2017 Honda CBR250RR edisi Repsol di Indonesia – Rp 72 juta (RM23,926.16)

Honda Indonesia, AHM, melancarkan CBR250RR dengan grafik Repsol berasaskan jentera perlumbaan Honda di MotoGP. Honda CBR250RR merupakan jentera 250c yang fokus kepada prestasi dan pengendalian yang mantap.  Honda CBR250RR telah dilancarkan sebelum ini pada pertengahan tahun 2016 di Indonesia untuk varian standard.

2017 Honda CBR250RR mampu mencecah 170km/j dalam sesi ujian di Indonesia

Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini. Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain.   TMCBlog melaporkan bahawa…

2017 Honda CBR250RR kini hadir di Indonesia

  Motosikal 250cc dengan 2-silinder yang ditunggu-tunggu dari Honda, CBR250RR, kini hadir ke Indonesia sebagai kemunculan pertama dunia (world premiere). Melihat kepada ciri-ciri yang dilengkapkan kepada CBR250RR, nampaknya Honda seperti ingin membuktikan bahawa mereka boleh berlebih-lebih dalam menghasilkan satu jentera yang menarik dan berkuasa.

Teaser 2017 Honda CBR250RR kini hadir – dijangka akan dilancarkan Ogos di Indonesia

PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran…