Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)

Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu.

2017 Kawasaki Versys-X 250

Versys-X 250 merupakan jentera 250cc berkonsep kembara yang mengambil asas dari jentera Z250 dan Ninja 250. Saiznya yang tinggi membolehkan anda menunggang Versys-X 250 dalam apa jua keadaan jalan dan mungkin juga meredah hujan dan lopak akibat banjir.


Continue reading “Kawasaki Malaysia membawakan Versys-X 250(RM25k), Z650(RM37k), Ninja 650(RM38k) dan Z900 (RM58k)”

2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April 

Sebuah jentera yang dinanti-nantikan peminat dunia dua roda iaitu Suzuki GSX-250R akan mula merayau ke jalanan seluruh dunia bermula sejak Disember 2016 di China dan kali ini di Jepun dan Eropah pada 17 April 2017. Suzuki sekarang ini berusaha untuk memenangi hati pengguna jentera 250cc dengan rekaan yang menarik beserta teknologi yang mampu memberi prestasi yang kompetitif.

Continue reading “2017 Suzuki GSX-250R akan hadir ke Jepun dan Eropah pada 17 April “

Pandu Uji – 2016 Naza N5R

Baru-baru ini, pihak kami telah mendapat peluang untuk mencuba prestasi motorsikal keluaran terbaru dari Naza iaitu Naza N5R. Naza N5R merupakan motorsikal kategori 250cc yang berasas dari Naza N5 keluaran 2014. Ia baru sahaja dilancarkan pada September lepas.

Naza N5R berada dalam segmen 250cc kategori mampu milik. Terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan kepada Naza N5R dari semua aspek. Enjin yang digunakan adalah 249cc DOHC satu silinder yang mampu menjana kuasa maksimum 28hp @ 9,500RPM dan tork maksimum 24.2Nm @ 7,000RPM.   Continue reading “Pandu Uji – 2016 Naza N5R”

2017 Honda CBR250RR mampu mencecah 170km/j dalam sesi ujian di Indonesia

Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini.

Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain.  

TMCBlog melaporkan bahawa kelajuan maksima ini adalah dalam 166-170km/j dan ini adalah konsisten dalam setiap ujiannya.

Itu saja yang anda nak tahu kan? Continue reading “2017 Honda CBR250RR mampu mencecah 170km/j dalam sesi ujian di Indonesia”

2017 Suzuki V-Strom 250

Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan (sport)  atau model jalanan (naked street). Contoh jentera sukan dan jalanan yang sedia ada di Malaysia termasuklah Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Z250SL,  Yamaha YZF-R25 dan Honda CBR250R.

Suzuki V-Strom 250 hadir dengan enjin 248cc selari berkembar yang mampu membawa anda sejauh 496km dengan satu tangki penuh.  Enjin ini telah dioptimumkan untuk perjalanan dalam kelajuan 12 –  55mph (20-88kpj) dimana ini adalah kelajuan biasa yang ditunggang oleh pengguna jentera kembara. Kalau nak lagi laju, maka anda perlu tunggang jentera sukan.  Continue reading “2017 Suzuki V-Strom 250”

2017 Kawasaki Versys-X 250 telah hadir ke Indonesia – jentera kembara 250cc

2017-versys-x-250-indonesia

Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera ‘sport’ dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 City / Versys-X 250 Tourer.

Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa Versys-X ini ke rantau Asia Tenggara ini.   Continue reading “2017 Kawasaki Versys-X 250 telah hadir ke Indonesia – jentera kembara 250cc”

2017 Kawasaki Versys-X 250 benar-benar wujud

Setelah beberapa lama saya membaca mengenai ura-ura kewujudan Versys dengan kapasiti enjin 250cc, saya tidak terfikir Kawasaki perlu mengeluarkan model ini kerana Kawasaki sudah ada banyak pilihan jentera 250cc dalam pelbagai kategori.  Lihat sahaja Ninja 250, Z250,  Ninja 250SL, Z250SL dan KLX250.  Namun,  jangkaan saya meleset kerana Kawasaki ingin menguasai pasaran 250cc ini dengan adanya Versys-X 250.

Continue reading “2017 Kawasaki Versys-X 250 benar-benar wujud”

2017 Yamaha YZF-R3 dengan grafik baru di Amerika

2017-yamaha-yzf-r3-white

Yamaha kembali seperti biasa setiap tahun dengan mengemaskini grafik pada jentera-jenteranya dan kini model YZF-R3 mendapat grafik yang lebih segar. Terdapat 3 pilihan warna bagi pengguna di Amerika Syarikat iaitu warna Race-Blu, hitam dan warna putih.  Continue reading “2017 Yamaha YZF-R3 dengan grafik baru di Amerika”