2017 Suzuki GSX-R125 – revolusi GSX-R dalam kategori 125cc

gsx-r125-r150-44

Suzuki telah melancarkan jentera dalam kategori ringan (lightweight) berkapasiti 125cc. Suzuki mengatakan ini adalah jentera yang menjadi revolusi GSX-R125 dalam kategori ini yang sebelum ini tidak menjadi fokus kepada Suzuki. Seingat saya pada 90an ada jentera Suzuki dengan nama GSX iaitu GSX110, namun itu adalah kapcai sahaja.  Continue reading “2017 Suzuki GSX-R125 – revolusi GSX-R dalam kategori 125cc”

Ulasan: 2016 CMC Italjet 125: Kebangkitan semula nama Italjet? – RM6,996 (asas termasuk GST)

img_4999-1

Jika anda telah mengharungi zaman antara lewat 90an dan awal 2000, anda juga mungkin telah melihat atau sendiri terlibat dalam zaman kegemilangan skuter sukan atau ‘sport scooters’ yang menjadi salah satu kegilaan remaja-remaja. Pada waktu itu, jika anda membawa skuter Gilera Runner atau yang lebih hebat dan ‘rare’ iaitu Italjet Dragster, anda secara automatik dianggap hebat atau ‘cool’.

Tetapi seperti jenama-jenama dari Itali yang lain, kehangatannya semakin lama semakin berkurang menyebabkan skuter-skuter sukan dari Itali ini menjadi barang koleksi antara peminat-peminat skuter tegar. Pihak kami mendapat peluang untuk menguji jentera ini sama ada ia layak untuk diberi nama “Italjet”.

Setelah sekian lama nama ‘Italjet’ itu tersimpan dalam buku sejarah skuter sukan termasyhur, kini nama itu kembali semula dalam bentuk 2016 CMC Italjet 125 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu.  Continue reading “Ulasan: 2016 CMC Italjet 125: Kebangkitan semula nama Italjet? – RM6,996 (asas termasuk GST)”

2016 SYM Sport Rider 125i keluaran terbaru dari RM5,777*

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-11

SYM Malaysia melancarkan model SYM Sport Rider 125i baharu pada RM5,777 (asas termasuk GST).

Continue reading “2016 SYM Sport Rider 125i keluaran terbaru dari RM5,777*”

2016 Yamaha Janus 125 dilancarkan di Vietnam – skuter Jepun dengan aura Itali – VND27,490,000 (RM4,959.47 tukaran terus)

2016-Yamaha-Janus-125

Yamaha Motor telah melancarkan model skuter terbaru mereka iaitu Janus di Vietnam. Skuter ini berkuasa 125cc dikuasakan oleh enjin “BLUE CORE” dan disasarkan kepada penunggang wanita. Pada pandangan pertama, Janus sangat mirip dengan model-model dari Piaggio dari Itali, namun Yamaha melengkapkan tayar yang lebih besar pada bahagian hadapan dan belakang dimana saiznya adalah 14 inci. Ini berbeza dengan skuter Itali yang biasanya menggunakan tayar 12 inci.  Continue reading “2016 Yamaha Janus 125 dilancarkan di Vietnam – skuter Jepun dengan aura Itali – VND27,490,000 (RM4,959.47 tukaran terus)”

Ulasan: 2016 Vespa S125 – pandangan pertama skuter sukan generasi baru – RM11,954.68 (harga asas dengan GST)

MM_Vespa_S125_-2

Skuter kecil keluaran Vespa yang telah dilancar oleh Naza Premira Sdn Bhd (Vespa Malaysia) pada Mei lepas iaitu Vespa S125 telah berjaya menangkap jiwa-jiwa peminat skuter klasik dengan rekabentuk yang elegan. Naza Premia Sdn Bhd (Vespa Malaysia) telah memberi peluang kepada pihak kami untuk pandu uji model Vespa ‘sporty’ yang baru ini.

Terdapat banyak ciri-ciri yang menarik yang boleh dilihat pada Vespa ini. Ciri yang paling ketara adalah design klasik atau ‘retro’ yang jelas dilihat pada seluruh skuter ini. Dari lampu petak yang diilhamkan dari Vespa-Vespa klasik dahulu kala, hingga lah ke rekabentuk meter yang memberi imej ‘old school’.

Nota: Artikel ditulis oleh Sep Irran Halid
Continue reading “Ulasan: 2016 Vespa S125 – pandangan pertama skuter sukan generasi baru – RM11,954.68 (harga asas dengan GST)”

2016 Yamaha Ego Avantiz dilancarkan di Malaysia – 125cc FI RM 5,717.64 (asas termasuk GST)

2016-Yamaha-Ego-Avantiz-color

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kini dengan rasminya melancarkan model automatik terbaru mereka iaitu Yamaha Ego Avantiz. Rekaan Yamaha Ego Avantiz ini adalah menarik dan  sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Hadir dalam Kuasa Yamaha Ego Avantiz ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Memandangkan ini adalah model automatik, maka daya tersebut dihantar ke tayar menerusi sistem automatik talisawat VContinue reading “2016 Yamaha Ego Avantiz dilancarkan di Malaysia – 125cc FI RM 5,717.64 (asas termasuk GST)”

Ura-ura: Yamaha Mio Soul GT akan hadir 22 Julai ini di Malaysia – Ego Avantis?

yamaha-mio-soul-gt

Sekilas pandang teaser yang dimuatkan oleh Yamaha Events Malaysia sudah cukup untuk mengesahkan bahawa model skuter Yamaha yang akan diperkenalkan pada 22 Julai ini adalah berasaskan model Yamaha Mio Soul GT yang telah diperkenalkan di Indonesia sebelum ini.

Yamaha-Avantis-challenger-gunmetal

Rekaan Mio Soul GT ini adalah sangat menarik dan sangat sesuai dengan kata tag “Lagak Ekstrem”. Kuasa Mio Soul GT ini dijana oleh enjin berpenyejukan udara 125cc SOHC 4-lejang dan mampu menjana 7.0kW (9.38hp) @ 8,000RPM. Daya kilas pula pada 9.6Nm @ 5,500RPM. Sistem suntikan bahanapi juga ada pada model ini dan Yamaha Indonesia memaklumkan bahawa sistem ini adalah 50% lebih jimat bahanapi berbanding enjin 125cc menggunakan karburator. Continue reading “Ura-ura: Yamaha Mio Soul GT akan hadir 22 Julai ini di Malaysia – Ego Avantis?”

2016 CMC Italjet 125 dilancarkan di Malaysia – RM6,996 (asas termasuk GST)

MM_Italjet125_Launch_-1

CMC Italjet 125 dibawakan oleh Chear Global Sdn Bhd sebagai satu kemunculan dalam kategori skuter bercirikan aura Itali. Pereka bagi Italjet 125 ini adalah Alessandro Tartarini menghasilkan karya indah ini dengan gabungan inovatif, futuristik dan sporty.

CMC Italjet 125 dikuasakan dengan enjin 125cc, 4-lejang 1 silinder berukuran 52.4 x 57.8 mm untuk gerek dan lejangnya. Kuasa yang mampu dijana oleh enjin ini adalah 6.6kW @ 8,000RPM dengan daya kilas maksima pada 8.6Nm @ 6,500RPMContinue reading “2016 CMC Italjet 125 dilancarkan di Malaysia – RM6,996 (asas termasuk GST)”

Honda Future FI kini lebih cekap dengan PGM-FI – RM6,072.74 (brek cakera depan sahaja) dan RM6,358.94 (brek cakera depan dan belakang)

2016honda-future-fi-front

Boon Siew Honda memperkenalkan model naik taraf iaitu Honda Future FI yang kini disertakan dengan Sistem Suntikan Bahanapi Terancang (Programmed Fuel Injection PGM-FI). Honda Future merupakan satu motosikal yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 kepada pengguna di Malaysia dengan ciri-ciri yang sangat sesuai untuk pemgembara jarak jauh ini. Ciri-ciri tersebut adalah:

  1. Tangki petrol yang sangat besar pada kapasiti 5.4 liter (biasa moped hanya 4.0 -4.3 liter)
  2. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar dan mampu menyimpan helmet muka penuh dengan senang
  3. Penjimatan yang tinggi untuk perjalanan sehingga 250km dalam satu isian penuh tangki petrol

Continue reading “Honda Future FI kini lebih cekap dengan PGM-FI – RM6,072.74 (brek cakera depan sahaja) dan RM6,358.94 (brek cakera depan dan belakang)”