Kepala Yamaha Y15ZR V2 Kini Jadi Buruan Pencuri

Sebelum ini pemilik motosikal sering kali berasa gerun dengan kes curi kaliper brek lebih-lebih lagi jika berjenama Brembo. Bagaimanapun, hari ini timbul pula kerisauan baharu terutamanya bagi setiap pemilik Yamaha Y15ZR V2. Seorang pengguna Facebook telah berkongsi gambar di akaun Orang Wangsa Maju yang menceritakan bagaimana seorang pemilik Y15ZR V2 kehilangan bahagian kepala jenteranya di…

Azroy Dan Jentera Honda Kuasai Batu Kawan

Azroy Hakeem pamer tunggangan mantap di Batu Kawan apabila berjaya merekodkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, semalam. Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu meneruskan rentak kemenangan setelah menjuarai aksi pembukaan di Jasin, Melaka, bulan lalu. Nasib seakan menyebelahi Azroy tatkala pendahulu perlumbaan, Md Akid Aziz menarik diri seawal pusingan…

Honda, Kawasaki, Suzuki, Dan Yamaha Bekerjasama Dalam Pembangunan Bateri Motosikal

Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.

MotoGP: Marquez Dominasi GP Argentina, Rossi Sekat Dovizioso

Marc Marquez mendominasi perlumbaan di GP Argentina sekaligus merekodkan kemenangan ketiga di Termas de Rio Hondo. Marquez mempamerkan prestasi mantap sepanjang sesi ujian minggu lalu sebelum mengesahkan kemenangan di hari perlumbaan. Pertahan juara itu berada di depan seawal selekoh pertama dan tampak tidak tergugat sebaik perlumbaan menghampiri pusingan terakhir. Selepas empat pusingan, wakil Honda itu…