Tiada Kad Pendaftaran Kenderaan bermula 1 Jun 2016 – kini Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

image

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) bermula 1 Jun. Sekiranya anda mendaftar kenderaan baru bermula tarikh ini maka anda akan mendapat VOC ini.
Penggunaan VOC ini adalah untuk memudahkan urusan dengan pihak JPJ dimana maklumat urusniaga tidak lagi dicetak, tetapi disimpan dalam pengkalan data JPJ. 

image

Pemilik RC juga akan menerima VOC apabila mereka memperbaharui cukai jalan mereka bermula 1 September 2016 nanti.

image

Manakala pada 1 Januari 2017, JPJ menawarkan VOC kepada pemilik RC yang ingin menukarkannya secara sukarela.

Harapan kami kepada JPJ dengan pengenalan VOC ini adalah agar urusan JPJ lebih mudah dan cepat. Begitu juga dari aspek keselamatan dokumen pendaftaran ini boleh mencegah kenderaan klon dan juga geran yang tidak sah.

Sumber: FB JPJ

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

3 Replies to “Tiada Kad Pendaftaran Kenderaan bermula 1 Jun 2016 – kini Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)”

  1. Dulu sungguh senangkan org tapi sistem la susahkan org. Padahal rasuah klon tetap boleh buat jgk. Sistem jpj pon bukan wujud dgn sendirinya melainkan manusia yg menciptakan. Jd canggih mna pon teknologi tetap ada kelemahan. Klau pekerja jpj buat kerja dgn jujur sudah tentu xda kes kereta klon.

Leave a Reply