Suzuki mengatakan bahawa GSX-R125 ini adalah jentera teringan dalam kelas 125cc dan kita mungkin akan tertanya-tanya mengapa Suzuki ingin mencapai ‘keringanan’ tersebut. Jentera yang ringan akan memberikan lebih kawalan semasa membelok dalam litar dimana jentera ini boleh dibrek dengan lebih lambat dan dapat menerima kelajuan dari enjin dengan lebih cepat. Jentera yang ringan juga memberikan kurang rintangan kepada penunggang untuk membelokkan jentera terutama dalam pusingan ‘S’. Lebih ringan, lebih kawalan.

Tapi anda semua mesti nak tanya berapa top speednya, kan? Hahaha…

Spesifikasi Teknikal Suzuki GSX-R125:

  • Overall Length 1,975mm (77.8 in)
  • Overall width 670mm (26.3 in)
  • Overall height 1,070mm (42.1 in)
  • Wheelbase 1,300mm (51.2 in)
  • Ground clearance 150mm (5.9 in)
  • Seat height 785mm (30.9 in)
  • Curb mass N/A
  • Engine type 4-stroke, 1-cylinder, liquid-cooled, DOHC
  • Bore x Stroke 62.0mm x 41.2mm (2.4 in x 1.6 in)
  • Engine displacement 124.4  cc (7.6 cu in)
  • Compression ratio N/A
  • Fuel system Fuel injection
  • Starter system Electric
    Lubrication system Wet sump
  • Transmission 6-speed, constant mesh
  • Primary reduction ratio N/A
  • Final reduction ratio N/A
  • Front suspension Telescopic, coil spring, oil damped
  • Rear suspension Link type, coil spring, oil damped
  • Rake / trail 25.5 ̊ / 93.3mm (3.7 in)
  • Front brake Disc (Petal)
  • Rear brake Disc (Petal)
  • Front tire 90/80-17M/C, tubeless
  • Rear tire 130/70-17M/C, tubeless
  • Fuel tank capacity  11.0L (2.9 / 2.4US / lmp gal)

Sumber: http://tmcblog.com/2016/10/04/suzuki-gsx-r125-pilihan-warna-dan-spesifikasi-resmi-buat-bayangan-suzuki-gsx-r150/

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]