Edisi BM: Review Suzuki Nex 115

SuzukiNex115

‘Edisi BM’ is our new section that uses Malay language (or Bahasa Melayu hence the short: BM). Here is our first Edisi BM with the review of Suzuki Nex 115 which has appeared in Kapcai Magazine October 2012 bil. 123. I have requested from the editor, Ghani, for the permission to publish this review onto this blog. For international readers, you can use Google Translate to read it. Happy reading or Selamat Membaca!

Suzuki Nex 115 – Keringkasan dalam kesempurnaan

Ringkas tetapi menghampiri kesempurnaan. Itulah ayat poyo gua bila bercerita mengenai skuter ini. Suzuki Nex merupakan skuter terbaru di pasaran yang pada mulanya gua tengok macam biasa-biasa saja. Tetapi setelah gua tengok iklan di majalah ni (Kapcai), blog di Indonesia dan Thailand, semua orang mengatakan bahawa skuter ini adalah antara yang terbaik dalam kelasnya. Bila gua periksa spesifikasi dan maklumat mengenai Nex ini, gua baru dapat tahu bahawa Nex ini mempunyai kuasa setinggi 6.9kW. Jumlah ini adalah besar berbanding dengan skuter lain malah lebih besar juga dibandingkan dengan moped lain yang mempunyai kapasiti enjin yang sama. Pada suatu masa dulu, gua masih ingat dengan kewujudan skuter yang popular dari Suzuki iaitu VS125 dan VR150 dimana pada masa itu skuter Suzuki cukup menguasai jalanraya kerana tidak ada skuter yang berkuasa setinggi itu di Malaysia. Kalau ada pun cuma Yamaha Pasola 50cc itu. Setelah beberapa dekad, penguasaan Suzuki semakin menurun kerana tiada model naik taraf skuter VS125 dan VR150 dalam jangkamasa yang lama. Kemudian, Suzuki terus cuba meneruskan lagenda skuter dengan pengenalan Skydrive dan Step 125. Namun begitu, pengenalan dua model tersebut akan diungguli oleh model Nex ini kerana gua mengagak bahawa Suzuki Nex ni akan jadi salah satu skuter terbaik Suzuki. 

Suzuki-Nex-Malaysia-002

Nex mempunyai ciri-ciri keseronokan yang kini sudah susah untuk dicari. Ia adalah sebuah skuter yang berkuasa tetapi amat menjimatkan. Perkara ini adalah cukup kontra bagi sebuah skuter malah gua tidak pernah percaya skuter boleh menjadi lagi jimat daripada moped. Ada sesetengah skuter yang hanya mampu bergerak sejauh 60-70km sahaja. Walaupun skuter biasanya mempunyai enjin sebesar 110cc, biasanya ia akan menggunakan minyak banyak daripada moped yang mempunyai cc yang sama sepertinya. Gua pun tak berapa pasti kenapa hal ini berlaku sebab pada mula gua kenal dunia skuter ni, gua ingat skuter ni memang jimat, rupanya tidak. Berdasarkan pemerhatian gua, gua ingat skuter ni kuat makan minyak sebab sistem gear automatiknya dan penggunaan tayar yang kecil yang menyebabkan tayar tersebut terpaksa berpusing dengan lebih banyak putaran untuk setiap kilometer. Tu anggapan gua jela.

Suzuki-Nex-Malaysia-018

Tapi halnya cukup berbeza dengan Suzuki Nex 115 ni. Suzuki Malaysia mengiklankan Nex ini mempunyai penjimatan petrol yang cukup bagus dalam kelasnya. Selepas gua baca iklan ni, gua agak musykil, tapi seperti yang gua beritahu tadi, blog di Indonesia dan Thailand memuji Suzuki Nex ini dari segi penjimatan minyaknya. Gua bernasib baik kerana dapat menguji skuter Nex ini setelah mendapat mesej daripada bro Ghani Arafatz. Suzuki Nex ini hadir dalam tiga warna iaitu Merah agak-agak pink, putih dan hijau. Semasa gua nak pergi ambil skuter ni, gua amatlah berharap bukan warna merah agak-agak pink tu yang Ghani nak bagi test. Sekali anggapan gua meleset kerana skuter tu memang warna merah agak-agak pink. Gua tak ada masalah dengan warna ni sebenarnya, cuma warna faveret gua adalah warna putih dan tambah-tambah plak dengan gua yang perasan macho, rasa macam pink ni terlalu sentimental Richard Clayderman gitu. Warna merah pink ni cantik jugak sebenarnya setelah gua amati lama-lama dan teramatlah sesuai bagi pemandu perempuan. Bukan hanya kerana warnanya sahaja tetapi juga disebabkan tempat duduknya yang lebih rendah daripada skuter-skuter yang lain. Ini akan memudahkan lu orang semua untuk naik dan turun daripada skuter ini dan amat senang semasa berhenti di lampu trafik. Kalau lu orang naik motokros macam Ghani tu, korang tau la apa perasaan terpaksa berjungkit untuk menahan motor lu orang daripada jatuh semasa berhenti di lampu trafik. Tambah-tambah kalau lampu trafik tu lambat nak hijau. Gua cuma nak buat perbandingan mengenai keselesaan Suzuki Nex yang mempunyai tempat duduk yang rendah dan motor yang mempunyai tempat duduk yang tinggi, lu orang jangan marah gua plak ye.

