2017 Kawasaki Ninja 250 / ABS Special Edition / ABS KRT Edition di perkenalkan di Jepun

2017-Kawasaki-Ninja-250-ABS-SE-01

Kawasaki Heavy Industries (KHI) Japan, memperkenalkan versi 2017 untuk model Ninja 250. Tiga varian grafik telah dipersembahkan sekali iaitu varian Ninja 250 non-ABS, Ninja 250 ABS Special Edition dalam warna merah dan Ninja 250 ABS Kawasaki Racing Team (KRT) Edition.

2017-Kawasaki-Ninja-250-blue-002

Dua warna untuk model Ninja 250 diperkenalkan iaitu warna biru dan hitam. Grafik pada model ini lebih bersih dan tidak mempunyai jaluran-jaluran seperti model sebelumnya.  

2017-Kawasaki-Ninja-250-ABS-SE-002

Model Ninja 250 ABS Special Edition hanya datang dengan warna merah dhiasi dengan perkataan ‘Ninja’ yang besar pada sisi reraupnya. Dapat dilihat juga jaluran merah pada rim tayar ini. Model ini dilengkapi dengan ABS.

2017-Kawasaki-Ninja-250-KRT-01

Satu varian lagi yang dilengkapi dengan ABS adalah Kawasaki Ninja 250 ABS KRT Edition yang hadir dengan hiasan untuk memperingati kejayaan Kawasaki dalam siri perlumbaan. Namun begitu, tiada grafik penaja yang disertakan pada varian ini. Jaluran hijau ada pada rim tayar ini.

2017 Kawasaki Ninja 250 Biru

2017 Kawasaki Ninja 250 Hitam

2017 Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition

2017 Kawasaki Ninja 250 ABS KRT Edition

 

Sumber: http://www.kawasaki1ban.com/news_topics/13788

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]