Video Superbike Ducati V4 Tersebar!

 

  • Media permotoran dari Belgium, MaxxMoto telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebuah superbike Ducati V4 yang baru melakukan beberapa pusingan di atas litar ujian.
  • Superbike keluaran Ducati janaan V4 yang akan muncul tiba ini mempunyai runut bunyi yang hampir sama dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun Honda RC213V.
  • Ia juga boleh dianggapkan yang Ducati yang baru ini akan menggunakan turutan pembakaran enjin “big bang” yang memberikan pengalaman menunggang yang amat unik berbanding dengan aturcara enjin V4 yang biasa.

Continue reading “Video Superbike Ducati V4 Tersebar!”

Motosikal Superbike Ducati V4 Baru akan Diperkenalkan Pada Bulan September?

  • Motosikal Superbike Ducati V4 yang baru mungkin sekali akan diperkenalkan lebih awal dari apa yang kami jangkakan berdasarkan sumber beberapa media permotoran Itali yang telah menerima jemputan ke sebuah acara Ducati pada 7 September 2017.
  • Acara yang dianjurkan oleh Ducati itu bersempena dengan pusingan MotoGP Misano yang akan berlangsung pada hujung minggu itu dari 8 hingga 10 September 2017.
  • Ianya telah dikatakan bahawa acara ini akan memperkenalkan “the sound of a new era” yang mana bagaikan merujuk kepada kemunculan enjin empat silinder motosikal superbike keluaran Ducati pada acara tersebut.

Continue reading “Motosikal Superbike Ducati V4 Baru akan Diperkenalkan Pada Bulan September?”

WorldSBK: Chaz Davies Mengalami Keretakan Tulang Belakang Ketika Kemalangan Di Perlumbaan 1 Misano

 

  • Semasa perlumbaan pertama untuk Pusingan Pireli Riviera Di Rimini WorldSBK di Misano, perlumbaan penuh aksi itu ditamatkan dengan Tom Sykes, Alex Lowes, dan Jonathan Rea melintasi garisan penamat di tempat teratas.
  • Ketika pusingan terakhir, Chaz Davies, Jonathan Rea, dan Marco Melandri yang mendahului perlumbaan pada ketika itu sebelum Melandri terbabas pada pertengahan pusingan itu.
  • Davies mengalami nasib yang sama dengan Melandri dan REa yang mengekorinya dengan rapat tidak dapat mengelaknya dan menggilis penunggang British berusia 30 tahun itu dengan jentera Kawasaki ZX-10RRnya.

Continue reading “WorldSBK: Chaz Davies Mengalami Keretakan Tulang Belakang Ketika Kemalangan Di Perlumbaan 1 Misano”

WorldSBK: Melandri Merangkul Kemenangan Ke-100 Penunggang Itali di Misano, Satu Lagi Podium Berganda Buat Kawasaki

  • Perlumbaan WorldSBK kedua di Misano menyaksikan kemenangan pertama perlumbaan yang menakjubkan buat Marco Melandri (Aruba.it Racing – Ducati) sejak 2014 di hadapan penyokong tuan rumahnya.
  • Bermula di kedudukan kesepuluh, Melandri mempertingkatkan rentaknya dan melintasi garisan penamat di hadapan penunggang-penunggang Kawasaki, Jonathan Rea dan Tom Sykes.
  • Chaz Davies tidak dapat bertanding untuk Perlumbaan 2 akibat kecederaan yang dialaminya ketika insiden malang di Perlumbaan 1 antaranya dengan Rea semasa bersaing untuk merebut kemenangan.

Continue reading “WorldSBK: Melandri Merangkul Kemenangan Ke-100 Penunggang Itali di Misano, Satu Lagi Podium Berganda Buat Kawasaki”