Siapa yang tak kenal dengan helmet jenama SGV di Malaysia ni? Harga yang murah dengan kualiti yang tinggi sememangnya menjadi pilihan penunggang motosikal disini. Kini, Solid Gold Helmets membawakan helmet edisi terhad SGV dengan warna ‘Champion Gold’ untuk peminatnya. Setiap helmet ditandakan dengan stiker khas pada bahagian tepi helmet ini untuk memberikan maklumat bahawa helmet ini sememangnya terhad dalam pengeluarannya.
Sijil keaslian yang khas juga diberikan dengan setiap pembelian helmet ini untuk membuktikan kesahihan pembelian anda.
Kemasan dalamannya turut menerima sentuhan yang lebih baik dengan lapik fabrik berwarna seakan emas (cream) yang nampak lebih selesa. Kemasan kulit (atau seakan kulit) pada bahagian tepi juga memberikan aura kemewahan.
Sistem butang untuk ‘cap’nya masih lagi 3 butang, tetapi pada pendapat saya, sangatlah menarik jika dibuat 5 butang seperti helmet yang ‘rare’ seperti Magnum V Button.
Sistem penguncian menggunakan sistem D-berkembar (double-D) dengan tab merah untuk menyenangkan lagi untuk membukanya. Tab merah ini merupakan sentuhan kemasan yang menarik dan memberikan fungsi yang bagus. Tidak nampak disini adalah jalur velkro yang mengelakkan tali helmet tersebut berjuntai-juntai.
Stiker reflektif juga dipasang di sekeliling helmet ini berwarna biru dari 3M yang memberikan refleksi yang cemerlang dalam perjalanan pada keadaan yag kurang pencahayaan terutamanya pada waktu malam.
Harga dan tarikh pelancarannya belum dapat dipastikan lagi.
Tahniah kepada Solid Gold Helmets kerana membawakan sesuatu yang asli dari kilang anda untuk pasaran tempatan yang dahagakan sesuatu yang asli dan Buatan Malaysia!
Sumber: Helmet Holic Malaysia dan Solid Gold Helmet FB
Park double stand..
dh blh standby nk cari Muhammad Ammar
itu la tu . risau takprsn plak . ape2 kau roger
RM480… -_-
ajet2 magnum…tp slesa pali,hehehhehe
dia pon nk wat re gak.puih
ฟญตฤFariq Wajdi๐มแบช_ภ
Mohd Zalani… Amik ni..
Park
Button tembaga ke admin? Nmpk mcm tembaga?
Kalau dah keluar tlg bagitau admin…nak angkat satu
Kalau blh sgv wat kan helmet 5 button sekali dgn visor mati bob heath 2 tone. Xnk lock pakai klip. DD ring jugak.
Fitri Ahnaf
Huhuhu …jgnlah berharap harga dia nk jadi yg bukan bukan…
Rhamzy Rizqy simpan utk masa depan
Hairul Azizi
Sgv sekarang tak guna d lock, cuma guna yg plastic lock bukan?
Ade.. Tp rare.. Dulu aku ade sgv merah special edition xsilap dgn cap kaler kuning. Tp sayang helmet tersebot kene rembat.
Sangat limited…???
Marc Jue Raybaners MJ blh tolg kot
Berapa harga ni
Saiful Wahab
Design helmet ini dah ada dipasaran sekarang, cuma warna cengkerang helmet dan kain pelapik dalam helmet yang berbeza. Nampak cantik walaupun tanpa cap dan visor (di jual asing)
Ahmad Luqman cari mai kat aku dua bijik
Mat Faiz Wahab cari mai dua bijik
LTD SGV Helmets limited!
Kat mana nak dptkan helmetni?
Izzat Ibrahim
Bani Fatah