Suzuki-Nex-Malaysia-022
Setelah gua redha menerima Suzuki Nex yang berwarna merah itu, gua pun memulakan ujian gua. Ujian yang paling gua nak tahu keputusannya adalah ujian penjimatan minyak. Odometer motor ni menunjukkan 420km semasa gua mula-mula ambil dan pengisian minyak seterusnya adalah pada odometer 519.7km. Namun begitu, setelah gua isi penuh tangki Nex ni, gua tengok baru 2.35liter yang diisi sedangkan kapasiti penuh tangki Nex ini adalah 3.5liter. Ini bermakna Suzuki Nex ini mampu bergerak dalam anggaran sejauh 120km dalam satu tangki penuh! Jumlah ini adalah salah satu jumlah cukup mengujakan gua sebagai penguji dan pemilik skuter sebelum ini. Hebat. Itu sebab gua cakap Suzuki Nex akan menggungguli Skydrive dan Step 125. Penjimatan petrolnya memang cukup hebat. Harus juga diberitahu kepada lu orang semua bahawa gua memang bawak skuter ni dengan keadaan ganas tanpa mempedulikan pemanduan gaya jimat tetapi masih lagi skuter ini mampu bergerak sejauh 100km lebih dengan satu tangki penuh.

Suzuki-Nex-Malaysia-006
Bagaimana dari segi kuasanya? Sebelum gua test skuter ni, ada 2 orang mekanik di tempat gua cakap yang Suzuki Nex ini antara skuter paling pikap yang pernah diorang bawak. Bila gua cakap macam ni, lu orang jangan ingat pikap motor ni macam motor Belang R150 pula sebab itu dah dalam kategori lain. Paling pikap disini bermaksud jika dibandingkan dengan skuter yang sekelas dengannya. Memang betul. Nex mempunyai kuasa sebesar 6.9kW yang sememangnya perlu dihormati dari enjin sekecil 115cc. Ada moped lain dengan 115cc cuma mempunyai 6.0kW. Apa yang lebih penting adalah kuasa ini memang dapat dirasai apabila anda menunggang Nex ini. Setelah Nex mula bergerak anda akan dapat rasa begitu senang untuk mencapai kelajuan sehingga 60-80km/j dan pada kelajuan ini enjin akan rasa begitu lembut dan deruan angin tidak begitu kuat. Gua memang suka bawa Nex dalam kelajuan ini sebab ia akan terasa begitu lincah dan senang nak mengambil selekoh. Kelajuan tertinggi bagi Nex ini juga adalah antara yang tertinggi bagi sebuah skuter iaitu 110km/j (untuk capai kelajuan ni, gua dah tunduk ala-ala cub prix). Gua juga ada mencuba untuk mendaki Bukit Jugra yang agak curam dengan Nex bersama anak gua dan hasilnya Nex ini cukup berkuasa untuk membawa gua naik ke puncak dengan tiada masalah. Malah, gua tak payah pun nak pulas minyak kuat-kuat. Masa gua test drive skuter ni di jalan raya, gua ada juga cuba potong 2 buah motor SS dan memang gua berjaya pun potong diorang. Memang cukup berkuasa Nex ni (tapi dalam hati gua, gua rasa penunggang SS tu bagi can kat gua je sebab nampak gua terdesak sangat nak potong diorang). Apa-apa pun, berhati-hati di jalanraya. Gua pun ingat orang tersayang semasa memandu uji Nex ni.

Suzuki-Nex-Malaysia-001

Satu perkara lagi yang gua amat respek pada Nex ini adalah sistem suspensinya. Suspensi depan dan belakang Nex ini adalah disediakan oleh Showa seperti selalu yang dibuat oleh Suzuki. Gua percaya sistem suspensi yang dipasang pada Nex ini adalah yang terbaik pernah Suzuki buat untuk skuternya. Ia sempurna. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Cukup keras untuk lu orang ambil selekoh cecah tongkat motor dan cukup lembut untuk menyerap hentakan bonggol atau lubang atas jalanraya. Sebenarnya, gua rasa amat pelik dengan suspensi Showa ini sebab terlalu sempurna. Mungkin juga berat gua dalam 62kg sesuai dengan keadaan pelarasan suspensi ini menyebabkan gua dapat rasa kesempurnaannya. Gua juga ada cuba bawa ganas dengan melanggar bonggol dan membrek lambat untuk mengelak lubang, tetapi semuanya berjaya diserap dengan baik oleh suspensi Nex ini. Gua ucap terima kasih la pada Suzuki sebab menghasilkan pelarasan(setup) suspensi yang terbaik yang pernah gua rasa pada sebuah skuter.

Suzuki-Nex-Malaysia-011

Dulu gua pun ada skuter, suspensinya memang tak berapa sempurna sampai gua rasa nak patah je tulang belakang gua kalau terlanggar, jadi gua amat berpuas hati sistem suspensi Nex oleh Showa ni yang memberikan keselesaan yang terbaik dan pengendalian yang terbaik. Kalau lu orang tak percaya, test drive dulu motor ni. Sistem brek Nex juga amat baik walaupun cuma mempunyai sistem brek cakera 1-piston pada bahagian hadapan dan brek dram pada belakang. Salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan brek ini adalah disebabkan oleh berat Nex ini yang cukup ringan. Suzuki telah banyak berfikir untuk mengurangkan berat motor dan ini dapat dilihat dengan penggunaan rim 3 batang yang jarang digunakan oleh mana-mana skuter.

Suzuki-Nex-Malaysia-005

Mengenai rim ini, ia adalah buatan Enkei dengan tulisan D3, jadi rim ini pastinya ringan dan berketahanan tinggi. Gua dah banyak kali cuba untuk brek lambat, brek kecemasan dan brek biasa-biasa untuk mengujinya, dan hasilnya amat memuaskan hati. Kombinasi brek dan suspensi yang terbaik berjaya menghasilkan skuter yang dapat membrek dengan cemerlang dalam apa jua keadaan. Pada pendapat gua, brek yang cemerlang adalah amat penting sebab ini akan memberikan keyakinan kepada gua untuk menunggang skuter ini dalam kelajuan tinggi dengan pemikiran bahawa sistem breknya dapat berfungsi mengikut kehendak gua. Dari aspek pengendalian, Nex memang sudah menghampiri kesempurnaan bagi sebuah skuter. Seandainya Suzuki mengambil ciri-ciri terbaik Nex ini dan menghasilkan sebuah skuter 150cc, gua yakin era kegemilangan VR150 akan muncul kembali.
Apa yang gua tulis ni memang hadir tulus dari hati gua tanpa berselindung. Gua cuma amat berpuashati dengan skuter ni walaupun nampak ayat gua tu macam ayat salesman je. Lu orang test drive dulu Nex ni, pastu baru lu orang tahu apa yang gua tulis ni betul ke tidak.

Suzuki-Nex-Malaysia-024
Ada skuter laju, tapi tak jimat minyak. Ada yang jimat minyak, tapi tak berapa laju. Ada jugak yang tak laju tapi tak jimat minyak pun. Nex memberikan sedikit kelajuan dengan penjimatan minyak besar dan pada masa yang sama wujud dengan sistem suspensi yang terbaik yang gua rasa pernah ada pada skuter 115cc.

Nota tambahan:

Ada beberapa perkara yang perlu saya tambah dalam review ini. Perkara pertama adalah sifat ringkas Nex ini menyebabkan ia kekurangan ciri-ciri yang biasa ada pada skuter yang lain. Gua dapat lihat ketiadaan SSS (Side Stand Switch) yang ada pada Honda Icon dan Yamaha Ego. Ia juga tidak mempunyai ruang bawah tempat duduk (U-box) yang dapat menempatkan helmet seperti Honda Spacy. Bagaimanapun, Nex masih lagi merupakan satu skuter perlu diberi perhatian apabila anda mengutamakan prestasi, keselesaan dan penjimatan minyak terbaik.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]