Yamaha melancarkan Yamaha R1 dan R1M 2020 dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Laguna Seca, California. Yamaha R1 kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ yang ditambahbaik bagi meningkatkan aerodinamik, pakej elektronik yang telah dikemas kini dan enjin yang telah diperhalusi. Pengeluar motosikal Jepun itu mendakwa rekaan ‘fairing’ R1 – R1M didatangkan dengan ‘fairing’ gentian…
Tag: Yamaha
Demikian kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkenaan dengan masa depan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin. Kelmarin, KTM mengumumkan penyertaan Brad Binder yang bakal menggantikan tempat Hafizh bagi musim 2020 sebaik kontraknya berakhir bersama KTM Tech3 musim ini. Menurut Bernama, Razlan mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua tawaran menanti jawapan…
Lima kali juara dunia MotoGP dan kini sedang beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Marco Melandri, mengumumkan persaraan daripada arena perlumbaan dua roda. Pelumba berusia 36 tahun itu mengumumkan bahawa dia bakal melabuhkan tirai kariernya sebaik musim WSBK berakhir hujung tahun ini dalam satu sidang media yang diadakan di Milan, Itali, semalam. Melandri bergelut sejak…
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan program Waranti Lanjutan sekaligus membenarkan pelanggan di Malaysia untuk menikmati perlindungan yang lebih lama. Setiap pelanggan kini akan mendapat pertambahan perlindungan selama satu tahun di atas perlindungan sedia ada yang didatangkan ketika membeli motosikal. Program Waranti Lanjutan ini meliputi perlindungan sehingga dua tahun atau 20,000km (mana satu…
Yamaha ketika ini menghuni ranking ketiga dengan jentera R1 mereka berada di belakang Ducati dan Kawasaki bagi Kejuaraan Superbike Dunia FIM (SBK). Jentera empat silinder dari Iwata itu sememangnya memiliki chasis yang mantap dan memainkan peranan penting di beberapa litar terpilih, dibuktikan apabila pelumba, Michael Van Der Mark merekodkan dua podium di Assen. Bagaimanapun, ramai…
Hong Leong Yamaha mengumumkan penambahbaikan terbaru bagi model popular, Yamaha 135 LC 2019. Model baharu ini akan mengekalkan enjin 135cc, liquid cooled, 4 strok SOCH bagaimanapun terdapat beberapa perubahan dari sudut estetik motosikal. penutup hon scoop udara panel under cowl rekaan speedometer baharu Model 2019 ini didatangkan dengan tiga warna baharu, Fiery Red, Storm Blue dan…
Hafizh Syahrin masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya dalam saingan MotoGP tatkala timbul desas-desus bahawa dia akan turun semula ke Moto2. Menurut laporan Berita Harian, Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu akui tidak berdepan masalah seandainya senario itu berlaku meskipun ketika ini ia hanya spekulasi. “Tidak salah sekiranya saya membuat keputusan untuk kekal di…
Ketika Yamaha memperkenalkan YZF-R15, ramai yang memberikan maklumbalas positif terutamanya daripada segi rupa keseluruhan motosikal ini. Rekaan bercirikan ‘sportbike’ menjadi fokus utama terhadap penghasilan model baharu ini. Bagaimanapun, kami telah diberitahu bahawa terdapat beberapa keluhan yang disuarakan pemilik jentera ini terutamanya mereka yang baru sahaja beralih daripada motosikal ‘kapcai’ kepada R15. Rata-rata mengadu bahawa…
Menurut MoreBikes, Yamaha R1 akan dilengkapi dengan brek belakang automatik yang akan membantu dalam memastikan tayar depan tidak terangkat ketika menunggang. Yamaha baru-baru ini telah mematenkan ciri baru yang menggunakan sistem ABS bagi memastikan kedua-dua tayar kekal di atas jalan sekaligus meningkatkan lagi tahap kawalan penunggang. Sebaik sistem sensor mengesan tayar depan akan terangkat, ABS…