Honda NM4 dijanakuasa oleh enjin sejukan cecair, selari-berkembar, SOHC 670cc. Kesemua kuasanya diarah ke roda belakang melalui enam kelajuan automatik serta dua tatacara automatik dan tatacara manual yang juga dikenali sebagai DCT (Transmisi Dwi Klac). Boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada bulan Jun ini dengan harga $11,299 (sekitar RM50,130)
Tag: Ghost in the Shell
Honda memperkenalkan NM4 yang berkonsep masa depan terdekat dengan tema dari francais Hantu di Dalam Cangkerang (Ghost in the Shell). Ghost in the Shell merupakan satu karya sains fiksyen yang merujuk kepada masa hadapan dimana manusia menggunakan alat gantian anggota badan yang diperbuat dari mesin.