MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018

  • Tito Rabat bakal berpindah ke pasukan Reale Avintia Racing bagi musim MotoGP yang berikutnya pada tahun 2018.
  • Penunggang berusia 28 tahun yang berasal dari Sepanyol itu telah mengalami satu musim yang sukar setakat ini dengan pasukan semasanya, EG 0,0 Marc VDS di atas jentera Honda.
  • Rabat akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 yang telah diperolehi Avintia Racing dari pasukan pengilang Ducati yang telah digunakan oleh Andrea Dovizioso. Continue reading “MotoGP: Tito Rabat Menandatangani Perjanjian Bersama Avintia Ducati Bagi Musim 2018”

Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 

  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

Continue reading “Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!”

MotoGP: Dani Pedrosa Memenangi Grand Prix Ke-3000 Di Jerez; Marquez Dan Lorenzo Memenuhi Kedudukan Podium

  • Perlumbaan MotoGP ke-3000 menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) kekal sempurna dari awal hingga ke akhir perlumbaan untuk kemenangan yang klasik di Gran Premio Red Bull de España.
  • Marc Marquez (Repsol Honda) dan Jorge Lorenzo (Ducati Team) melengkapkan podium yang dipenuhi dengan penunggang Sepanyol di hadapan penyokong senegara mereka di Jerez.
  • Jorge Lorenzo telah berjaya menduduki podium buat kali pertama di atas jenteranya, Ducati Desmosedici GP17.

Continue reading “MotoGP: Dani Pedrosa Memenangi Grand Prix Ke-3000 Di Jerez; Marquez Dan Lorenzo Memenuhi Kedudukan Podium”